Kerjasama Pas Umno Bakal Kambuskan Kuasa Dap Pada Pru 15 Nanti Viral Hancing
DAP mungkin berjaya memecah belahkan orang Melayu pada PRU 14 yang lepas, setelah Mahathir juga menjadi dalang dalam percaturan mempergunakan orang Melayu menyokong Pakatan Harapan.
Malah strategi gila kuasa dengan cara memfitnah sangat berjaya, target terhadap Najib Razak cukup berkesan, cara shoot in the head memang terbukti berjaya, ramai Melayu tergoda, hanyut dan tersalah pilih
Akhirnya setelah hampir 8 bulan mereka berkuasa, tiada apa satu pun perkara yang patut dibangga oleh rakyat Malaysia
Rakyat ditipu hidup-hidup oleh DAP dan sekutunya, yang rugi orang Melayu, habis dijarah harta orang Melayu, dimasukkan golongan DAP dalam GLC-GLC yang sepatutnya orang Melayu menjadi pentadbirnya
Apa nak buat, dah kuasa duit siapa yang pegang? Maaf cakap Mahathir seorang yang nampak bodoh bila menjadi Perdana Menteri ke-7 ini
Banyak rompong yang merugikan orang Melayu dilakukan dengan sengaja oleh orang tua ni. Moga dia cepat-cepat insaf dan bertaubat
Kerjasama Umno, PAS strategi ampuh menang PRU - Tajuddin
Kerjasama Umno, PAS kini semakin baik selepas dua parti dominan Melayu itu bersatu dalam satu perhimpunan raksasa anti konvensyen PBB mengenai kesaksamaan kaum yang menghimpunkan puluhan ribu umat Islam di ibu negara baru-baru ini, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman
Beliau berkata, Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak pada 17 September tahun lalu menjadi pencetus kepada kerjasama dua parti itu
Katanya, kerjasama Umno dan PAS penting sekiranya pembangkang ingin membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti
Malah katanya, rakan komponen BN iaitu MCA dan MIC juga sudah dapat menerima kerjasama Umno, PAS dan ia diterjemahkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands
"Itu sebab Umno dan PAS kena bersatu. PAS dan Umno bersatu adalah satu formula yang paling tepat untuk menang (PRU ke-15)
"Itu yang saya bawa, saya memulakan langkah kerjasama Umno, PAS melalui perhimpunan Melayu bangkit, dari situ angin perubahan kerjasama Umno, PAS berlaku
"Kerjasama itu semakin kukuh, misalnya di Cameron Highlands PAS ambil keputusan tidak bertanding, bila Ramli Mohd Nor bertanding MCA, MIC boleh terima
MalaysiaKini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.headbomb.net/2019/01/kerjasama-pas-umno-bakal-kambuskan.html