Hiburan Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia Mona Allen Belum Sedia Timang Anak Tahun Depan Baru Boleh Fikir
Pelakon Mona Allen mengakui dia sering kali diajukan dengan soalan mengenai bilakah akan menimang cahaya mata namun bagi dirinya, dia masih belum terfikir untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini.
View this post on InstagramA post shared by Mona Allen? (@mona.allen)
AdvertisementMona atau nama sebenarnya Munna Haraneza Allen,35, berkata bahawa dia perlu menunaikan beberapa komitmen dalam bidang lakonan sebelum fokus mengenai perancangan keluarga.
Ujarnya lagi, dia kini sibuk dengan penggambaran drama untuk episod yang agak panjang jadi agak mustahil untuk berfikir mengenai cahaya mata.
View this post on InstagramA post shared by Mona Allen? (@mona.allen)
“Belum lagi, mana ada hamil..sekarang ini saya tengah dalam penggambaran drama episod panjang, jadi tak boleh nak ke arah itu. Tahun depan baru boleh nak fikir mengenai perancangan keluarga. Kita pun dah umur berapa..jadi selepas ini boleh fokus tentang keluarga pula.”
AdvertisementDia kini sedang aktif mempromosikan filem Salina yang sudah ditayangkan di panggung wayang seluruh negara.
View this post on InstagramA post shared by Mona Allen? (@mona.allen)
Dalam filem tersebut, dia dan Pekin dilaporkan kali pertama digandingkan bersama dalam sebuah naskah bergenre thriller psikologi. Selain Pekin dan Mona, Salina turut dibintangi pelakon seperti Alicia Amin dan Sharifah Shahora dan merupakan karya terbaru pengarah Raja Mukhriz.
Terdahulu, Mona telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim,39, pada Disember 2018 yang lalu dalam sebuah majlis tertutup.
The post Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia, Mona Allen Belum Sedia Timang Anak,-“Tahun Depan Baru Boleh Fikir..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/03/hiburan-sedar-diri-dah-makin-lanjut.html