Dap Dasar Apartheid



Dasar tak kenang diuntung..!

Yang rajin membaca boleh layan dibawah ni..
PH jangan jadi kerajaan Apartheid
Dalam cuti Thaipusam, di twit, saya membuat sedikit kajian penerimaan netizen terhadap sekolah satu aliran
Daripada 707 jumlah yang ikut mengundi, 89 peratus bersetuju dengan gesaan agar diwujudkan sekolah satu aliran, dihapuskan sekolah vernakular, yang bagi saya menjadi punca pemisahan kaum di negara ini. Sejak sekian lama.  Sekolah jenis kebangsaan yang diwarisi sejak era BN, dan nampak gayanya akan diteruskan oleh Pakatan Harapan adalah lambang kemunafikan dan pembohongan terbesar tentang cita-cita mendirikan bangsa dan negara Malaysia. Demikian kaum muda liberal gadungan yang kini menguasai kabinet PH, termasuk menteri pendidikannya, adalah menteri yang tidak boleh diharap untuk menyelesaikan asas pembentukan Malaysia melalui sistem pendidikan—seperti yang dijanjikan ketika tanah air ini mencapai kemerdekaan
Dan apabila kita bercakap tentang sekolah satu aliran, saya juga teringat kisah seorang pegawai Belanda. Namanya Multatuli
Dia dihantar ke Jawa sebagai penolong gabenor. Tidak lama, dia pulang semula ke Belanda dengan hati yang luka
Multatuli melihat bagaimana kekejaman pemerintah Belanda di Jawa—di pertengahan abad ke-19 itu. Kaum pribumi dikerah kerja paksa: menanam, memetik dan memikul kopi sampai ke pelabuhan. Sesen pun tidak dibayar. Keadaan sedemikian adalah gambaran sepenuhnya bangsa yang jadi hamba di bumi sendiri
Multatuli. Gambar Wikipedia  Untuk meneruskan hidup, kaum pribumi perlu melakukan dua kerja. Selain menjadi buruh paksa di ladang dan pelabuhan milik Belanda, mereka menanam padi dan memelihara binatang ternak
Tapi di situ pun kaum pribumi tidak selamat. Hasil padi atau ternak dirampas pula oleh penguasa tempatan; oleh bupati, yakni penguasa pribumi sendiri. Kaum miskin dikenakan cukai yang tinggi
Apabila pemerintah Belanda menegur perbuatan itu, sang bupati sudah sedia dengan jawapan. Baginya, cukai yang tinggi dan perampasan harta benda termasuk binatang ternakan adalah lebih baik daripada kerja paksa sepertimana yang diamalkan Belanda
Bagi Multatuli, keduanya kejam. Kekejaman kedua pihak penguasa itulah yang dirakam kembali di dalam novelnya yang masyhur dengan judul, Max Havelaar
Novel berkenaan ditulis dan diterbitkan di Belanda selepas dia pulang ke Amsterdam dan berhenti kerja. Novel itu dapat sambutan hangat. Walaupun dijual dengan harga yang agak mahal pada zamannya, namun lebih 1,500 naskhah laku sebelum diulang cetak
Politik etikaMax Havelaar juga memukul pemerintah Belanda yang kemudiannya menggubah sedikit dasar di tanah jajahan. Demi semacam menebus dosa, diperkenalkanlah satu dasar yang dikenali sebagai “politik etika” dengan program yang mahu membantu kaum pribumi
Sekolah untuk anak-anak Jawa pun diwujudnya. Namun sekolah berkenaan dipisahkan dengan sekolah kepada anak-anak Belanda, di Jawa. Kemudahan di sekolah anak-anak Belanda juga jauh lebih baik jika dibandingkan dengan sekolah anak-anak pribumi
Sekolah vernakular, atau apa yang disebut sebagai “sekolah pelbagai aliran” sepertimana yang wujud di Malaysia hari ini, merupakan kesinambungan daripada dasar era penjajahan. Anak-anak kecil dipisah-pisahkan dengan pelbagai alasan. Matlamatnya adalah untuk menanamkan perasaan syak wasangka dan prejudis antara kaum. Tidak kurang dan tidak lebih dari itu. Sistem pendidikan telah digunakan sebagai pada akhirnya memenangkan sang penguasa. Dalam ukuran hari ini, sistem sebegitu lebih buruk lagi apabila bukan sahaja dilakukan pemisahan kaum, tetapi anak menteri juga tidak dihantar untuk bersama di dalam sistem ini
Di beberapa negara selepas era penjajahan, dasar memisahkan anak sejak di bangku sekolah tetap berlaku. Selain contoh di Jawa yang saya ceritakan di atas, paling berkesan ialah apa yang diwujudkan ketika dasar Aparthied di Afrika Selatan. Anak-anak kaum kulit putih dipisahkan dengan kaum pribumi yang berkulit hitam
Maknanya Afrika Selatan sebagai sebuah negara, tapi ‘terbelah’ dua. Satu Afrika Selatan kulit putih, satu lagi Afrika Selatan kulit hitam. Bukankah keadaan yang sama sahaja seperti Malaysia sejak lebih enam dekad selepas merdeka yang terbelah tiga? Ada Malaysia untuk Melayu, Malaysia untuk Cina dan Malaysia untuk India
Juga di Bosnia-Herzegovina, sampai hari ini, pemisahan sedemikian masih wujud. Walaupun keduanya bangsa kulit putih, tetapi kulit putih Bosnia dipisahkan sejak sekolah dengan kulit putih Herzegovina. Biasanya bagi kaum Bosnia yang beragama Islam, keadaan sekolah mereka sangat uzur dan buruk
Sebuah sekolah Cina ketika pertandingan menulis kaligrafi.Keadaan serupa seperti di negara kita sekarang, selain sekolah jenis kebangsaan untuk Cina dan India, sekolah menengah swasta aliran Cina juga jauh lebih gah berbanding sekolah menengah kebangsaan. Semakin lama, realiti pemisahan itu semakin buruk
Dan saya ulang, tindakan menteri kewangan, Lim Guan Eng memberikan peruntukan kepada sekolah atau kolej swasta adalah tindakan keterlaluan selain sejenis pengkhianatan terhadap pembentukan kebangsaan. Juga perlu diulang, begitulah wajah sebenar cauvanistik yang ditunjukkan untuk terus memecahbelahkan kaum-kaum di negara ini
Kepelbagaian Malaysia harus akhirnya menjadi satu; dan kesatuan Malaysia wajar mengekalkan kepelbagaian. Ketika kita menangis melihat kekalahan Lee Chong Wei dalam sesuatu perlawanan akhir badminton misalnya, begitulah semua rakyat Malaysia juga wajar menderita perasaannya apabila melihat anak-anak kita dipisahkan dengan sistem pendidikan ala rejim Apartheid
Di sebuah negara yang adil, kepentingan kaum minoriti dan majoriti keduanya harus diambil kira dan dijaga. Semua rakyat perlu tunduk kepada negara, tapi bukannya mengikut rentak parti politik perkauman: termasuklah Umno, PAS, MCA, MIC, DAP dan yang lain-lainnya, yang kini dilihat orang ramai seperti lembu dicucuk hidung sahaja
Kalau orang asing seperti Multatuli pun tidak tergamak melihat manusia ditindas dan dipecahbelahkan antara warna kulit, kita tidak faham bagaimana pemimpin Pakatan Harapan—termasuk yang bercakap mengenai “rahmatan lil alamin”, keadilan dan penyatuan kaum pribumi—menjadi buta tuli. Jauh sekali menjadi jaguh kemanusiaan dan persaudaraan seperti Multatuli
HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai komuniti Jalan Telawi
sumberLu Fikir La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2019/01/dap-dasar-apartheid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apabila Dap Menentukan Dasar Islam

Apabila Dap Menentukan Dasar Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 346 hits
DAP sudah melampaui batas Yang lebih hairan sekali adalah orang Islam sendiri yang setuju dengan dasar dan tindakan DAP ini Mereka bersetuju dengan orang kafir yang akan menentukan apa orang Islam boleh buat dan tidak boleh buat Demi politi...
Dap S Ten Year Challenge Jan 2009 Jan 2019

Dap S Ten Year Challenge Jan 2009 Jan 2019

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 272 hits
Ten years ago on 17th January 2009 DAP campaigned for PAS in the Kuala Terengganu by election and told the Chinese voters in Kampung Cina to not fear PAS Islam Hudud or the Islamic State Today DAP condemns PAS and says Malaysia is a Secular...
Adun Dap Saman Malu Petani Muda Itu Pun Nak Saman Ke

Adun Dap Saman Malu Petani Muda Itu Pun Nak Saman Ke

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 319 hits
ADUN DAP Sungkai Datuk A Sivanesan yang juga merupakan EXCO negeri Perak telah memfailkan saman malu terhadap pengundinya Bulan Ogos lepas seorang petani bangsa Cina berumur 23 tahun bersama 30 orang petani dari Kampung Baru Kuala Bikam Bid...
Kerjasama Pas Umno Bakal Kambuskan Kuasa Dap Pada Pru 15 Nanti Viral Hancing

Kerjasama Pas Umno Bakal Kambuskan Kuasa Dap Pada Pru 15 Nanti Viral Hancing

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 416 hits
DAP mungkin berjaya memecah belahkan orang Melayu pada PRU 14 yang lepas setelah Mahathir juga menjadi dalang dalam percaturan mempergunakan orang Melayu menyokong Pakatan Harapan Malah strategi gila kuasa dengan cara memfitnah sangat berja...
Puuuh Dap Bukan Calang Calang Jahat

Puuuh Dap Bukan Calang Calang Jahat

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 351 hits
DAP DAN SEKUTUNYA DI DALAM PAKATAN HARAPAN SANGAT JAHAT BILA MEMERINTAH MACAM KUDUNG DAPAT CINCING MEREKA BERJANJI SERIBU JANJI TAPI TAK TEPATI MEREKA TIPU RAKYAT SEBAB ITU BILA PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH RAKYAT SEMAKIN SUSAH BARANG MELAMBU...
Dap Anti Islam Pendirian Kami Tak Berubah Kata Pemuda Pas

Dap Anti Islam Pendirian Kami Tak Berubah Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 316 hits
Diterbitkan Hari ini 12 31 tengahari Pemuda PAS mencabar Pemuda DAP untuk membuat pengisytiharan terbuka bahawa parti itu menghormati tanpa berbelah bahagi kedudukan Islam Melayu dan Bumiputera serta Raja raja Melayu dalam Perlembagaan Pers...
Tediaa Nenek Sekolahkan Calon Dap Prk Cameron Highlands

Tediaa Nenek Sekolahkan Calon Dap Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 582 hits
LIPIS Saya dah tak tahan nak pendam jadi hari itu saya suarakan apa yang terbuku Itu reaksi seorang nenek yang juga pemilik sebuah kedai runcit di Felda Sungai Koyan 1 Rahana Hassan 76 yang tular selepas klip rakaman video berdurasi tiga mi...
Dap Sanggah Tun Mahathir Projek Kereta Ke 3

Dap Sanggah Tun Mahathir Projek Kereta Ke 3

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 301 hits
Seorang veteran DAP mengingatkan kerajaan tentang kegagalan Proton mengatakan ramai dalam kalangan rakyat masih meragui rancangan kereta nasional ke 3 Bekas pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata Proton gagal kerana kronisme budaya ko...
Salib Jangan Bela Satu Pihak Ajar Sikit Sekutu Dap

Salib Jangan Bela Satu Pihak Ajar Sikit Sekutu Dap

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 392 hits
KEPALA BATAS Adun Penaga Ustaz Mohd Yusni Mat Piah menempelak sikap Adun Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung yang membela soal sensitiviti bukan Islam semata mata terhadap isu lambang salib di Grace Residence di Jelutong Tegasnya pemimpin PH seha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator