Ibu Hamil Mual Bau Susu Boleh Ambil Vitamin Kalsium Kalsium Penting Untuk Pertumbuhan Tulang Gigi Bayi


Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan.
Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
 
Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?
Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu. Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik. Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis. Zat Besi
Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.
Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Asid Lemak Perlu
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.
Vitamin D
Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Tips pengambilan vitamin dan suplemen
Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu. Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil. Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi. Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong. Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E. Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi. Kredit: MyHealth
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta.Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
The post Ibu Hamil Mual Bau Susu Boleh Ambil Vitamin Kalsium! Kalsium Penting Untuk Pertumbuhan Tulang & Gigi Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-mual-bau-susu-boleh-ambil-vitamin-kalsium-kalsium-penting-untuk-pertumbuhan-tulang-gigi-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Vitamin Yang Ibu Hamil Perlu Ambil Demi Kesihatan Ibu Bayi Dalam Kandungan

Ini Vitamin Yang Ibu Hamil Perlu Ambil Demi Kesihatan Ibu Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 171 hits
Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan Adakah bakal ibu masih tercari cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan Apabila disahkan hamil seorang bakal ibu pa...
Gigi Susu Anak Belum Goyang Dah Keluar Gigi Kekal Ini Sepatutnya Ibu Ayah Perlu Buat

Gigi Susu Anak Belum Goyang Dah Keluar Gigi Kekal Ini Sepatutnya Ibu Ayah Perlu Buat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 447 hits
Gigi susu ialah gigi sementara yang akan berganti kepada gigi kekal atau gigi dewasa Kanak kanak akan mula tumbuh gigi ketika usia 6 bulan hingga 2 tahun Ketika kanak kanak berusia 6 7 tahun gigi kekal akan mula tumbuh secara berperingkat d...
Nasib Bayi Berpaut Pada Kaki Ibu Hamil Bersalin Sendiri Netizen Doa Jururawat Terima Balasan Dunia

Nasib Bayi Berpaut Pada Kaki Ibu Hamil Bersalin Sendiri Netizen Doa Jururawat Terima Balasan Dunia

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 354 hits
Tular mengenai isu ibu hamil terpaksa bersalin sendirian di hospital mendapat perhatian orang ramai di media sosial
Cukup Ke Nutrisi Kalau Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal Sahaja Perkara Ini Mama Wajib Ambil Tahu

Cukup Ke Nutrisi Kalau Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal Sahaja Perkara Ini Mama Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 253 hits
Ada yang mengatakan pengambilan vitamin ibu mengandung penting untuk jadikan badan bertenaga dan kuat Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil Vitamin ibu mengandung Jika anda sedang hamil atau mencuba untuk men...
Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 267 hits
Kenapa anak saya kecil walaupun menyusu badan Tengok anak orang lain bukan main bersemangat badan Bukan setakat itu ada juga mulut mulut negatif yang selalu perli lebih baik bagi susu formula je Bagi membantu ibu memperjuangkan susu ibu unt...
Gosok Hari Hari Rosak Juga Bukan Susu Je Buat Gigi Anak Rongak Tapi Faktor Ini Penyebabnya

Gosok Hari Hari Rosak Juga Bukan Susu Je Buat Gigi Anak Rongak Tapi Faktor Ini Penyebabnya

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 307 hits
Setiap hari gosok gigi anak tapi kenapa rosak juga Apa punca sebenarnya Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu bila berdepan masalah ini Ada yang kata sebab minum susu botol Tak kurang juga yang kongsikan salah satu puncanya seb...
Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 274 hits
Rata rata daripada ibu mengandung pasti akan melalui fasa mengidam kan Ada sahaja makanan yang ingin dirasai sebelum tiba waktu bersalin Ada makanan yang senang diperoleh ada juga pelik pelik ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSeperti perkongsi...
Stress Susu Tak Ada Tapi Mak Mak Mertua Paksa Menyusu Badan Siti Jamumall Akui Support System Penting

Stress Susu Tak Ada Tapi Mak Mak Mertua Paksa Menyusu Badan Siti Jamumall Akui Support System Penting

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 292 hits
Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall berkongsi pengalaman menyusukan kedua dua anaknya dan pastinya kisah penyusuan ini ada pahit dan manis Walaupun mempunyai perniagaan sendiri dan sentiasa sibuk namun bukan halangan bagi...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Vivo Y200i Smartphone Specifications And Prices

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb