Cuma Pakai Tips Diet Mudah Ini Berat Badan Wanita Ini Turun 138 Kg
Memiliki berat badan ideal tak semata-mata agar penampilan terlihat cantik. Lebih dari itu, berat badan ideal biasanya jadi salah satu indikator tubuh yang sehat.
Untuk kurus sebenarnya bukanlah satu perkara yang sukar (seperti menawan puncak Everest).
Semua orang, tidak kira umur, atau pangkat, mampu untuk menjadi kurus, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap yang mungkin.
Hal inilah yang kemudian sering jadi motivasi banyak orang untuk bisa diet mendapatkan berat badan ideal, yaitu agar tubuh selalu sihat dan terhindar dari berbagai penyakit berbahaya.
Lexi Reed dari Terre Hauteu, Indiana, pada tahun 2016 lalu berat badannya sekitar 219 kg. Sementara suaminya, Danny memiliki berat badan 127 kg. Keduanya kemudian memutuskan untuk diet menurunkan berat badan karena ingin menjadi orang tua dan hidup lebih lama bersama.
Dalam waktu lapan bulan, keduanya berhasil menurunkan berat badan yang ditotal mencapai 181 kg. Wah, cukup drastik juga ya. Kira-kira apa rahsianya?
“Kami tak punya perencanaan pola makan, operasi, pelatih pribadi, tapi yang kami miliki adalah satu sama lain dan motivasi untuk bekerja keras setiap hari,” tulis Lexi di akun Instagramnya @fatgirlfedup.
Pasangan yang menikah tahun 2015 lalu, mereka biasanya mengambil 8000 jumlah kalori setiap harinya. Tapi setelah memutuskan untuk diet menurunkan berat badan, mereka berhenti mengambil junk food. Keduanya pun memilih untuk mengambil makanan yang dimasak sendiri dari rumah
Demi tubuh sihat, perjuangan dilakukan bersama.
Selain menukar tabiat makan, Lexi dan Danny juga makin rajin bersenam. Mereka pergi ke gym 5-6 kali seminggu dan juga mengikuti kelas Zumba. Dengan melakukan perubahan dan melakukan diet sederhana seperti itu, dalam 12 bulan berat badan mereka sudah turun hampir separuh dari asal.
Lexi sendiri mengalami perubahan drastik. Tubuhnya yang gemuk dengan berat badan 219 kg, setelah menukar kebiasaan makan dan rutin senaman, berat badannya turun sebanyak 138 kg. Kini ia tampak lebih sihat dengan berat badan 81 kg.
Kisah Lexi pun menjadi inspirasi ramai orang. Dia sudah memiliki followers lebih dari 501 ribu di akaun Instagramnya. Banyak yang terinspirasi dari kisah kesungguhan dan perjuangan Lexi menurunkan berat badannya tersebut.
Lexi juga mengaku bahawa sang suami adalah motivasi terbesarnya. Suaminya tetap mencintainya apa adanya, sejak dulu ketika masih gemuk hingga sekarang sudah lebih kurus, cintanya masih sama besarnya.
Dengan tips diet sederhana tapi dilakukan secara rutin dan konsisten, hasilnya ternyata sangat luar biasa, ya ladies. Untuk berhasil diet memang perlukan komitmen yang kuat dan kerja keras yang tak ada habisnya.
Berikut Adalah 9 Cara-Cara Untuk Kurus
Cara Kurus #1 – Jangan Berlapar Dalam Pemakanan
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
Cara Kurus #2 – Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
Cara Kurus #3 – Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
Cara Kurus #4 – Elakkan Minum Minuman Yang Bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Cara Kurus #5 – Elakkan/Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Cara Kurus #6 – Jangan Skip Sarapan Pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
Cara Kurus #7 – Makan Secara Perlahan-Lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
Cara Kurus #8 – Kunyah Makanan Kepada Cebisan Kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
Cara Kurus #9 – Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Sumber : Buletin Semasa
The post Cuma Pakai Tips Diet Mudah Ini, Berat Badan Wanita Ini Turun 138 Kg appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/08/cuma-pakai-tips-diet-mudah-ini-berat-badan-wanita-ini-turun-138-kg/