Annuar Musa Terdesak Nak Jaga Jawatan Menteri Dalam Kerajaan Pn Kata Anwar


 



March 7, 2021 Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruhnya sebagai tindakan terdesak.
Menurutnya, dakwaan Ahli Parlimen Ketereh itu hanya bertujuan untuk menjaga kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Annuar Musa ini saya tidak tahu dia ini mewakili siapa dan maklumat dari mana, dia nampak terdesak. Dia nak jaga jawatan dia, dia jagalah, tetapi jangan sentuh dan ganggu orang lain.
“Saya ingat politik dia itu hanya nak jaga jawatan menteri dia, dia tak peduli parti dia. Dia tidak peduli cakap benar atau tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Retreat Kepimpinan Keadilan Negeri Sembilan di Ancasa Residences Port Dickson pada malam Sabtu.
Hadir sama, Pengerusi PKR Negeri Sembilan yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Annuar sebelum ini mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, kenyataan media terbaru Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan bukti bahawa UMNO kini dikuasai Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, Anwar menyambut baik kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bersedia melakukan siasatan terhadap dakwaan beberapa individu cuba menyogok ahli Parlimen seperti tular dalam media sosial.
“Itu kenyataan umum, saya percaya SPRM boleh telus jalankan tugas, orang-orang ini dipanggil oleh orang-orang tertentu dan diberikan maklumat dan percubaan untuk menyogok, saya tidak fikir SPRM cuba berikan alasan untuk keluar dari masalah ini.
“Saya ucapkan terima kasih atas kepekaan SPRM yang mengukuhkan pandangan bahawa mereka itu bertindak secara profesional tapi saya nak ini dibuktikan dengan tindakan yang tidak memilih bulu sama ada pembangkang atau kerajaan,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/annuar-musa-terdesak-nak-jaga-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Menteri Agama Diasak Tun M Kerana Terima Jawatan Dalam Kerajaan Penyamun

Gempar Menteri Agama Diasak Tun M Kerana Terima Jawatan Dalam Kerajaan Penyamun

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 317 hits
March 3 2021 Pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengambil tindakan saman terhadap pihak yang memfitnah tentang pertemuannya dengan bekas perdana menteri i...
Ppbm Tidak Perlu Sibuk Ambil Tahu Beri Umno Ruang Urus Parti Sendiri Kata Annuar Musa

Ppbm Tidak Perlu Sibuk Ambil Tahu Beri Umno Ruang Urus Parti Sendiri Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 372 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa membidas pemimpin PPBM yang menggesa Umno mendedahkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu di Janda Baik Pahang dengan berkata tiada mana mana pihak yang mempunyai kuasa ve...
Anwar Patut Dah Jadi Pm Kata Musa Hitam

Anwar Patut Dah Jadi Pm Kata Musa Hitam

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 1019 hits
MALAYSIA DATELINEBekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri Pengerusi Forum Ekonomi Islam Sedunia berkenaan berkata beliau tanpa keraguan men...
Din Ayub Pun Pening Juga Dulu Kau Kata Anwar Nak Baik Dengan Umno

Din Ayub Pun Pening Juga Dulu Kau Kata Anwar Nak Baik Dengan Umno

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 423 hits
MUHD MUFIZ IIBu la nko Din Ayub DULU geng proksi proksi Atoksaka di dlm Amanah nko SERANG DSAI TUDUH DSAI NAK BERPAKAT DGN UMNO DAN GENG NKO DLM AMANAH MENOLAK BEKERJASAMA DGN PENYAMUN UMNO XHABIH HABIH GENG PROKSI ATOKSAKA DI DLM AMANAH NK...
Dijangka 7 Hingga 8 Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Kerajaan Pn Annuar Musa

Dijangka 7 Hingga 8 Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Kerajaan Pn Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 465 hits
Beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang dijangka mengikut jejak langkah Datuk Dr Xavier Jayakumar untuk meninggalkan parti masing masing Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata beliau difahamkan seramai tujuh hingga lapan orang la...
Nak Jadi Menteri Bukan Ini Caranya Nasihat Husam Kepada Takiyuddin

Nak Jadi Menteri Bukan Ini Caranya Nasihat Husam Kepada Takiyuddin

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 366 hits
NASUHA RAHMANSenator Datuk Husam Musa hari ini menasihatkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Datuk Takiyuddin Hassan agar Pas menarik diri daripada kerajaan yang tidak cukup majoriti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yaasin demi imej sebu...
Walaupun Jadi Kerajaan Pas Kata Perjudian Sedang Membarah

Walaupun Jadi Kerajaan Pas Kata Perjudian Sedang Membarah

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 295 hits
February 23 2021 PERJUDIAN merupakan salah satu masalah di dalam masyarakat yang menyebabkan institusi keluarga roboh pergaduhan di kalangan ahli masyarakat dan ada sesetengah kes yang membawa kepada kejadian bunuh diri Ianya telah memberi ...
Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

Anniversary 01 Januari 2026

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2025

Tiket Kidzania Murah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal

Perubahan Besar Kwsp Untuk Tahun 2026 Apa Yang Perlu Tahu

Anak Perempuan Pelakon Tommy Lee Jones Ditemui Meninggal Dunia Di Hotel California

Fenomena Buat Ram Sendiri Mungkin Jadi Trend Baharu

Lelaki Indonesia Kongsi Hal Yang Buatnya Faham Tentang Malaysia