Stres Boleh Sebabkan Darah Beku


Hello Doktor: Stres merupakan sesuatu yang normal dalam kehidupan. Semua orang pernah rasa stres, sama ada disebabkan oleh masalah hubungan, keluarga, kerjaya ataupun kewangan. Tapi, tahukah anda, kesan stres boleh menyebabkan darah beku?
Stres merupakan satu tindak balas normal manusia kepada apa-apa jenis permintaan ataupun ancaman. Apabila badan mengesan sesuatu bahaya, stres akan mengambil alih dan membuatkan kita lebih fokus, bertenaga dan berwaspada.
Tindak balas yang dikenali sebagai fight-or-flight response ini juga bertanggungjawab untuk menyelamatkan kita ketika dalam kecemasan.
Bukan semua stres baik untuk kesihatanWalau bagaimanapun, jangan anggap semua bentuk stres adalah tidak baik untuk kesihatan. Stres di tempat kerja contohnya, boleh bantu anda lebih fokus dan bersemangat ketika melakukan kerja.
Namun, setiap orang mempunyai keupayaan tersendiri dalam mengendali stres. Terlalu banyak tekanan dalam kehidupan boleh menyebabkan sesiapa sahaja menjadi lelah dan hilang semangat.
Ada juga yang tidak dapat tidur malam dan hilang selera makan jika mengalami tekanan perasaan yang terlalu banyak.
Lama kelamaan, stres ini akan mempengaruhi kesihatan, mood, produktiviti dan kualiti hidup seseorang. Lebih teruk lagi, stres yang berlarutan dalam jangka masa yang terlalu lama boleh akibatkan anda mengalami depresi!
Tambahan lagi, individu yang kerap mengalami stres selalunya akan mengamalkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok ataupun minum minuman keras sebagai satu cara untuk melepaskan tekanan. 
Namun, bukan itu sahaja. Stres yang berpanjangan juga boleh akibatkan anda mengalami masalah fizikal! Sebagai contoh, anda berpotensi untuk mengalami masalah jantung dan strok akibat stres yang anda alami.
Stres boleh menyebabkan darah beku?Pada zaman ini, stres dan depresi bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat. Kedua-dua faktor psikologikal ini telah dikenal pasti dapat mempengaruhi kesihatan manusia.
Kegelisahan dan depresi yang berlarutan dalam satu jangkamasa yang lama juga telah terbukti dapat meningkatkan risiko penyakit sakit jantung.
Tambah lagi, masalah kegelisahan dan depresi yang berlaku secara serentak, ditambah lagi dengan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan tidak bersenam, sudah pasti akan menyebabkan kesihatan seseorang itu jadi merosot. 
Selain itu, perlu diingat bahawa ada di antara kita yang tidak mampu untuk mengawal stres dengan baik. 
Disebabkan setiap individu mengalami stres dengan intinsiti yang berbeza, ada individu yang boleh diserang ketakutan yang amat sangat dan serangan panik akibat stres yang melampau.
Saintis di Univerisity of Bonn telah melakukan kajian terhadap 31 orang subjek yang mengalami masalah kegelisahan. Subjek ini kemudiannya di bandingkan dengan individu yang sihat dengan umur dan jantina yang sama.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka mendapati bahawa individu yang menghidap masalah kegelisahan dan mengalami stres berpanjangan mempunyai darah yang lebih pekat berbanding individu yang sihat.
Saintis juga mendapati ada sedikit perbezaan pada sistem pembekuan darah milik pesakit anxiety dan juga manusia biasa.
Sistem pembekuan darah boleh berfungsi secara dua hala dan saling mengimbangi satu sama lain. Sistem koagulasi badan bertindak untuk membekukan darah untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.
Dalam masa yang sama, sistem koagulasi juga akan melakukan proses fibrinolysis iaitu sebuah proses yang membantu darah mengalir dengan lebih baik dengan cara menguraikan darah beku dalam salur darah.
Walau bagaimanapun, dalam kalangan pesakit yang mengalami kegelisahan dan depresi, proses fibrinolysis tidak dapat dijalankan secara normal.
Pesakit yang mempunyai masalah ini lebih berisiko untuk mengalami darah beku dalam saluran arteri. Keadaan ini mungkin merupakan jawapan kepada mengapa pesakit anxiety lebih berisiko untuk meninggal dunia akibat sakit jantung.
Namun, ini tidak bermaksud semua pesakit yang mengalami stes ataupun kegelisahan berpotensi untuk mengalami serangan jantung.
Jangan ambil ringan masalah stres yang berpanjanganJika anda mengalami stres yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.
Doktor boleh membantu anda mengenal pasti punca stres dan cara yang terbaik untuk mengawal dan mengurangkan tekanan perasaan yang anda alami.
Kajian membuktikan bahawa stres yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit kardiovaskular.
Tambahan lagi, individu yang sememangnya mengalami masalah sakit jantung dan turut mengalami stres dan depresi lebih berisiko untuk meninggal dunia ataupun mati mengejut akibat sakit jantung.
Jika anda dapati diri anda sering rasa tertekan, cuba redakan stres yang anda alami dengan melakukan aktiviti yang sihat. Jika anda mempunyai hobi, luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti yang anda sukai.
Lakukan senaman yang boleh menenangkan seperti yoga, meditasi ataupun senaman lain.
Tabiat merokok, minum minuman keras dan kopi boleh meningkatkan kegelisahan yang anda alami. Cuba kurangkan pengambilan makanan ini untuk kurangkan stres yang anda alami.
KesimpulanSetiap individu mengalami darah beku atas alasan yang berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh masalah genetik, kanser, inflamasi ataupun gaya hidup.
Walaupun kesan stres juga boleh menyebabkan darah beku, ada banyak lagi faktor lain boleh menyebabkan perkara yang sama.
Walau bagaimanapun, dengan mengenal pasti faktor risiko yang ada, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasi penyakit ini dan mencari langkah untuk mengelakkan darah beku daripada berlaku lagi pada masa hadapan.
Jika anda rasa kesan stres yang anda alami mempunyai impak yang negatif terhadap kesihatan anda, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.
Doktor boleh mencadangkan anda untuk mengikuti terapi, kaunseling, kelas ataupun program lain yang dapat membantu anda menurunkan kadar stres dan risiko darah beku.
Artikel ini diterbitkan dengan keizinan pihak Hello Doktor. Untuk maklumat lanjut sila layari Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kickstory.net/2020/09/stres-boleh-sebabkan-darah-beku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amerika Syarikat Syor Tangguh Suntikan Vaksin Johnson Johnson Bimbang Kesan Sampingan Darah Beku

Amerika Syarikat Syor Tangguh Suntikan Vaksin Johnson Johnson Bimbang Kesan Sampingan Darah Beku

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 254 hits
Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat semalam mengesyorkan pemberian suntikan vaksin Johnson Johnson ditangguhkan sementara susulan kebimbangan akan kesan darah beku Dalam pada itu syarikat farmaseutikal berkenaan turut mengumumkan baha...
Darah Bekam Ni Bagi Tikus Makan Tikus Pun Boleh Mati

Darah Bekam Ni Bagi Tikus Makan Tikus Pun Boleh Mati

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 400 hits
Sumber gambar En GoogleMinggu lepas hari Rabu aku berbekam Aku cuma ambik gambar ni jer kat google Lain lain atas pengetahuan aku yang sikit sikit ni Harap maklumlah kalau fakta tak tepat atau salah Tolong betulkan sesiapa yang tahu Aku ber...
Ada Kaitan Jelas Vaksin Astrazeneca Darah Beku Kata Agensi Perubatan Eropah

Ada Kaitan Jelas Vaksin Astrazeneca Darah Beku Kata Agensi Perubatan Eropah

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 208 hits
AFPROM Seorang pegawai tertinggi di Agensi Perubatan Eropah berkata ada kaitan antara vaksin AstraZeneca dan pembekuan darah Pada pendapat saya kami boleh katakan sekarang jelas ada kaitan dengan vaksin Tetapi kami masih tidak tahu apa punc...
Ada Sebab Nurse Bising Kalau Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Janin Jantung Ibu Rosak

Ada Sebab Nurse Bising Kalau Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Janin Jantung Ibu Rosak

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 221 hits
Anemia atau lebih dikenali sebagai masalah HB rendah banyak dihadapi oleh ibu ibu hamil Walau pun ia masalah yang biasa perkara ini tidak semestinya diambil mudah Dalam jangka masa panjang jantung ibu boleh jadi lemah dan rosak Pemeriksaan ...
Reef Finance So Agaknya Boleh Cecah 1 Tahun Ni

Reef Finance So Agaknya Boleh Cecah 1 Tahun Ni

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 296 hits
Dah lama tak update pasal market Sibuk bercampur malas nak edit itu ini Now aku more trading crypto on binance exchange and stock market kat etoro Kalau nak cerita pasal coin dan token ni memang banyak sekarang Antara token yang mendapat pe...
Betul Ke Bakar Emas Boleh Tahu Palsu Atau Asli

Betul Ke Bakar Emas Boleh Tahu Palsu Atau Asli

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 894 hits
Betul ke emas palsu bila bakar jadi hitam Sifat emas sebenarnya lembut dan dapat mengalirkan haba Tapi kena tengok gred emas jugak di Malaysia kita ada pelbagai gred emas dari 999 9 hinggalah ke gred 375 Lagi tinggi gred emas bermakna purit...
6 Poin Curhat Sohip Soal Kedewasaan Dan Privasi Kapan Sih Kamu Boleh Kunci Kunci Kamar Sama Ortu

6 Poin Curhat Sohip Soal Kedewasaan Dan Privasi Kapan Sih Kamu Boleh Kunci Kunci Kamar Sama Ortu

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 274 hits
Cerita cerita Sobat Hipwee tentang momen mereka akhirnya dapat privasi dari orangtua Banyak yang sampai kepala tiga pun ditanya macam macam kalau mengunci pintu kamar
Boleh Faham Ke Idak

Boleh Faham Ke Idak

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 203 hits
Pagi ni lewat masuk kebun 8 30 baru nak pergi Sampai kebun baru mula kerja matahari dah meninggi panas dah berdesing Atok mana boleh kerja dalam panas menyenggau otak atok dibuatnya apa pun sempatlah mesin rumput setengah jam kemudian sembu...
Rentasan 858 Hakikatnya Umno Dan Bersatu Tak Boleh Dipisahkan

Rentasan 858 Hakikatnya Umno Dan Bersatu Tak Boleh Dipisahkan

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 238 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8551 UMNO CUMA RIUH SAHAJA KATA KHALID SAMAD 2 16 TAHUN MATANG BERKAHWIN 18 TAHUN BELUM MATANG MENGUNDI 3 PAS SOMBONG DI KELANTAN SAHAJAKAH 4 SELAIN KARTEL POLIS ADA KARTEL APA LAGI
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl