Suku Suku Separuh Bantu Kurangkan Berat Badan Jom Cuba


Amal Suku-suku Separuh untuk dapatkan berat badan ideal
Teringat ketika raya Aidilfitri beberapa bulan lepas. Ada seorang ibu saudara menegur Mai, katanya badan Mai nampak berisi. Depan orang lain pula tu dia cakap. Terasa jugalah hati dengan kata-katanya, suka-suka nak komen diri orang lain kan heeee

Tapi bila difikir semula, memang betul pun cakap ibu saudara. Masa berat tengah naik tu, kaki pun selalu rasa sakit, cepat penat. Pakaian lama tak boleh pakai dah! Perubahan bentuk badan sangat ketara. Apabila berat tak ideal dengan ketinggian badan, macam inilah jadinya kan.

Teringat zaman belajar di universiti, sampai pensyarah tegur Mai suruh makan banyak sebab kurus, muka pun cengkung. Masa itu aktif, sebab tu berat badan susah naik. Baju pun pakai saiz S. Bila dah kerja asyik mengadap komputer je, sedar tak sedar badan dah naik. Makan pula tak ambil diet seimbang.

Sedih juga bila baju-baju lama dah tak muat. Nampak sangatlah badan dah berisi kan. Nak tak nak, memang kena paksa diri untuk dapatkan semula berat badan ideal dan yang penting sihat. Perkara pertama yang Mai lakukan adalah ubah gaya hidup. Jaga pemakanan dan kerap buat senaman. Kalau sebelum ini nasi mesti penuh sepinggan, sekarang hanya ambil suku pinggan saja. Ya, Mai amalkan 'Suku-suku Separuh' seperti yang doktor sarankan.

Foto www.finerminds.com
Suku-suku separuh.. suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur serta buah-buahan. Nak mudah, guna je pinggan sihat khas yang ada dijual di kebanyakan pasar raya. Kalau nak buat anggaran sendiri pun boleh. Yang suka ambil nasi, mi, bijirin dan ubi senang ikut genggam tangan masing-masing. Yang suka roti, ambil jenis wholemeal. Kalau Gardenia, pilih bungkusan warna hijau atau ungu. Kemudian, elakkan makanan dan minuman manis, makanan bergoreng Mai ambil sekali sekala, air masak jadi minuman utama. Makanan dan minuman yang diambil, jangan lupa kira kalori supaya tidak melebihi keperluan badan.


Bersenam pun buat juga. Jogging, lompat tali.. berjalan laju pun ok. Nak bersenam dalam rumah pun boleh, boleh cari di YouTube aktiviti bersenam dalam rumah. Nak kurus ni niat kena betul. Kurus bukan sebab nak pakai baju ketat, tayang badan sana sini. Tapi sebab nak sihat supaya boleh uruskan diri sendiri dan keluarga dengan baik serta dapat beribadat dan bekerja dengan selesa.

Selepas amalkan 'suku-suku separuh' dan senaman, Alhamdulillah berat badan dah berkurang dan pakaian lama kembali muat! Buat kerja pun rasa selesa je.

Masa sedang amalkan diet seimbang, ada juga yang cakap, "alaaa buat apa nak diet-diet ni, hidup ni kena cuba semua makanan sedap, barulah nikmat". Ya, makanan sedap memang nikmat tapi kena pandai kira kalori ya. Kita kena ingat, makanan yang diambil perlu sesuai dengan tenaga yang kita gunakan. Dah makan macam-macam jenis makanan, kenalah pandai bersenam. Lainlah kalau kita pekerja buruh atau petani yang banyak gunakan tenaga. Jangan bising di socmed beritahu menyesal makan banyak, berat badan dah naik, badan dah berisi tapi tindakan diri sendiri tiada.

Nak amalkan diet seimbang ni mudah je sebenarnya. Yang susahnya istiqamah je. Makan secara sihat. Tak perlu risau fikir susah-susah nak makan apa, makan je ikut suku-suku separuh yang ada karbohidrat, protein dan sayuran serta buah. Nampak sikit kan portion makanan tu? Tapi sangat membantu kurangkan berat badan dan kekalkan berat badan ideal. Kalau rasa lapar nak makan snek, gantikan biskut, makanan ringan dan seumpanya dengan makan buah-buahan. Makan pula ikut waktu sepatutnya.

Lagi satu, jangan mudah terpengaruh dan tertipu dengan ubat kurus yang semakin banyak di pasaran. Nak kurus tapi dalam masa yang sama nak makan banyak dan tak nak bersenam. Agak-agak andalah.. jadi ke kurusnya tu? Jangan sampai organ dalam badan yang rosak ya kerana nak cepat kurus. Kita sendiri pun tahu, mana ada jalan singkat untuk berjaya kan.

Lagi, makan makanan sebenar lebih bagus daripada yang telah diproses. Rugi pada sesiapa yang tak suka buah-buahan dan sayur-sayuran sebenar, sangat banyak manfaatnya untuk badan. Sebelum memilih untuk ambil makanan tambahan kerana diri sendiri tak suka makan buah atau sayur, yang claim dirinya tak cukup khasiat.. fikir dulu dalam-dalam ye. Tak salah paksa diri untuk makan makanan sebenar yang kaya khasiat semulajadi.

Untung amalkan gaya hidup sihat. Kebaikan dan manfaatnya terasa pada diri sendiri. Kalau anda nak hidup sihat dengan berat badan ideal, ubah cara pemakanan dan kerapkan bersenam. 'Sayang lemak, tinggal-tinggalkan kan' eh hihihi..








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.maisarahsidi.com/2018/11/suku-suku-separuh-bantu-kurangkan-berat-badan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Amalkan Konsep Suku Suku Separuh Pratikkan Pemakanan Sihat

Jom Amalkan Konsep Suku Suku Separuh Pratikkan Pemakanan Sihat

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 751 hits
Jom amalkan konsep suku suku separuh Pratikkan pemakanan sihat Assalamualaikum wbt Korang pernah dengar tak pasal ni Nak tau jom baca info menarik ni dan mari praktikkan First apa yang diperlukan adalah sebuah pinggan berukuran kira kira 10...
Amalkan Diet Ini Untuk Turunkan Berat Badan Secara Drastik Dalam Masa 3 Hari

Amalkan Diet Ini Untuk Turunkan Berat Badan Secara Drastik Dalam Masa 3 Hari

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 284 hits
Terlebih dahulu kami ingin memaklumkan bahawa pelan cadangan hidangan makanan diet yang akan dikongsikan ini bukan sesuatu yang sihat untuk diamalkan Anda hanya dibenarkan mencuba kaedah diet ini selama 3 hari sahaja dalam sebulan Kaedah di...
Berat Badan Hilang 2kg Alhamdulillah

Berat Badan Hilang 2kg Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 525 hits
Hi korang Haa x tau nak cakap la entry ni nak show off ke apa kan baru hilang 2kg je kot ada 5 kg lagi to go ingat senang ke sejak sakit ni la jaga makan kalau tak kang main belasah je makan tak fikir bagus ke tak main hentam je sekali alla...
Turunkan Berat Badan Dengan Diet Es Batu Begini Caranya

Turunkan Berat Badan Dengan Diet Es Batu Begini Caranya

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 359 hits
Turunkan berat badan dengan diet es batu Begini caranya Konsumsi es batu setiap usai makan Es batu dapat dimasukkan ke air atau dikonsumsi langsung
6 Cara Panduan Mengurangkan Berat Badan Untuk Hidup Lebih Sihat

6 Cara Panduan Mengurangkan Berat Badan Untuk Hidup Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 383 hits
Panduan Mengurangkan Berat Badan Berat badan yang berlebihan menyusahkan diri sendiri dan dalam sesetengah perkara boleh menyusahkan orang lain pula Kita digalakkan untuk bersederhana dan cuba mengawal berat badan untuk hidup yang lebih sih...
Kalau Tak Nak Berat Badan Naik Berlebihan Masa Mengandung Tolong Ikut Tip Ini Ya Ibu

Kalau Tak Nak Berat Badan Naik Berlebihan Masa Mengandung Tolong Ikut Tip Ini Ya Ibu

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 574 hits
Seronoknya bila disahkan mengandung Tapi yang tak seronoknya bila berat badan naik berlebihan masa mengandung sampai ibu jadi stres dan susah hati Kadangkala ada bakal ibu jadi teruja dan berselera sampai tak sedar dia makan apa sahaja yang...
Badan Terasa Berat Makanlah Bawang Putih Bakar

Badan Terasa Berat Makanlah Bawang Putih Bakar

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 549 hits
Perasan tak kadangkala ada hari hari tertentu yang kita rasa badan berat dan lesu Iaboleh jadi umur yang lanjut tapi hati masih rasa muda dan nak kerja kuat lagi tanpa memikirkan umur yang dah meningkat Ramai yang tidak sedar Apabila umur t...
Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 2088 hits
Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap Jom cuba resepi ini Assalamualaikum wbt Pagi pagi dah share resepi ehhh Haha Takpelah Mana tau korang nak buat breakfast kan Cikla rasa resepi kuih sagu adalah resepi paling se...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord