Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul


BernamaMenteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, syarikat dalam sektor pelancongan merupakan antara sasaran bantuan kerana mereka masih belum dapat meneruskan operasi. (Gambar Reuters)KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memanfaatkan lebih banyak data yang dikumpulkan oleh pelbagai kementerian untuk menyalurkan bantuannya kepada individu dan perniagaan yang masih terjejas oleh pandemik kesihatan yang berlarutan lebih setahun, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
“Kita sedang membuat perbincangan di peringkat Kementerian Kewangan dan kementerian yang berkenaan mengenai bagaimana kita boleh bantu terutamanya di sektor-sektor yang masih terkesan dengan pandemik ini,” katanya.
Perbincangan dan data yang dikumpulkan akan digunakan untuk merangka pelbagai langkah baharu.
“Ini akan dumumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada media sewaktu pembentangan sorotan kejayaan dan pencapaian setahun kementerian itu, baru-baru ini.
Tahun lepas, kerajaan mengumumkan pelbagai langkah rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion.
Pada Januari, ia melancarkan pakej rangsangkan ekonomi kelimanya, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang merangkumi lebih 22 inisiatif.
Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM322.5 bilion bagi Belanjawan 2021, belanjawan terbesar dalam sejarah negara.
Bagaimanapun, beberapa perniagaan terutamanya yang melibatkan sektor pelancongan masih belum dapat beroperasi kerana sempadan masih belum dibuka.
“Syarikat dalam sektor pelancongan merupakan antara sasaran yang perlu dibantu kerana mereka masih belum dapat meneruskan operasi,” kata Tengku Zafrul.
Selain itu katanya, bantuan tersebut bertujuan memastikan ia menyokong proses pemulihan dalam sektor tersebut, di samping strategi lain yang melibatkan program vaksinasi.
Imunisasi adalah kunci bagi pemulihan ekonomi, tegasnya.
Dalam usaha untuk membendung penularan pandemik dan memulihkan ekonomi, kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang meraikan ulang tahun pertamanya pada 28 Feb, merangka pelan pemulihan 6R enam peringkat — Resolve (ketegasan), Resilience (ketahanan), Restart (jana semula), Recovery (pemulihan), Revitalise (memperkasas) dan Reform (menyusun semula).
Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi merangsang perniagaan tempatan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk membantu industri pelancongan.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), yang dikeluarkan setiap minggu oleh kementerian itu, sambutannya kurang memberangsangkan.
Setakat 19 Feb (daripada laporan LAKSANA ke-43), terdapat 579 permohonan bagi pembiayaan ini dan 282 permohonan diluluskan dengan jumlah pembiayaan RM57.1 juta.
Mengulas mengenai perkara ini, Tengku Zafrul berkata, permohonan perlahan itu disebabkan sama ada syarikat menutup perniagaan mereka atau mengurangkan operasi, jadi mereka merasakan tidak ada gunanya untuk memohon peruntukan tersebut.
“Sebagai ahli perniagaan, mereka memberitahu kami bahawa mereka memerlukan beberapa rancangan yang akan dilakukan apabila kami membuka industry, tetapi kami belum dapat membuat perancangan lagi kerana ia bergantung kepada bilangan kes Covid-19.
“Oleh itu, jika syarikat mengendalikan perniagaan hotel, mereka tidak mahu meminjam lagi kerana tidak pasti dengan perolehan mereka kerana belum boleh memulakan semula operasi.
“Jadi mungkin sektor pelancongan perlukan pertolongan yang lain dan kami juga akan mengumumkan sesuatu untuk menyokong industri ini,” katanya.
Selain itu, menerusi kemas kini mingguan LAKSANA ke-43, beliau berkata, kerajaan akan merangka langkah tambahan dalam masa terdekat untuk menyediakan bantuan bersasar kepada kumpulan rentan.
Beliau berkata langkah tambahan itu bertujuan membantu golongan miskin serta mereka yang kehilangan pendapatan dan meningkatkan sokongan kepada perniagaan, terutamanya yang masih belum dapat beroperasi dan dalam proses membuka semula perniagaan pasca perintah kawalan pergerakan.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pada Feb berkata, kerajaan akan mengumumkan strategi tambahan pada pertengahan Mac untuk membantu memulihkan ekonomi dan mengurangkan impak ekonomi akibat daripada Covid-19.
“Bulan depan saya akan umumkan satu strategi komprehensif, saya baru membincangkannya dengan menteri kewangan. Saya akan umum apkaha strategi sebenar, agar kita boleh menyelesaiakan masalah sekarang dengan pantas dan ekonomi kita akan menjadi lebih rancak.
“Tunggu sajalah, saya akan umumnya nanti, mungkin pada pertengahan Mac,” katanya baru-baru ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/kerajaan-akan-manfaat-lebih-banyak-data.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Lebih Banyak Sektor Ekonomi Kurang Kerugian Negara Kepada Rm300 Juta Sehari Kata Tengku Zafrul

Buka Lebih Banyak Sektor Ekonomi Kurang Kerugian Negara Kepada Rm300 Juta Sehari Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Pembukaan lebih banyak sektor ekonomi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua berjaya mengurangkan kerugian negara kepada RM300 juta sehari berbanding RM2 4 bilion sehari semasa PKP 1 0 Menteri Kewangan Tengku...
Pas Lebih Kuat Dalam Pn Bukan Bersatu Kata Tengku Razaliegh

Pas Lebih Kuat Dalam Pn Bukan Bersatu Kata Tengku Razaliegh

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 272 hits
NASUHA RAHMANVeteran Umno Tengku Razaliegh Hamzah berkata Bersatu bukanlah sebuah parti yang kuat di dalam Perikatan Nasional sebaliknya parti Pas yang lebih menonjol dan dominan di dalam gabungan itu Pas yang kuat dalam PN mana ada Bersatu...
Kerajaan Salur Bantuan Kewangan Rm500 Kepada Pemandu Bas Teksi Dan E Hailing

Kerajaan Salur Bantuan Kewangan Rm500 Kepada Pemandu Bas Teksi Dan E Hailing

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 188 hits
Bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 kepada pemandu teksi bas sekolah bas persiaran kereta sewa dan e hailing mula dibayar bermula semalam Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan di bawah Pakej Ban...
Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 218 hits
February 22 2021 10 23 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dihadapi rakyat perlu diutamakan PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Covid 19 dengan berkata rakya...
Selepas Ini Lebih Banyak Umno Negeri Bahagian Akan Berkerjasama Dengan Bersatu Kata Annuar

Selepas Ini Lebih Banyak Umno Negeri Bahagian Akan Berkerjasama Dengan Bersatu Kata Annuar

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 203 hits
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Annuar Musa membayangkan lebih banyak lagi bahagian parti itu atau kepimpinan peringkat negeri bakal mengambil pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu Kenyataannya itu hadir selepas Umno Perlis d...
Fasa Pertama Bayaran Prihatin Bermula Esok Kata Tengku Zafrul

Fasa Pertama Bayaran Prihatin Bermula Esok Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 300 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata ini melibatkan 4 4 juta penerima kategori isi rumah dan 4 05 juta individu bujang KUALA LUMPUR Seramai 8 45 juta penerima akan menerima pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat secara...
Penyelesaian Global 1mdb Bukti Kerajaan Tidak Berkompromi Tengku Zafrul

Penyelesaian Global 1mdb Bukti Kerajaan Tidak Berkompromi Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 176 hits
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz KUALA LUMPUR Penyelesaian global membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad digunakan untuk melangsaikan kewajiban tertunggak dana tersebut Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata p...
Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 344 hits
freemalaysiatoday com March 5 2021 7 00 AMPenganalisis berkata peluang PAS memenangni lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang lebih cerah jika parti itu bekerjasama dengan Umno berbanding PPBM PETALING JAYA Penganalisis poli...
Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 302 hits
freemalaysiatoday com March 9 2021 7 45 AMPenentu nasib Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno adalah ahli dan perwakilan parti kata penganalisis PETALING JAYA Penganalisis menjangkakan lebih ramai pemimpin Umno di peringkat negeri dan ba...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport