Cuba Sendiri Riasan Kuku Menarik Ini
Serikan rias kuku dengan teknik ala profesional mengikut langkah mudah yang dikongsikan. Kuku yang rapi dan bersih melambangkan personaliti seseorang. Jelita sentiasa menggalakkan anda melakukan rawatan manicure dan pedicure di salon, atau pun secara sendiri di rumah.
Untuk rias kuku yang lebih menarik, jom cuba gaya Perancis yang terbaru ini. Ini adalah satu teknik riasan yang mana hanya sebahagian kuku sahaja diwarnakan, memberikan efek dua tona – satu yang diaplikasikan dengan warna dan satu lagi adalah warna asli kuku anda.
Menurut Rachel, pakar penghias kuku di Posh Nail Spa, anda seharusnya berani mencuba dan bereksperimen dengan mainan rona pewarna kuku yang terang agar ianya terlihat moden dan menarik.
Ketika sesi penggambaran, Carmen Chee, jururias kuku professional juga dari Posh Nail Spa berkata, ada dua tip dan panduan yang anda harus tahu sebelum memulakan riasan kuku ini. “Gaya riasan kuku ini sangat sesuai buat anda yang mempunyai jenis kuku yang tirus. Ini akan memperlihatkan jemari lebih runcing dan panjang.
“Bukan itu sahaja, anda boleh campurkan dua rona pewarna kuku yang berbeza bagi menghasilkan tona yang lebih menonjol lagi unik,” katanya.
Selain daripada itu, baru -baru ini juga Posh Nail Spa telah melancarkan rangkaian penjagaan tubuh terbaru iaitu Agape, yang mendapat sentuhan teknologi Nano Zinc untuk kulit yang lebih lembap dan lembut. Antara tiga produk yang hadir dalam rangkaian ini ialah Agape Cream Exfoliator Peppermint & Lemongrass, Agape Luxury Hand Body Cream Peppermint & Lemongrass dan Agape Nano Mist.
Kini, anda boleh cuba sendiri langkah riasan kuku ini di rumah mengikut langkah-langkah berikut:-
Potong dan Bentuk
Potong dan bentukkan kuku mengikut bentuk yang sesuai dengan jari anda. Rapikannya agar ia nampak lebih bersih.
The post Cuba Sendiri Riasan Kuku Menarik Ini appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/cuba-sendiri-riasan-kuku-menarik-ini/