Dapat Pishing Email Apa Nak Buat
Beberapa hari lepas dapat satu email. Email berbaur mengugut sangat. Kita pun jadi gelabah bila dapat email ugutan, kalau tak buat kena saman tak pasal pasal.
Isu dia tentang gambar. Kononnya kita ambil gambar dia dan letak dalam website kita. Istilah dia curi 'gambar dia' lah.
Kalau tak remove dari website, kita akan kena saman. Mahu tak gelabah bila dapat email macam tu. Sebab pernah terjadi sebelum ni ada seseorang komen suruh creditkan gambar tu pada dia baru dia halalkan ambil gambar dia.
Gambar tu dah pun saya remove. Senang tak ada isu dah. Ye, faham salah saya ambil gambar tak letak credit. Mana lah nak ingat entry lama tu kan. Zaman blogger baru nak up tu.
Well bila dah viral, mulalah nak claim. Salah owner juga tak letak watermark.
baca : kes tak letak watermark, owner suruh letak credit
Sejak dari itu, kalau ada email atau komen suruh letak kredit bagai. Saya okay je jika cakap elok-elok. Tak perlulah nak hamburkan kata-kata kesat. Nak saman bagai.
Dunia internet ni luas, sekali dah berkongsi/upload memang meluas lah pergi dia. Berbalik pada topik utama, ini email yang saya dapat beberapa lepas
Phising email example
Kalau kau orang dapat email macam ni, apa yang kau orang akan buat? Mesti lah terus klik pada link yang diberikan untuk memastikan kesahihan gambar tu.
Mestilah kena tengok lepas tu boleh remove terus kan. Settled, habis cerita. Saya dengan gelabahnya terus klik link tu. Bukan sekali, bukan 2 kali. Ada 3 kali mungkin.
Gelabah punya pasal nak tengok gambar apa nak remove cepat cepat kononnya. Bila klik link tu tak ada apa pun. Kosong! Ahhh sudah. ini apa ni.
Baru terdetik nak menggoogle email dan juga info berkaitan dengan email ni. Rupanya ramai yang dapat email ni. Ramai cakap ini adalah salah satu contoh phising email. Modus operandi dia sama cuma nama berubah.
Hello there!
This is Melitta and I am a certified photographer.
I was baffled, to put it nicely, when I found my images at your website. If
you use a copyrighted image without an owner's license, you must know that
you could be sued by the copyright holder.
It's against the law to use stolen images and it's so сheap!
Here is this document with the links to my images you used at
www.azhafizah.com and my earlier publications to get the evidence of my
legal copyrights.
Download it now and check this out for yourself:
https://sites.google.com/view/id1008900044/google/drive/file/downloads/storage?FileID=40699564492957591
If you don't remove the images mentioned in the file above during the next
few days, I'll file a to your hosting provider informing them that my
copyrights have been severely infringed and I am trying to protect my
intellectual property.
And if it doesn't help, for damn sure I am going to take it to court! And
you won't receive the second notice from me.
Regards,
Mel |
[email protected]Alamak, dah terklik link tu. Apa nak buat ni? Selepas beberapa hari so far tak ada benda pelik berlaku. Risau juga dibuatnya. Harap harap tak ada berlaku lah. Dah siap scan antivirus. Harap membantu lah.
Apakah Phising EmailPhising email ni tak lain tak bukan tujuan dia untuk mencuri maklumat peribadi seseorang. Sebagai contoh di atas. Suruh klik link untuk mereka dapatkan maklumat peribadi dengan cara hacked peranti yang kita gunakan tu.
Sebahagian besar phising email dihantar untuk menipu pengguna dalam perbankan internet atau maklumat kewangan seperti nombor kad kredit, nombor akaun atau nama login dan juga kata laluan (password).
Ada juga phising email yang meletakkan link/pautan borang palsu untuk kita isi. Macam macam muslihat ye orang menipu zaman sekarang. Sebagai pengajaran, bila dapat email macam ni kena google dulu maklumat penghantar dan maklumat yang dihantar
Kemudian pada email tu, klik report phising. Hati hati dengan email zaman sekarang. Ramai betul scammer dan phising email yang bukan bukan mencari mangsa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/12/dapat-pishing-email-apa-nak-buat.html