Dap Anti Islam Pendirian Kami Tak Berubah Kata Pemuda Pas


 Diterbitkan Hari ini 12:31 tengahari 

Pemuda PAS mencabar Pemuda DAP untuk membuat pengisytiharan terbuka bahawa parti itu menghormati "tanpa berbelah bahagi" kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera serta Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia susulan laporan polis yang dibuat Ketua Pemuda DAP Howard Lee terhadap Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi selepas Khalil menuduh parti itu mahu menggugurkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan "kehabisan modal untuk melawan fakta", Timbalan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berkata Lee cuba menyekat Khalil dengan dakwaan fitnah dan melalui undang-undang.

"Kami juga mencabar DAP secara terbuka mengisytiharkan dengan berani telah melucutkan idea 'Malaysian Malaysia' daripada agenda perjuangannya.

"Selama ini berpaksikan tuntutan kesamarataan itulah DAP cuba membuang atau melucutkan asas dan tonggak penting dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk Islam sebagai agama persekutuan. Hinggakan perjuangan itu dibawa bersama rakan Pakatan Harapan (PH) lainnya untuk meratifikasi Icerd," katanya dalam kenyataan.

Howard membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlads semalam berhubung kenyataan Khalil dalam ceramahnya ketika kempen PRK Cameron Highlands di Jelai.

Beliau menyifatkan tuduhan Khalil sebagai sangat serius dan melanggar Seksyen 499 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan menggesa ia disiasat secara mendalam.

Khairil berkata Pemuda PAS tidak naif dan kekal berpendirian DAP memang anti-Islam dan tidak sering membantah serta memperlekeh hal ehwal Islam.

"DAP sering menunjukkan tidak senangnya pada hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah, Akta Mahkamah Syariah, Negara Islam, azan, solat Jumaat, zakat, Mufti dan tokoh Islam," katanya.

Pada masa sama, Khairil menuduh pemimpin parti itu sering terlibat dengan usaha seperti "dakyah evangelis Kristian, Liberal, Comango (Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia) dan IFC (Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama)."

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/dap-anti-islam-pendirian-kami-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Senarai 15 Hujah Dap Anti Islam

Pemuda Pas Senarai 15 Hujah Dap Anti Islam

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 398 hits
Hishamuddin Abdul Karim Malaysiakini Ternyata begitu gerun sekali Pemuda DAP dengan kebenaran yang dihujahkan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi mengenai sikap parti itu yang menentang usaha menegakkan serta meninggikan syiar Islam...
Repent Anti Malay Anti Islam Slander Dap Youth Tells Pas

Repent Anti Malay Anti Islam Slander Dap Youth Tells Pas

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 358 hits
CAMERON POLLS DAP Youth has called on PAS leaders to repent for their alleged continuous slander that the Harapan component party is anti Malay anti Islam and anti monarchy DAP Youth chief Howard Lee said Harapan s stand on the position of ...
Dap S Anti Pas Campaign Launched

Dap S Anti Pas Campaign Launched

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 435 hits
Hence Kit Siang is making his pre emptive strike on Hadi and PAS before Anwar launches his attack on Mahathir THE CORRIDORS OF POWER Raja Petra Kamarudin You may have noticed that of late Lim Kit Siang has stepped up his attacks on PAS and ...
Pemuda Dap Minta Pas Bertaubat

Pemuda Dap Minta Pas Bertaubat

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 433 hits
Howard membuat kenyataan itu ketika menyahut cabaran Timbalan Ketua Pemuda PAS agar DAP membuat pengisytiharan berhubung kedudukan Islam Melayu dan Bumiputera serta Raja raja Melayu
Teresa Kok Sues Pas Leader For Revealing She Is Anti Islam

Teresa Kok Sues Pas Leader For Revealing She Is Anti Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 343 hits
Seputeh MP Teresa Kok has demanded that Selangor PAS Youth chief Syarhan Humaizi Abdul Halim issue an apology and pay RM30 million in damages over defamatory articles which alleged that she was anti Islam A letter from Kok s lawyers today d...
Dap Biadap Anti Islam Raja Bumiputera Ini 15 Hujah

Dap Biadap Anti Islam Raja Bumiputera Ini 15 Hujah

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 394 hits
TERYATA begitu gerun sekali Pemuda Sosialis DAP dengan kebenaran yang dihujahkan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengenai sikap DAP yang menentang usaha menegakkan serta meninggikan syiar Islam dan kedudukan Melay...
Lupakan Dendam Pas Terhadap Umno Demi Islam Kata Nik Abduh

Lupakan Dendam Pas Terhadap Umno Demi Islam Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 486 hits
Penyokong dan anggota Pas dinasihat lupakan persengketaan Pas dan Umno dan menggunakan pertimbangan rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands hujung minggu ini kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat...
Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

Kenali Bangsa Dap Apa Kata Mereka Terhadap Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 703 hits
Nga Kor Ming DApig hasil pilihan Melayu Taiping merangkap pemilik Old Town White Coffee Background Pemilik Oldtown Ngeh Koo Ham MP DAP hasil pilihan Melayu Beruas Nga Kor Ming MP DAP hasil pilihan Melayu Taiping Oldtown adalah salah satu su...
Ceramah Bn Pas Penuh Vs Ceramah Dap Ph Kosong

Ceramah Bn Pas Penuh Vs Ceramah Dap Ph Kosong

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 415 hits
LIPIS 21 Jan Selepas sembilan hari kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands sokongan terhadap Barisan Nasional semakin meningkat terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri Jelai Ini terbukti apabila lebih 3 000 menghadiri ceramah...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded