Covid Dan Darurat Memangsakan Pelajar
ZUBAIDI SUDIN
Dah lama Malaysia ni dok bangga konon ada Cyberjaya dgn kemudahan internet fiber optik bla bla bla sejak 1990an tapi sampai ke hari ni INFRASTUKTUR INTERNET kita jauh ketinggalan berbanding Thailand dan Vietnam.
Majoriti Coverage sgt lemah terutama di kpg2.
Jika di bandar Unifi dgn fiber optik tu dikira chekai...di kpg2 masih lagi copper wire hanya boleh support Streamyx yg semput.
Nak harap 4G mobile internet? Kirim salam. Klau dpt 3G tu kira besaq tuah. Mostly H (HSPA) je lah. Lagi bengong klau tinggal E.
MSO
Ancaman Covid dan terpacaknya Muhyiddin ditampuk kekuasan menyaksikan berkaku diskriminasi dan penafian dalam pendidikan. Apabila kementerian pendidikan mengadakan pembelajaran dalam talian (online learning), kita dengar bermacam macam rintihan di mana mana. Buka dan skrollah page media sosial kita akan menemui dengan rintihan itu yang kadang kadang sebak mendengarnya.
Walaupun pembelajaran dalam talian ringkas, dan salah satu alternatif dalam darurat ini tetapi ia tidak semua memberi kebaikan dan menguntung para murid dan pelajar. Yang jelasnya bagi murid atau pelajar yang ibubapa mereka mampu tidak menjadi masalah. Mereka akan dapat bekalan peranti untuk akses program pendidikan.
Tetapi yang tidak berada, terkial kial untuk mengaseskan program pendidikan sebab ia tidak boleh diakses dengan periok atau baldi buruk. Bahkan dengan radio transistor pun tidak dapat. Ia hanya boleh diaseskan dengan kemudahana IT seperti, telefon atau smart tv.
Itu satu hal, kalaupun ada duit dan mampu untuk memperolehi peralatan itu semua (setelah bergadai bergolok)’ tetapi kalau kemudahan prasarana talian atau coverage internet kapastitinya rendah di bawah 5G atau line hanya ada dua bar, ia juga menjadi masalah.
Malahan disesetengah tempat langsung tidak dapat capaian internet kerana kapasitinya atau strength rendah. Sebagai contoh di kampung saya di Gual Nibong, Rantau Panjang Kelantan terkial kial untuk dapatkan liputan internet. Kampung saya adalah seribu contoh kampung yang belum mengalami proses tamadun IT.
Apa yang hendak dikatakan disini dengan segala masalah dan hambatan itu, secara tidak langsung murid dan pelajar di luar bandar sudah menjadi mangsa keadaan. Darurat, kerajaan PN dan Covid telah merampas hak mereka. Nikmati kemerdekaan lebih 60 tahun yang perlu dikecapi ternafi buat mereka.
Kerajaaan yang ada kini pula seperti Kucing sakit melakukan sesuatu tanpa berfikir jauh pakai tangkap muat sahaja. Kerajaan dah jadi macam Singa tua yang tidak mampu berburu, justeru kalau laba laba, lipan, lipas dan lalat meniti di bibirnya dinggap sahaja serengga itu. Aduh sakit, tetapi Tok Dor mana faham ini semua. Cis. NMA. Trims.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/01/covid-dan-darurat-memangsakan-pelajar.html