Cukai Peribadi Dan Sistem Taksiran Sendiri



Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan yang cintakan negara, kita perlu ambil tahu tentang selok-belok sistem percukaian yang digunapakai di negara kita ini.
 
Walaupun membayar cukai itu bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, namun kita perlu tahu bahawa cukai yang dibayar itu sebenarnya adalah sebagai sumber pendapatan bagi negara kita. Dari duit cukai yang dibayar itu juga, segala rancangan pembangunan, penyediaan perkhidmatan yang terbaik serta pelbagai infrastruktur dapat disediakan dan dinikmati oleh rakyat negara kita.
 
Di negara kita, sistem cukai yang diamalkan menggunakan konsep self assessment (taksiran sendiri), yang mana setiap individu yang layak untuk menjadi pembayar cukai perlu menguruskan sendiri segala aspek berkaitan dengan cukai dari mula sampai habis, tanpa menunggu arahan atau mengharapkan bantuan dari pihak lain seperti LHDN misalnya.

Sekiranya individu tersebut mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah, bolehlah merujuk kepada mana-mana pakar seperti akauntan bertauliah bagi mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan dari seorang tax agent atau ejen cukai, anda boleh hubungi akauntan saya, Pn Diyana yang berkhidmat dengan syarikat Real Management Services.

 
Secara peribadi, saya juga banyak bertanya tentang perihal percukaian di Malaysia dengan Pn Diyana ini.
 
Bagi mereka yang mempunyai majikan dan layak untuk menjadi pembayar cukai, lazimnya mereka ini akan dimasukkan dalam program pembayaran cukai secara bulanan, atau dikenali juga dengan nama Potongan Cukai Bulanan (PCB).
 
Bagi mereka yang layak untuk menjadi pembayar cukai, anda boleh lihat pada slip gaji anda dan akan nampak item PCB ini. Lihat contoh dibawah ini.

Melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB) ini, pihak majikan akan memotong jumlah tertentu daripada gaji anda, dan jumlahnya adalah berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada Jabatan Sumber Manusia.
 
Dengan adanya sistem potongan cukai bulanan atau PCB ini, ia dapat mengurangkan beban untuk pembayar cukai membayar cukai sekaligus dalam jumlah yang besar apabila telah sampai tempoh masa untuk bayaran dilakukan.
 
Sekiranya anda merasakan, jumlah yang telah dipotong melalui PCB ini adalah lebih daripada sepatutnya, misalnya semasa potongan PCB dilakukan, ia tidak mengambil kira perbelanjaan yang anda lakukan yang layak untuk menerima pelepasan cukai, ataupun terjadi perbelanjaan yang tidak dirancang seperti perbelanjaan untuk perubatan, maka anda boleh mengemukakan permohonan pemulangan cukai (tax return) kepada pihak LHDN.
 
Segala permohonan pemulangan cukai ini boleh dilakukan melalui sistem e-filing. Anda akan menerima bayaran balik terus ke akaun bank dalam masa 30 hari setelah pengisytiharan dilakukan.

 
Tax Audit (Audit cukai)
Individu yang telah membayar cukai melalui sistem PCB agak jarang untuk dipanggil semula bagi tujuan audit. Namun ini bukan bermakna, kebarangkalian untuk diaudit oleh pihak LHDN itu tiada langsung.
 
Ada ketikanya, pihak LHDN akan memanggil individu tersebut bagi tujuan audit sekiranya terdapat sebarang keraguan, atau maklumat yang tidak lengkap dalam borang cukai yang dihantar. Sebagai pembayar cukai, kita perlu menyimpan segala rekod perbelanjaan, sekiranya kita memohon untuk dapatkan pemulangan cukai.
 
Segala rekod dan dokumen ini pula perlu disimpan bagi tempoh masa sekurang-kurangnya 7 tahun. Ini serba sedikit perkara tentang sistem percukaian di Malaysia, khusus tentang cukai pendapatan.
 
Topik ini agak luas dan In Shaa Allah, bagi sama-sama memahami topik ini dengan lebih baik lagi, saya akan tulis mengenai topik ini dengan lebih kerap lagi.
 
Saya bukanlah pakar dalam topik percukaian ini. Saya juga merujuk kepada beberapa bahan rujukan sebelum menghasilkan entri ini.
 
Sekiranya anda ada masa, dan inginkan ilmu yang lebih mendalam tentang sistem percukaian di Malaysia, apa kata anda laburkan sedikit duit anda untuk beli buku berkaitan dengan cukai di Malaysia. Boleh juga beli secara online disini.
 
Anda ada soalan yang spesifik yang berkaitan dengan cukai? Jika anda tak menemui jawapan bagi soalan tersebut di laman blog ini, apa kata anda hantarkan soalan anda melalui Whatsapp kepada Pn Diyana melalui nombor berikut 011-2720 4420.
 
In Shaa Allah beliau akan bantu anda dan jawab soalan yang anda ingin tanyakan berkaitan dengan sistem percukaian di Malaysia.
 
 
The post Cukai peribadi dan sistem taksiran sendiri appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cukai-peribadi-dan-sistem-taksiran-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
33 Politik Pelik Ph Mula Lawan Sesama Sendiri

33 Politik Pelik Ph Mula Lawan Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 386 hits
1 Politik itu pelik 2 Sekejap anda berkawan sekejap anda berlawan 3 Kemudian anda berkawan semula kemudian lawan Ia pusingan tanpa henti 4 Pepatah Inggeris ada sebut In politics there are no permanent enemies no permanent friends only perma...
Buat Sendiri Puding Mangga Anak Anak Pun Suka

Buat Sendiri Puding Mangga Anak Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 291 hits
Sesekali jom buat puding mangga untuk dihidang pada keluarga Elok juga buat puding yang kurang manis supaya lebih sihat Buat sendiri snek untuk kita makan membolehkan kita memantau kandungan sesuatu bahan Lagipun boleh tambah sendiri bahan ...
Story 1 Sales Jangan Risau Buat Perkara Besar Dulu Sale Akan Masuk Sendiri

Story 1 Sales Jangan Risau Buat Perkara Besar Dulu Sale Akan Masuk Sendiri

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 376 hits
Hampir sebulan aku berada di kok lanas bersama poknik Alhamdulillah beruntung sangat aku merasakan antara yang paling bertuah Hampir setahun aku mencari kerja kebanyakan tak dapat Kadang kadang terfikir juga kenapa masih tak dapat kerja ada...
Dr Zubaidi Ingatkan Bayi Setahun Ke Bawah Hisap Susu Sendiri Bahaya Bila Bila Boleh Tersedak

Dr Zubaidi Ingatkan Bayi Setahun Ke Bawah Hisap Susu Sendiri Bahaya Bila Bila Boleh Tersedak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 403 hits
Ramai yang rasa bila bayi dah mula pandai pegang botol susu ibu bapa atau pengasuh akan membiarkan anak hisap susu sendiri Selalunya keadaan ini berjalan lancar tanpa ada masalah Bagaimana jika suatu hari bayi yang di bawah penjagaan tidak ...
Jokowi Kalau Sangsi Jalan Desa 191 000 Km Silakan Hitung Sendiri

Jokowi Kalau Sangsi Jalan Desa 191 000 Km Silakan Hitung Sendiri

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 254 hits
Kalau ada yang menyangsikan 191 000 kilometer itu tidak mungkin silakan hitung sendiri Wong satu desa ngerjain 600 meter pendek banget ujar Jokowi
7 Sebab Mengapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpe Lukan Se Sama Sendiri Setiap Hari Rileks Media

7 Sebab Mengapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpe Lukan Se Sama Sendiri Setiap Hari Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 343 hits
Pe lukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi Jika sebelum ini suami isteri jarang sekali nak tidur berpe lukan mungkin sebab rasa ri mas p...
Jom Saksikan Sendiri Keindahan Fenomena Supermoon Bulan Paling Dekat Dengan Bumi Malam Ini

Jom Saksikan Sendiri Keindahan Fenomena Supermoon Bulan Paling Dekat Dengan Bumi Malam Ini

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 952 hits
Fenomena Supermoon adalah bila mana bulan penuh paling besar dan dekat dengan bumi bakal dapat disaksikan dari Malaysia pada jam 11 53 malam ini Menurut Unit Penyelidikan Sains Angkasa Agensi Angkasa Negara Zahira Mohd Radzi fenomena itu be...
Cara Mudah Buat Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet

Cara Mudah Buat Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 410 hits
Cara Mudah Buat Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet Salam semua sejak dah biasa dengan sos blackpepper homemade tapi jimat bajet memang yang inilah selalu buat Apabila tekak teringin nak makan mashed potato wajib ada sos blackp...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh