Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr



Pemimpin bahagian Umno tidak memiliki keinginan untuk berpakat dengan bekas timbalan presiden Umno tersebut. (Malaysia Now) – Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan komen berkenaan parti itu.
Mereka berkata Umno tetap berpegang teguh kepada kesepakatan sebelum ini untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan tidak memiliki keinginan untuk berpakat dengan bekas timbalan presiden Umno tersebut.
Kenyataan pemimpin bahagian Umno itu menafikan kenyataan Anwar yang mengesahkan bahawa PKR telah mengadakan siri rundingan bersama pimpinan Umno, sebuah kenyataan yang mengesahkan sokongan yang ditunjukkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak terhadap ketua pembangkang itu.
“Dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (Umno), dan mereka lebih faham kita,” kata Anwar dalam sebuah temubual baru-baru ini.
Namun Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Rizalman Mokhtar berkata, kenyataan Anwar itu bertujuan untuk memecah belahkan parti itu.
Rizalman berkata, kenyataan Anwar itu juga turut bertujuan untuk menghilangkan keyakinan ahli akar umbi terhadap presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya percaya kenyataan ini hanya sebagai cubaan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku dalam Umno,” katanya kepada MalaysiaNow.
Beliau menambah bahawa ahli akar umbi Umno tetap dengan pendirian yang diputuskan majlis kerja tertinggi untuk menolak sebarang kerjasama dengan Anwar dan DAP.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata, rata-rata pemimpin dan ahli parti itu menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Anwar.
“Umno yang mana? Bukan semua dalam Umno yang rasa begitu
“Mungkin Anwar merujuk kenyataan pemimpin Umno tertentu yang hampir sama dengan kenyataan dia. Maksud,” kata Faisal dipercayai merujuk kenyataan hampir serupa dikeluarkan pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid dan Anwar yang mewakili Pakatan Harapan (PH) sehingga sempat menjadi bahan ketawa di media sosial.
Kenyataan Zahid dan Anwar itu dilihat hampir sama ketika menggesa sidang Parlimen diadakan ketika darurat.
Tidak lama selepas ia menjadi tular kerana ditertawakan, BN mengumumkan “ketua pegawai media” digantung dan kenyataan itu ditarik semula.
“Maksud, lenggok bahasa dan perkataan pun hampir sama, jadi dia kata mungkin itu yang dia maksudkan sefahaman dan makin serasi,” kata Faisal lagi.
Faisal turut menambah bahawa majoriti pemimpin dan ahli Umno masih memegang kepada keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
“Kalau tak percaya minta MKT bawa usul sokong dan bersama Anwar dalam PRU15, kita tengoklah reaksi perwakilan dan ahli Umno,” katanya.
Naib Ketua Umno Bahagian Sekijang Anuar Manap melihat Anwar semakin terdesak untuk menjadi perdana menteri terutamanya beberapa ahli Parlimen PKR keluar parti dan menjadi ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Presiden PKR dilihat semakin terdesak untuk meraih sokongan sehingga terpaksa meminta Umno bersama dengannya.
“Isu ‘I have number’ dulu pun berkait dengan sokongan ahli Parlimen Umno dan ternyata dakwaan beliau meleset,” katanya kepada MalaysiaNow.
Katanya apa yang dilakukan Anwar hanyalah untuk menarik perhatian terhadap dirinya yang sudah kehilangan kepercayaan, bukan sahaja di peringkat kepimpinan tertinggi parti, malah dalam kalangan akar umbi PKR.
Tahun ini sahaja, PKR kehilangan tiga ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng meninggalkan parti itu pada Februari.
Terbaru, Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar yang juga naib presiden PKR turut meninggalkan parti itu untuk menyokong kerajaan PN memerangi pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/16/umno-tetap-tak-mahu-anwar-kata-pemimpin-bahagian-menafikan-kenyataan-presiden-pkr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Syok Sendiri Naib Ketua Bahagian Umno Kata

Anwar Syok Sendiri Naib Ketua Bahagian Umno Kata

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 385 hits
Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu sedang merintis persefahaman dengan UMNO dianggap sebagai mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam Datuk Onn Hafiz Gh...
Bn Hilang Sokongan Melayu Jika Umno Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Pemimpin Umno

Bn Hilang Sokongan Melayu Jika Umno Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 333 hits
freemalaysiatoday com March 22 2021 7 00 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii menolak pandangan penganalisis politik Mohammad Agus Yusoff bahawa parti itu lebih beruntung jika menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan PETALI...
Anwar Sahkan Perbincangan Umno Pkr Buat Sidang Media Petang Ini

Anwar Sahkan Perbincangan Umno Pkr Buat Sidang Media Petang Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 393 hits
Malaysiakini Presiden PKR Anwar Ibrahim mengatakan bahawa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama untuk pilihan raya umum ke 15 Anwar mengumumkan bahawa dia akan mengadakan sidang media hari...
Awani Ringkas Rundingan Umno Pkr Langgar Prinsip No Anwar No Dap

Awani Ringkas Rundingan Umno Pkr Langgar Prinsip No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 343 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Pemimpin Umno Tak Mahu Anwar

Pemimpin Umno Tak Mahu Anwar

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 295 hits
Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan komen berkenaan parti itu Mereka berkata Umno tetap berpegang teguh kepada kesepakatan sebelum ini untuk tidak...
Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 290 hits
KUALA NERUS Mana mana ahli UMNO termasuk pemimpin yang didapati menjalinkan kerjasama bersama PKR dan DAP boleh dikenakan tindakan disiplin Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Majlis Tertinggi sudah membuat kep...
Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 229 hits
Serangan tanpa asas yang dibuat oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merugikan Umno dalam percaturan politik jangka panjang parti itu Ketua Penerangan KEADILAN Datuk...
Mp Sarawak Keluar Pkr Mesej Kepada Anwar Kata Penganalisis

Mp Sarawak Keluar Pkr Mesej Kepada Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 293 hits
Seorang penganalisis politik berkata peletakan jawatan seorang ahli Parlimen Sarawak daripada PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai mesra kerajaan adalah satu perkara yang tidak mengejutkan setelah pengumuman Istana Negara bahawa Parlimen...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport