Tak Lama Lagi Nak Minum Air Gula Mama Hamil Boleh Guna Cara Ini Untuk Turunkan Paras Gula Dalam Darah


Tahukah anda, wanita hamil berpotensi mendapat diabetes gestasi jika pemakanan hariannya tidak dikawal langsung?
Oleh sebab itu, bagi mengurangkan risiko mendapat masalah kencing manis semasa hamil ini, ibu perlulah mengamalkan beberapa kaedah pemakanan yang tepat.

Apakah jenis makanan atau cara menurunkan gula darah pada ibu hamil agar tidak mendapat diabetes gestasi?
Ada beberapa cara menurunkan gula darah pada ibu hamil yang sangat mudah untuk dipraktikkan.
Mungkin sebelum ini anda tidak tahu mengenainya justeru adalah lebih baik untuk anda melihat kepada 7 cara yang kami kongsikan di sini.

#1. Kurangkan makanan manis
Tip pertama untuk wanita hamil menurunkan paras gula darah adalah dengan mengawasi pengambilan makanan yang manis. Ini merupakan langkah paling penting dan lazim walaupun untuk pesakit diabetes biasa.
Untuk mengelakkan gula darah anda meningkat naik secara mendadak, cuba kurangkan pengambilan makanan manis seperti kuih-muih, kek, minuman manis bahkan gula-gula.
Jika anda mengidam makanan manis, gantikannya dengan sumber lain seperti buah-buahan.
Namun, anda masih perlu mengawal pengambilan harian agar tidak makan buah secara berlebih-lebihan.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
#2. Banyakkan minum air kosong
Tahukah anda bahawa air kosong tidak mengandungi sebarang kalori.
Selain itu, ia juga mempunyai beberapa khasiat lain yang membantu memastikan keseimbangan dan metabolisme tubuh agar berjalan dengan lancar.
Air kosong membantu anda mengurangkan keinginan untuk mengambil minuman manis selain mengekalkan diri untuk kekal hidrat.
Pengambilan air putih setiap hari mampu menstabilkan gula darah wanita hamil supaya tidak meningkat naik.
#3. Cara menurunkan gula darah pada ibu hamil: lakukan senaman ringan
Tip yang seterusnya bagi menurunkan paras gula darah wanita yang sedang hamil adalah dengan melakukan senaman ringan.
Namun, sebelum melibatkan diri dengan sebarang senaman, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika doktor membenarkan anda untuk melakukan senaman ringan, barulah anda boleh melakukannya.
Senaman bukan sahaja membantu mengawal paras gula darah tetapi juga memberikan manfaat kepada pernafasan dan peredaran darah.
Cukup sekadar dengan berjalan-jalan di sekitar rumah pada waktu pagi dan petang.
Senaman juga boleh mengurangkan sakit-sakit belakang yang sering terjadi dalam kalangan wanita hamil.
#4. Ambil makanan yang mengandungi probiotik
Makanan yang kaya probiotik atau bakteria baik ini sangat diketahui membantu sistem pencernaan tubuh. Selain itu, ia juga boleh membantu mengawal paras gula darah dalam tubuh manusia.
Antara jenis makanan yang kaya dengan probiotik adalah seperti yogurt, keju dan susu.
Namun, ia tidak bermakna bahawa anda boleh mengambilnya tanpa had.
Anda masih perlu mengawal pengambilan harian walaupun ia baik untuk tubuh agar tidak berlaku sebarang komplikasi lain.
#5. Ambil jenis lemak sihat
Tidak semua lemak adalah jenis lemak yang buruk. Ada jenis lemak sihat dan bermanfaat kepada tubuh yang disebut sebagai lemak tidak tepu tunggal atau mono.
Antara contoh makanan yang kaya dengan jenis lemak tidak tepu ialah minyak zaitun, minyak kanola, buah avokado, kekacang, biji-bijian dan juga ikan salmon.
Kandungan lemak sihat yang diambil ini mampu mengawal paras gula darah sehingga menjauhkan diri kita daripada risiko mendapat penyakit diabetes.
#6. Cara menurunkan gula darah pada ibu hamil adalah dengan makan oat
Bijirin oat adalah salah satu jenis makanan yang memiliki indeks glisemik atau GI yang rendah.
Apabila jenis makanan itu rendah GI, maka ia akan mengambil lebih banyak masa untuk dihadam dan membuatkan perut kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Pengambilan oat tidak sama dengan pengambilan nasi kerana oat tidak akan meningkatkan kadar gula darah anda.
Jika anda inginkan hidangan oatmeal yang lebih enak dan berkhasiat, tambahkan juga hirisan buah-buahan seperti kekacang, buah pic, pisang dan juga buah beri ke dalam mangkuk oat anda.
#7. Ambil sumber makanan berprotein
Protein juga mampu mengawal kadar gula dalam darah wanita hamil agar ia sentiasa stabil.
Selain itu, protein juga boleh membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Antara jenis makanan yang kaya dengan kandungan protein adalah seperti ikan, daging tanpa lemak, ayam, dan juga telur.
Elakkan makanan ini juga!
Selain mengambil beberapa jenis makanan seperti di atas, ada juga beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan bagi menurunkan paras gula darah.
Antaranya ialah minuman beralkohol, makanan segera, makanan bergoreng, dan juga makanan yang tinggi kandungan kanji seperti nasi putih dan kentang.
Dengan mengamalkan beberapa cara menurunkan gula darah pada ibu hamil seperti ini, anda bukan sahaja boleh mengelakkan diri daripada mengalami diabetes gestasi, malah risiko beberapa penyakit kronik lain.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
The post Tak Lama Lagi Nak Minum Air Gula? Mama Hamil Boleh Guna Cara Ini Untuk Turunkan Paras Gula Dalam Darah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-lama-lagi-nak-minum-air-gula-mama-hamil-boleh-guna-cara-ini-untuk-turunkan-paras-gula-dalam-darah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Mama Terlebih Minum Susu Bahaya Juga Ini Cadangan Hidangan Yang Mama Boleh Ambil

Kalau Mama Terlebih Minum Susu Bahaya Juga Ini Cadangan Hidangan Yang Mama Boleh Ambil

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 195 hits
Susu merupakan sejenis minuman yang baik untuk kesihatan Walau bagaimanapun semua itu merupakan sesuatu yang selalu kita dengar menerusi iklan yang ditayangkan di kaca televisyen Hakikatnya sejauh manakah kebenaran tentang faedah minum susu...
Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 310 hits
Kenapa anak saya kecil walaupun menyusu badan Tengok anak orang lain bukan main bersemangat badan Bukan setakat itu ada juga mulut mulut negatif yang selalu perli lebih baik bagi susu formula je Bagi membantu ibu memperjuangkan susu ibu unt...
Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 331 hits
Rata rata daripada ibu mengandung pasti akan melalui fasa mengidam kan Ada sahaja makanan yang ingin dirasai sebelum tiba waktu bersalin Ada makanan yang senang diperoleh ada juga pelik pelik ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSeperti perkongsi...
Dah Puasa Malam Sebelum Minum Air Gula Tapi Lekat Kencing Manis Ini Sebabnya

Dah Puasa Malam Sebelum Minum Air Gula Tapi Lekat Kencing Manis Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 287 hits
Air gula tu manis sangatlah doktor Sebab air itulah saya terkena kencing manis kata seorang wanita hamil setelah didapati bacaan gula di dalam darahnya tinggi selepas minum air gula di klinik Bacaan gula pada waktu pagi itu salah doktor Man...
Berat Tak Naik Masa Hamil Mesti Kena Bebel Dengan Doktor Ni Cara Sihat Naikkan Berat Mama

Berat Tak Naik Masa Hamil Mesti Kena Bebel Dengan Doktor Ni Cara Sihat Naikkan Berat Mama

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 293 hits
Setiap kali hendak membuat pemeriksaan bulanan ibu hamil pasti risau kenaikan dan atau penurunan berat badan waktu hamil Bimbang dimarahi doktor jika berat tidak naik Ini yang disyorkan oleh pakar otak untuk naikkan berat badan ibu hamil se...
Nak Doh Donut Super Gebu Boleh Ikut Cara Yatiekitchen

Nak Doh Donut Super Gebu Boleh Ikut Cara Yatiekitchen

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 329 hits
Bila dihidangkan dengan donut bergula ni siapa pun tidak menolaknya Tambah pula dapat yang lembut dan gebu Memang confirm tak cukup satu Nak buat doh yang gebu begini kenalah tahu tekniknya Mengikut tip yang dikongsi oleh bila nak buat doh ...
Projek Lapangan Terbang Kulim Boleh Jejaskan Bekalan Air Pulau Pinang

Projek Lapangan Terbang Kulim Boleh Jejaskan Bekalan Air Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 211 hits
MALAYSIAKINI Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memberi amaran bahawa projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang mungkin boleh menjejaskan bekalan air di Pulau Pinang PBAPP berkata penilaian kesan persekitaran terhadap projek yang dic...
Cara Nak Ikan Bilis Goreng Rangup Garing

Cara Nak Ikan Bilis Goreng Rangup Garing

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 483 hits
CARA NAK IKAN BILIS GORENG RANGUP GARING Bahan bahan Ikan bilis Cuka makanCara buat 1 Bersih ikan bilis dan masuk dalam bekas2 Masukkan cuka makan 1 sudu kecil dan gaul rata bersamaikan bilis3 Perap selama 5 minit4 Goreng ikan bilis seperti...
Nak Mata Anak Cantik Penglihatan Jelas Boleh Beri Jenis Makanan Ini Pada Si Kecil

Nak Mata Anak Cantik Penglihatan Jelas Boleh Beri Jenis Makanan Ini Pada Si Kecil

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 421 hits
Kita sudah sedia maklum mengenai khasiat lobak merah kepada kesihatan mata Kandungan beta karoten yang ada di dalam lobak merah membantu retina dan bahagian mata lain berfungsi dengan baik Bagaimanapun tidak semestinya anda perlu beri anak ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl