Lima Ditahan Termasuk Seorang Wanita Dadah Hampir Rm1 Juta Dirampas Di Ibu Negara


Kuala Lumpur: Polis menahan lima individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dalam dua serbuan di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan pada Khamis dan Jumaat lepas.
Mengulas tangkapan pertama, beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 60 tahun yang menunggang motosikal di Taman Lagenda Mas, Cheras dekat sini Khamis lepas,  kira-kira pukul 7.35 malam  dan menemukan  21,400 biji pil Erimin 5 serta wang tunai berjumlah RM1,140.
”Hasil soal siasat, suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Taman Connaught. Sebanyak 400 biji pil Erimin 5 ditemui di lokasi itu.
Dua (lagi) suspek iaitu isteri (berusia 56 tahun)  dan anaknya (berusia 30 tahun) yang berada di rumah turut ditahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata suspek disyaki aktif melakukan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lepas dan nilai dadah yang dirampas pada serbuan Khamis lepas itu ialah RM328,140.
”Suspek menggunakan motosikal untuk melakukan kegiatan pengedaran dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.
Dalam satu lagi serbuan pada Jumaat pula, Mazlan berkata pihaknya menahan dua lelaki berusia 44 dan 47 tahun yang menaiki kereta Mercedes Benz di kawasan Batu 5, Jalan Klang Lama, di sini pada kira-kira pukul 2.15 petang.
”Pemeriksaan di dalam kereta itu membawa kepada penemuan dadah disyaki kokain. 
Bekalan kokain ini dipercayai untuk pasaran di luar negara iaitu Taiwan dan salah seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah,” katanya.
Kokain yang dirampas adalah seberat 3.3 kilogram dan bernilai RM600,000.
Beliau berkata kesemua suspek kini direman selama enam hari dari tarikh ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
The post Lima Ditahan Termasuk Seorang Wanita, Dadah Hampir RM1 Juta Dirampas Di Ibu Negara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/14/lima-ditahan-termasuk-seorang-wanita-dadah-hampir-rm1-juta-dirampas-di-ibu-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Lelaki Ditahan Edar Dadah Bernilai Rm2 Juta Pdrm

Tiga Lelaki Ditahan Edar Dadah Bernilai Rm2 Juta Pdrm

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 483 hits
Tiga lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah dan polis merampas 47 kilogram dadah bernilai kira kira RM2 juta dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara pada Jumaat dan Isnin lalu Ketua Polis Kuala Lumpur D...
Hampir Rm6 Juta Telah Dibayar Mereka Yang Langgar Pkp Selama 3 Bulan

Hampir Rm6 Juta Telah Dibayar Mereka Yang Langgar Pkp Selama 3 Bulan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 262 hits
Sumber PDRMSikit sikit lama lama jadi bukit Siapa sangka hasil kutipan denda ingkar PKP sejak Mac hingga Jun 2020 sudah mencapai hampir RM6 juta gais Perkara ini dikongsikan Kementerian Dalam Negeri yang mendapat laporan dari Kementerian Ke...
Culik Bunuh Datuk Seri 6 Lelaki Termasuk Seorang Ahli Politik Didakwa

Culik Bunuh Datuk Seri 6 Lelaki Termasuk Seorang Ahli Politik Didakwa

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 311 hits
PETALING JAYA 9 Julai Enam lelaki termasuk seorang ahli politik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung kes menculik ahli perniagaan Datuk Seri R Arumugam yang mayatnya ditemukan di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawan...
Ketahui 5 Tanda Perahan Susu Ibu Sudah Expired Termasuk Simpan Dalam Peti Sejuk Lebih 3 Hari

Ketahui 5 Tanda Perahan Susu Ibu Sudah Expired Termasuk Simpan Dalam Peti Sejuk Lebih 3 Hari

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 316 hits
Macam mana nak tahu perahan susu badan dah expired atau masih boleh diberikan kepada bayi Ini 5 tanda tempoh hayat susu ibu telah tamat Penting untuk mommies tahu Perahan susu badan boleh tamat tempoh Tiada apa yang lebih menyedihkan para i...
Padah Merayau Jauh Dari Ibu Bapa Budak 6 Tahun Hampir Maut Dibaham Buaya

Padah Merayau Jauh Dari Ibu Bapa Budak 6 Tahun Hampir Maut Dibaham Buaya

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 419 hits
Padah merayau jauh dari ibu bapa budak 6 tahun hampir maut dibaham buayaMangsa kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan akibat kecederaan teruk yang dialami SEORANG budak lelaki berusia enam tahun hampir maut selepas diserang seekor b...
Ibu Bapa Didakwa Pergunakan Anak Untuk Edar Dadah Kaburi Mata Pihak Berkuasa

Ibu Bapa Didakwa Pergunakan Anak Untuk Edar Dadah Kaburi Mata Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 353 hits
SERDANG 1 Julai Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah jenis ganja dengan membawa bersama kanak kanak bagi mengaburi mata pihak berkuasa membabitkan sepasang suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar Puchong di sini Sabtu lep...
Air Dimasukkan Dadah Pekerja Restoran Selamatkan Gadis Yang Hampir Menjadi Mangsa Kenalan Lelakinya

Air Dimasukkan Dadah Pekerja Restoran Selamatkan Gadis Yang Hampir Menjadi Mangsa Kenalan Lelakinya

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 253 hits
Setiap individu perlu menjaga diri dan lebih berwaspada jika berada di luar terutamanya wanita Ini kerana ada sahaja penjenayah yang berada di sekeliling kita Seperti apa yang berlaku di China di mana seorang gadis hampir menjadi mangsa apa...
Polis Tumpas Dua Sindiket Rampas 102kg Dadah Rm5 46 Juta

Polis Tumpas Dua Sindiket Rampas 102kg Dadah Rm5 46 Juta

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 322 hits
SHAH ALAM 14 JULAI Polis menumpaskan dua sindiket dadah selepas menahan enam lelaki dan dua wanita termasuk seorang lelaki warga Singapura serta seorang wanita Vietnam dan merampas 102 kg dadah dianggarkan bernilai RM5 46 juta dalam empat s...
3 Guru Positif Covid 19 Termasuk Seorang Maut Ketika Sediakan Bahan Pembelajaran Atas Talian Dalam Kelas Yang Sama

3 Guru Positif Covid 19 Termasuk Seorang Maut Ketika Sediakan Bahan Pembelajaran Atas Talian Dalam Kelas Yang Sama

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 330 hits
Tiga guru di Arizona disahkan positif COVID 19 setelah berada di dalam kelas yang sama untuk menyediakan pembelajaran dalam talian Salah seorang daripada mereka meninggal dunia Rasanya seperti mimpi buruk kata Jesse Byrd suami salah seorang...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini