Culik Bunuh Datuk Seri 6 Lelaki Termasuk Seorang Ahli Politik Didakwa


PETALING JAYA, 9 Julai (Bernama) — Enam lelaki termasuk seorang ahli politik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, berhubung kes menculik ahli perniagaan, Datuk Seri R. Arumugam yang mayatnya ditemukan di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu.
Lima lelaki iaitu Azhari Shahrom Shaihmi, 56; Mohd Durai Abdullah, 52; Sheikh Ismail Sheikh Hassan, 26; N. Vickneswarar, 28, dan seorang warga Bangladesh, Kasi Nasrul, 42, didakwa menculik Arumugam, 55, yang juga pemaju hartanah, dengan niat untuk menahan mangsa bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah SGD50 juta (RM153 juta).
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Taman Kejiranan Central Spine, Jalan Margosa, Bandar Sri Damansara, di sini, pada 10.30 pagi, 10 Jun, mengikut Seksyen 3 Akta Colek 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh iaitu bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) lalu, Datuk K. Ramachandran, didakwa bersubahat bersama lima tertuduh tersebut, dengan niat untuk menahan mangsa sama bagi mendapatkan wang tebusan dengan nilai serupa, di tempat dan masa sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 3 Akta Colek yang membawa hukuman sama. Keenam-enam lelaki itu mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa, di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka, kerana kes melibatkan hukuman mati adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan pengakuan akan diambil, selepas kes dipindahkan ke mahkamah itu.
Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abd Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan, kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.
Dalam prosiding itu, hanya Ramachandran diwakili peguam R.Sivaraj, manakala Datuk Geethan Ram Vincent hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.
Mahkamah menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes dan laporan DNA.
Sebelum ini, Bernama melaporkan mangsa dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Bandar Sri Damansara, 10 Jun lepas, dan mayatnya ditemukan di kawasan belukar pada 27 Jun lalu.
Sumber: BERNAMA
The post Culik & Bunuh Datuk Seri: 6 Lelaki Termasuk Seorang Ahli Politik Didakwa appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/09/culik-bunuh-datuk-seri-6-lelaki-termasuk-seorang-ahli-politik-didakwa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Ahli Politik M Sia Dipercayai Culik Bunuh Datuk Seri

Rupanya Ahli Politik M Sia Dipercayai Culik Bunuh Datuk Seri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 415 hits
Sebuah rumah di Taman Kosaso yang menjadi lokasi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disembunyikan selepas diculik dan ditemui mati di kawasan belukar Batu 27 Jalan Rawang Bestari Jaya Foto Fail NSTPAhli politik dipercayai dalang ut...
Dalang Culik Bunuh Datuk Seri Pernah Jadi Calon Dun S Gor Pada Pru13

Dalang Culik Bunuh Datuk Seri Pernah Jadi Calon Dun S Gor Pada Pru13

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 1051 hits
Individu disyaki dalang penculikan dan pembunuhan seorang Datuk Seri pernah menjadi calon kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum ke 13 Satu sumber mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini hari ini Dalang yang dikatakan itu memak...
Suspek Ke 8 Kes Bunuh Culik Datuk Seri Ditahan

Suspek Ke 8 Kes Bunuh Culik Datuk Seri Ditahan

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 503 hits
POLIS menahan seorang lagi suspek dalam kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mayatnya ditemukan di kawasan belukar di Jalan Rawang Bestari Raya pada Sabtu lepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk F...
Tuntut Tebusan Rm154 Juta 7 Ditahan Culik Bunuh Datuk Seri

Tuntut Tebusan Rm154 Juta 7 Ditahan Culik Bunuh Datuk Seri

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 500 hits
HULU SELANGOR Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berhubung kes penculikan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditemui mati di Batu 27 Jalan Rawang Bestari Jaya Rawang di sini hari ini Kesemua suspek te...
Kes Pengganas Ltte Datuk Ayob Khan Kecewa Kes Tersebut Diganggu Ahli Politik Dap

Kes Pengganas Ltte Datuk Ayob Khan Kecewa Kes Tersebut Diganggu Ahli Politik Dap

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 442 hits
KUALA LUMPUR Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan meminta orang politik tidak mengganggu urusan dan kerja kerja kepolisan Menurutnya pegawai dan anggota polis adalah petugas awam yang fungsi serta peranan mereka adalah menguatkuasakan undang u...
6 Lelaki Dakwa Culik Dan Bunuh Ahli Perniagaan

6 Lelaki Dakwa Culik Dan Bunuh Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 356 hits
PETALING JAYA 6 lelaki termasuk seorang bergelar Datuk yang ditahan reman kerana disyaki bersubahat dan menculik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri 10 Jun lalu Akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi Bagaiman...
Lima Ditahan Termasuk Seorang Wanita Dadah Hampir Rm1 Juta Dirampas Di Ibu Negara

Lima Ditahan Termasuk Seorang Wanita Dadah Hampir Rm1 Juta Dirampas Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 401 hits
Kuala Lumpur Polis menahan lima individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dalam dua serbuan di ibu negara Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek terdiri daripada empat lelaki da...
Syabas Datuk Seri Wee Ka Siong

Syabas Datuk Seri Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 552 hits
Tidak sampai 5 bulan menerajui Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong sudahpun membentangkan cadangan pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 di dalam Parlimen Antara cadangan pindaan adalah hukuman penjara maksimum sela...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

15 000 Peserta Hadir Memeriahkan Larian Bersarong Di Malaysia Sarong Music Run Edisi Ke 3


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Brunch Dengan Beef Soondubu Jigae Di Restoran Dubuyo Mid Valley Jb

Ppim Bongkar Realiti Tersembunyi Di Sebalik Buli Sidang Media Ppim 23 09 2025

Surah Yusuf Ayat 28 Maksud Dan Pengajarannya

Main Badminton Lagi

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Ikan Berenang Dalam Blog