Tuntut Tebusan Rm154 Juta 7 Ditahan Culik Bunuh Datuk Seri

HULU SELANGOR: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga  Bangladesh berhubung kes penculika
n seorang ahli perniagaan bergelar  Datuk Seri yang ditemui mati di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya,  Rawang di sini, hari ini.
Kesemua suspek termasuk dalang  utama berusia antara 30-an hingga 50-an itu ditahan menerusi beberapa  siri serbuan di sekitar Selangor sejak jam 11 pagi semalam.
Ketua  Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata hasil  siasat ke atas salah seorang suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa  di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya pada jam 9  pagi tadi.
"Mangsa yang berusia 55 tahun diculik ketika  sedang berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana,  Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu kira-kira jam 10.30  pagi.
"Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui  keluarganya pada waktu tengah hari tarikh yang sama selepas menerima  panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan  sebanyak S$50 juta (RM154 juta).
"Keluarga mangsa kemudian  melaporkan kejadian itu pada pihak polis sebaik mengetahui mangsa  diculik," katanya kepada pemberita selepas mengetuai siasatan ke atas  sebuah rumah dipercayai digunakan untuk menyembunyikan mangsa di Taman  Kosaso, Rawang di sini, hari ini.
Katanya, soal siasat ke  atas suspek mendakwa mangsa meninggal dunia selepas tiga atau empat hari  diculik sebelum mayatnya dicampak di kawasan belukar di tepi laluan  berkenaan.
"Mayat sudah mereput ketika ditemui dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat.
"Buat  masa ini kita sedang menunggu laporan bedah siasat daripada pihak  hospital berhubung anggaran tarikh dan punca sebenar kematian mangsa,"  katanya yang turut memaklumkan dalang utama penculikan yang berusia  50-an adalah individu yang dikenali mangsa.
Tambah beliau,  lima daripada suspek kini direman antara lima hingga tujuh hari untuk  siasatan dan dua lagi suspek masih dalam proses permohonan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 3 Akta Culik 1961.
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/tuntut-tebusan-rm154-juta-7-ditahan.html