Eh Mereka Ini Siapa Nak Tentukan Hala Tuju Ph Mereka Bukan Pun Anggota Komponen Ph Cermin Dulu Parti Masing Masing




 Selain mengumumkan Warisan akan menjadi parti nasional, tidak lagi semata-mata bertapak di Sabah, Shafie Apdal yang baru-baru ini melayang jawatan Ketua Menterinya tampil menyarankan agar PH menukar kepimpinannya.
Beliau berkata, PH sebagai pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama.
Sehubungan itu, katanya, perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh terhadap kepemimpinan yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah tuju.
“Kita berjaya memenangi pilihan raya lalu, dan kemudian hilang kuasa. Kenapa? Ia kerana berlakunya pertelingkahan dalaman.
“Kita cuba menyatukan rakyat tetapi ia tidak akan ke mana-mana kerana tiada arah yang jelas daripada pemimpin,” katanya selepas perhimpunan agung tahunan Warisan, semalam.
Seterusnya, tegas Shafie lagi, tanpa mahu merujuk kepada sesiapa, tetapi sudah tiba masanya untuk perubahan dalam kepemimpinan PH yang menerajui pembangkang sekarang.
Sebelum ini atau lebih tepat tiga hari lalu, Timbalan Presiden Parti Pejuang yang belum diluluskan, Marzuki Yahya menyarankan perlunya pembentukan satu gabungan baru untuk menentang pentadbiran kleptokrat yang sedang menerajui negara.
Beliau berkata, gabungan baharu itu tidak harus terhad kepada parti politik semata-mata, tetapi mesti turut merangkumi Ahli Parlimen dan Adun lain yang tidak boleh menerima amalan tersebut.
Marzuki berkata, kredibilti Anwar Ibrahim dan beberapa Ahli Parlimen PH telah tercalar teruk apabila tidak meminta undi belah bahagi untuk peringkat dasar Belanjawan 2021.
Katanya, tindakan Anwar dan beberapa Ahli Parlimen dari PH dan Bebas begitu menghampakan penyokong mereka dan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan PN dan kepimpinan Muhyiddin Yassin.
“Berlatarbelakangkan kesemua itu, kami berasa sudah sampai masa kita perlu berusaha membawa rakyat keluar dari kecelaruan akibat daripada gabungan dan perikatan antara parti-parti yang wujud semata-mata untuk mendapat kuasa, tetapi berselindung di belakang slogan agama, bangsa dan tanah air.
“Kita perlu menubuhkan gabungan baharu yang berpegang kepada perjuangan iaitu untuk menyekat kleptokrat dan sekutu-sekutu baru mereka yang bersedia melakukan rasuah untuk berkuasa,” katanya lagi.
Ternampak bahawa nada kata-kata Shafie adalah selari dengan apa yang dilontarkan Marzuki tiga hari sebelum itu.
Dengan kedudukan Marzuki selaku Timbalan Presiden Pejuang di mana Tun Mahathir Mohamad adalah pengerusinya, maka tidaklah sukar untuk kita menelah bahawa kenyataan beliau yang senada dengan Shafie itu adalah sesuatu yang memang dirancang.
Ia tidak lain adalah untuk mengangkat balik idea lama iaitu sama ada Tun Mahathir atau Shafie haruslah dipilih untuk menerajui gabungan pembangkang atau PH, seterusnya sebagai calon Perdana Menteri.
Jika tidak, untuk apa Warisan tiba-tiba mahu melebarkan sayapnya menjadi parti nasional?
Soalnya, siapa Pejuang dan Warisan dan siapa Marzuki serta Shafie di sisi PH?
Adakah mereka merupakan komponen PH?
Sesungguhnya, dalam keadaan Pejuang masih belum diluluskan dan kedudukan Warisan bukan komponen PH, mereka tidak berhak sama sekali untuk campurtangan atau menentukan hala tuju PH.
Kepada Pejuang, selesaikan isu pendaftaran sendiri terlebih dahulu sebelum mahu sibuk-sibuk menentukan hala tuju PH.
Bak kata orang utara, hala tuju sendiri pun tak ketahuan, macam mana nak menentukan hala tuju orang lain.
Bagi Warisan pula, lebih tidak wajar untuk parti itu bercakap soal siapa yang harus menerajui PH kerana ia sendiri tidak pernah berada dalam PH dan sentiasa tidak menyokong Anwar selaku Pengerusi PH untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.
Jika dia sendiri tidak pernah menyokong Anwar, bagaimana dia mahu mengharapkan sokongan PH untuk dirinya atau atau Tun Mahathir menerajui PH?
Lagi pula, Tun Mahathir mempunyai rekod buruk mengkhianati PH dan Anwar sehingga kemelut yang berlaku dalam negara yang berlarutan sampai sekarang adalah berpunca daripada karenahnya belaka.
Untuk itu, tidak munasabah sama sekali, dengan rekod buruknya itu, beliau mahu diangkat kembali menerajui PH.
Shafie pula adalah pemimpin yang gagal di Sabah dan telah ditolak dalam PRN negeri itu baru-baru ini.
Bagaimana seorang yang gagal dan ditolak di negeri tiba-tiba ada cita-cita untuk jadi Perdana Menteri?
Berbanding Anwar, walaupun usahanya menjadi Perdana Menteri belum berjaya setakat ini, beliau tiada rekod gagal seperti Shafie atau rekod khianat seperti seumpama Tun Mahathir.
Beliau sebaliknya dipecat kerana takutkan kemaraan serta pengaruhnya dan sentiasa ingin dihalang daripada menjadi Perdana  Menteri disebabkan ada yang sentiasa tidak senang dengan kewibawaannya.
Maka itu, selain Anwar paling layak menerajui PH, biar parti-parti komponennya sendiri yang menyelesaikan masalah, menentukan hala tuju atau memilih siapa pemimpin yang harus menerajui gabungan itu.
Orang luar dan mereka yang tidak berkenaan harap duduk diam-diam di tepi saja.
Kalau gatal juga mahu berkuasa, Pejuang dan Warisan bolehlah menubuhkan gabungan pembangkang kedua tanpa melibatkan PH atau parti komponennya.
Kalau hebat sangat, kenapa masih berharap kepada PH yang sudah sedia ada pemimpinnya? 


(Shahbudindotcom 23/12/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/ehmereka-ini-siapa-nak-tentukan-hala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Perlu Hala Tuju Jelas Jangan Biar Luka Lama Jadi Kudis Berpanjangan

Ph Perlu Hala Tuju Jelas Jangan Biar Luka Lama Jadi Kudis Berpanjangan

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 328 hits
MOHD ALI HASHISelagi Pakatan Harapan tiada halatuju yang jelas dan terang sama ada kekal PH sahaja atau pun kembangkan PH kepada PH Plus maka selagi itulah aktivis dibawah akan terus serang menyerang dan bertempur antara satu sama lain Sean...
Siri 87 Hala Tuju Amanah Menjelang 2021

Siri 87 Hala Tuju Amanah Menjelang 2021

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 231 hits
BICARA YB KHALID SAMAD TAJUK HALA TUJU AMANAH MENJELANG 2021 TARIKH 16 12 2020 MASA 9 30 MALAM MODERATOR MOHD SHAIFUL ROSEMAN
Tourism Selangor Lancar Kempen Nak Bercuti Pusing Selangor Dulu

Tourism Selangor Lancar Kempen Nak Bercuti Pusing Selangor Dulu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 368 hits
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri meneruskan langkah proaktif ke arah merancakkan industri pelancongan Negeri Selangor dengan pelaksanaan Kempen Nak Bercuti Pusing Selangor Dul...
Pesan Ustazah Asma Nak Anak Layan Kita Elok Bila Tua Dulukan Mereka Tengok Hp No 2

Pesan Ustazah Asma Nak Anak Layan Kita Elok Bila Tua Dulukan Mereka Tengok Hp No 2

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 284 hits
Cabaran ibu bapa membesarkan anak anak hari ni tak sama seperti zaman ibu ayah kita waktu dulu Kini segala kecanggihan teknologi buatkan diri kita sedikit terlupa akan kehadiran anak walaupun di depan mata Hinggakan apabila anak dah besar m...
Mana Lagi Setiakawan Umno Perak Terhadap Parti Parti Komponen Bn Yang Lain

Mana Lagi Setiakawan Umno Perak Terhadap Parti Parti Komponen Bn Yang Lain

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 217 hits
Manakah disiplin Adun adun Umno Perak yang membelakangi dasar yang diputuskan Parti tanpa DAP Tanpa Anwar Apapun alasan diberi hanyalah matlamat menghalalkan cara perkara yang boleh dijadikan alasan itu bagai orang mengantuk disorongkan ban...
Terbaca Artikel Siri Pengkhinatan Melayu Sebaran Umno Membuktikan Bahawa Umno Nak Pas Bila Mereka Tersempit Sahaja

Terbaca Artikel Siri Pengkhinatan Melayu Sebaran Umno Membuktikan Bahawa Umno Nak Pas Bila Mereka Tersempit Sahaja

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 234 hits
Ayat artikel sebaran itu bermula Rakyat mengkaji dan melihat sejarah silam sebagai pengajaran sejarah keangkuhan keegoan dan lupa diri dikalangan pemimpin politik dalam negara ini Baru baru ini kita dikejutkan dengan undi percaya yang diusu...
Muhyiddin Perlu Tetap Hala Tuju Kepimpinan

Muhyiddin Perlu Tetap Hala Tuju Kepimpinan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 153 hits
Keupayaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal memimpin kerajaan sehingga penularan Covid 19 berakhir bergantung kepada keupayaannya menetapkan hala tuju pentadbiran negara Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad daripada Parti Keadi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord