Cuba Tanyakan Kepada Pemimpin Kerajaan Apa Kata Mereka


Mengapa masih tidak haramkan Dong Zong?
MENGAPA masih memberi muka kepada badan bukan kerajaan (NGO) rasis ini?

Pertubuhan ekstremis Cina, Dong Zong mendakwa, 98.29 peratus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menolak pembelajaran tulisan Jawi. Tiada guna memperkenalkan tulisan Jawi dan buang masa sahaja katanya.

Saya sudah lama menjangkakan jawapan yang amat kurang ajar ini, sekalipun tiada tinjauan dilakukan kerana ia sudah tentu tidak memeranjatkan.

Hal ini kerana suara pertubuhan ultra kiasu adalah suara orang Cina. Jika pertubuhan ultra kiasu ini kata putih, maka putihlah kepada orang Cina. Begitu juga sebaliknya di mana jika hitam, maka hitamlah.

Majoriti orang Cina akan mengikutnya, kecuali mereka yang sayangkan negara ini.

Tiada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mengharamkan pertubuhan pendidikan ini dan seangkatan dengannya. Ia membahayakan dan tidak langsung membantu pembinaan negara bangsa.

Apakah kita tidak berasa tercabar apabila NGO rasis boleh menolak keputusan kerajaan terhadap sekolah yang dimiliki kerajaan? Dibiayai dan didanai sepenuhnya oleh kerajaan.

Tidak pernah berlaku dalam mana-mana negara didunia,di mana masa depan pendidikan negara ditentukan oleh NGO. Tetapi di Malaysia, Dong Zong berjaya melakukannya. Hebat mereka bukan?

Malah, tanpa segan silu ultra kiasu ini mencadangkan bahawa lebih penting untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar, kerana itu adalah bahasa kebangsaan kita. Baguskan cadangan ini? Adakah NGO rasis ultra kiasu benar-benar melakukannya?

Pelikkan? Apabila kerajaan mahu menambah masa mengajar dalam jadual waktu, subjek bahasa Melayu kepada 240 hingga 270 minit seminggu, merekalah yang paling kuat menentang atas alasan, ia akan menjejaskan masa subjek Cina yang lain.

Penambahan masa bahasa Melayu akan menghimpit masa subjek-subjek bahasa Cina yang lain.

Dalam erti kata lain, penambahan masa bahasa Melayu akan menjadikan murid-murid Cina tidak dapat menguasai bahasa Cina dengan baik.

Pada mereka, bahasa Cina nombor satu, bahasa Melayu, boleh jalan, tiada nilai komersial. Tahu bahasa Melayu pun bukan boleh menambah kekayaan.

Lihat! Betapa hebatnya lakonan mereka.

Pertubuhan ini begitu cepat bertindak membuat tinjauan ke atas Jawi tetapi tidak pernah membuat tinjauan secara serius berapa ramai murid-murid SJKC yang boleh berbahasa kebangsaan dengan baik. Berapa ramai lulus dan berapa gagal.

Ultra kiasu ini amat takut jika tinjauan benar-benar dibuat, ramai yang gagal daripada lulus bahasa Melayu. Ini sudah tentu memberi satu pukulan hebat kepada mereka.

Sedangkan, standard bahasa Melayu di SJKC jauh lebih mudah daripada bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan.

Standard bahasa Melayu tahun 6 di SJKC, bersamaan dengan standard bahasa Melayu tahun 3 dan tahun 4 di Sekolah Kebangsaan. Itupun masih begitu ramai murid Cina yang gagal bahasa kebangsaan.

Apabila ditanya, kenapa ramai gagal. Jawapannya mudah sahaja, kerana murid Cina terpaksa menumpu banyak masa terhadap subjek-subjek Cina. Habis tu, kamu tinggal di mana?

Saya cabar Dong Zong, jika kamu mahu memansuhkan Jawi dan bersetuju memperkasakan bahasa Melayu, segera tambah masa subjek bahasa Melayu 270 hingga 300 minit seminggu, bukan sekitar 200 minit seminggu di SJKC.

Sehingga kini, saya teramat sedih, tulisan demi tulisan, bukti demi bukti, laporan demi laporan dibuat, kerajaan tetap tunduk.

Dengan ugutan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan, mengapa kerajaan masih berlembut dengan pertubuhan rasis ini.

Amat jelas daripada dahulu sampai sekarang, pertubuhan rasis ini, mahu membina negara dalam negara. Tetapi kita terus biarkan.

Kita terus sibuk berpolitik daripada membina negara.

Kita canangkan dengan megahnya ‘unity in diversity’ kononnya kita hebat. Kita mengamalkan ‘social cohesion’ atau kesepaduan sosial. Tetapi hakikat sebenar perpaduan amat rapuh.

Buktinya sangat jelas, bagaimana NGO boleh menentukan hala tuju pendidikan negara ini. Saya boleh mengemukakan banyak lagi bukti diperlukan. Tetapi tangan ini sudah letih untuk menitipkan bait-bait kata.

Saya pula dilihat jadi budak jahat. Berbaloikah melakukan ini semua?

Kadangkala terdetik juga dalam naluri hati berkata “pergi jahanamlah, aku dah tak nak cara, buang masa seperti mencurah air atas daun keladi,”

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/cuba-tanyakan-kepada-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 240 hits
Pemimpin bahagian Umno tidak memiliki keinginan untuk berpakat dengan bekas timbalan presiden Umno tersebut Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan ko...
Apa Kata Anwar Tentang Pemimpin Pemimpin Ini

Apa Kata Anwar Tentang Pemimpin Pemimpin Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 324 hits
Dalam temu bual eksklusif dengan Mingguan Malaysia minggu ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ditanya mengenai pandangan beliau terhadap beberapa pemimpin negara Berikut adalah jawapan beliau TUN Dr MAHATHIR MOHAMAD Dia ada jasa kepad...
Kata Orang Hanya Rakyat Bahalol Pilih Pemimpin Tolol

Kata Orang Hanya Rakyat Bahalol Pilih Pemimpin Tolol

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 325 hits
Ya Dengan kluster mahkamah UMNO dia taknak kerjasama OK tapi dengan Kluster KETUA PNkhianat PNyangak PNipu Kepala Perompak PNyamun yang tu dia nak sangat Ketua AMK atau Ahli ahhli Pemuda Amanah DAP dan Ketua Pemuda DAP yg memg bahalol sebab...
Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 402 hits
freemalaysiatoday com March 9 2021 7 45 AMPenentu nasib Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno adalah ahli dan perwakilan parti kata penganalisis PETALING JAYA Penganalisis menjangkakan lebih ramai pemimpin Umno di peringkat negeri dan ba...
Bukan Kerajaan Pintu Belakang Tapi Pintu Istana Kata Chandra Muzaffar

Bukan Kerajaan Pintu Belakang Tapi Pintu Istana Kata Chandra Muzaffar

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 223 hits
Pemikir terkenal Chandra Muzaffar menyanggah mereka yang menggambarkan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai kerajaan pintu belakang dengan mengatakan perubahan politik di Putrajaya tahun lepas bukan perkata yang tidak biasa ber...
Bn Hilang Sokongan Melayu Jika Umno Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Pemimpin Umno

Bn Hilang Sokongan Melayu Jika Umno Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 369 hits
freemalaysiatoday com March 22 2021 7 00 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii menolak pandangan penganalisis politik Mohammad Agus Yusoff bahawa parti itu lebih beruntung jika menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan PETALI...
Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 382 hits
BMenteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata syarikat dalam sektor pelancongan merupakan antara sasaran bantuan kerana mereka masih belum dapat meneruskan operasi KUALA LUMPUR Kerajaan akan memanfaatkan lebih banyak data yang dikumpul...
Annuar Musa Terdesak Nak Jaga Jawatan Menteri Dalam Kerajaan Pn Kata Anwar

Annuar Musa Terdesak Nak Jaga Jawatan Menteri Dalam Kerajaan Pn Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 282 hits
March 7 2021 Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruhnya sebagai tindakan terdes...
Terkini Pemimpin Pas Mengaku Partinya Dah Lain Bila Jadi Kerajaan

Terkini Pemimpin Pas Mengaku Partinya Dah Lain Bila Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 492 hits
March 23 2021 Dulu bukan main berdegar degar demo sana demo sini Sekarang bila dah jadi kerajaan senyap PAS dan tak macam dulu PAS dah lain bila jadi kerajaan Ini salah satu soalan yang diajukan kepada saya dalam satu program usrah di Semen...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan

Istirehatlah Daripada Cinta Yang Salah

Jack Filem Tamil Spy Action Comedy Korang Layan Je

Tema Maal Hijrah 2025 1447h Membangun Ummah Madani

Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka