Terkini Pemimpin Pas Mengaku Partinya Dah Lain Bila Jadi Kerajaan
March 23, 2021 “Dulu bukan main berdegar-degar, demo sana demo sini. Sekarang, bila dah jadi kerajaan, senyap! PAS dan tak macam dulu. PAS dah lain bila jadi kerajaan!” – Ini salah satu soalan yang diajukan kepada saya dalam satu program usrah di Semenyih baru-baru ini.
“Saya setuju”. Itu respons segera saya.
“Kalau sama macam dulu, maknanya PAS bukan kerajaan, tapi masih pembangkang. Pembangkang bukan kerajaan.”, saya tambah.
Ramai yang senyum. Mungkin kerana seronok mendengar jawaban saya. Atau mungkin senyum kerana ada point untuk mereka jawab kepada netizen, apabila soalan seumpama itu mereka hadap.
PAS, apabila menjadi kerajaan perlu buat kerja cara kerajaan, bukan cara pembangkang lagi. Jika pembangkang nature-nya adalah bersuara, bertempik dan berhimpun, itu adalah biasa. Jika pembangkang tak buat apa-apa, maknanya sama ada pembangkang tersebut sudah hilang taring, atau mungkin tak tau buat kerja.
Pembangkang, jika tidak boleh berhimpunpun, sekurang-kurangnya buat sidang media. Itulah kerja pembangkang, sekalipun sidang media tersebut menjadi macam seminar! Yang penting panggil wartawan. Nak cerita apa depan mereka, itu belakang kira.
Populis. Pembangkang memang perlu menjadi populis untuk dilihat masih relevan.
Bila jadi kerajaan kena buat kerja. Merangka kemajuan negara dan melaksanakannya.
Sebagai kerajaan, PAS juga bertanggungjawab meredakan keresahan seluruh warga. Terutama apabila negara sedang menghadapi krisis. Krisis seumpama hari ini – krisis kesihatan dan krisis politik.
Tidak pula ertinya kerajaan terus mengkesampingkan pandangan dan cadangan pembangkang. Dengar dan timbangkan. Ambil dan laksanakan, jika sesuai dengan dasar dan perancangan kerajaan. Bak kata YB Dr Maszle Malik bekas Menteri Pendidikan; “terima kasih bagi pandangan, tapi anda bukan kerajaan”.
Buat kerja sebagai sebuah kerajaan adalah tanggungjawab, bukan mengejar populariti. Tapi sekiranya jadi populis hasil daripada buat kerja, itu bonus!
Bagi PAS, buat kerja yang diamanahkan merupakan tanggungjawab agama, bukan sekadar tanggungjawab berkerajaan semata-mata. Maknanya, apabila seseorang penjawat melaksanakan tugasnya, dia akan selamat. Tetapi jika ada jawatan tetapi tak buat kerja dia akan diazab.
Benarlah dengan sebuah hadith Nabi SAW; “Tujuh (jenis) orang akan mendapat lindungan Allah di Padang Mahsyar kelak, yang pertama; pemimpin yang adil – iaitu pemimpin yang melaksanakan tangggungjawabnya…”
Jadi kerajaan kena buat kerja. Sudah tentu tak sama macam jadi pembangkang.
Make sense?
SHAFIE NGAH
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/03/terkini-pemimpin-pas-mengaku-partinya.html