Covid 19 Ragut Nyawa Lelaki 39 Tahun



PUTRAJAYA: Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun menjadi korban terbaru berkaitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata kes kematian ke-112 itu mempunyai sejarah penyakit injap jantung.

Mangsa juga pernah kemalangan pada awal tahun yang mengakibatkan patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 9.52 malam di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Dalam perkembangan sama, 40 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,819 orang.

Hisham berkata 31 kes daripadanya dalam kalangan bukan warga Malaysia. “Ingin dimaklumkan juga, tiada kes import yang dilaporkan hari ini.”

Ketika ini seramai 1,356 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 16 di unit rawatan rapi dengan 4 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, 70 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,351 orang.

Jumlah keseluruhan mangsa yang pulih bersamaan 78.5% daripada jumlah keseluruhan kes, manakala jumlah keseluruhan kes kematian bersamaan 1.64%.

Pelajar universiti dijangkiti Covid-19

Mengenai jangkitan baru-baru ini membabitkan pelajar universiti yang dikuarantin di kampus, Hisham tidak menolak kemungkinan pelajar itu terdedah kepada kakitangan institusi pengajian tinggi (IPT) di kampus masing-masing.

Ini kerana, katanya, kakitangan IPT boleh keluar masuk kampus.

“Kita ada 5 kes keseluruhan. Dua kes pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Besar kemungkinan mereka ini terdedah dengan pekerja dalam kampus walaupun mereka dikuarantin.

“Tiga pelajar lagi dari Universiti Sarawak Malaysia (Unimas). Pelajar di kampus tersebut terdedah di kafe dan sebagainya. Penyiasatan sedang dijalankan.”

Katanya, Kementerian Kesihatan masih mengasingkan pelajar itu di kampus dan melakukan pengesanan kontak.

“Kami akan kuarantin rakan yang menjadi kontak kepada kes positif.”

Mengenai ujian saringan ke atas pekerja asing, Hisham berkata, mereka antara 8 kumpulan sasaran yang sedang menjadi fokus kapasiti ujian KKM.

Katanya, ini adalah pendekatan sama yang mereka ambil ketika peringkat awal perintah kawalan pergerakan.

“Pekerja asing ialah satu daripada kumpulan sasaran, tetapi ini hanya untuk zon merah. Setakat ini, contohnya di Kuala Lumpur dan Selangor, kita akan menjalankan ujian saringan ke atas mereka dan kita turut menggalakkan majikan berbuat demikian.

“Tetapi, pekerja asing di Perlis, sebagai contoh – Perlis ialah zon hijau, selama lebih 2 minggu tiada kes, jadi ia tidak perlu untuk kami menjalankan ujian saringan di sana.”

Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan majikan yang mahu pekerja mereka menjalani ujian saringan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/covid-19-ragut-nyawa-lelaki-39-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Terus Ragut Nyawa Di Negara Arab

Covid 19 Terus Ragut Nyawa Di Negara Arab

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 356 hits
Covid 19 terus ragut nyawa di negara Arab Dikemas kini 48 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 May 2020 2 16PM
Pakar Perubatan Jangka Covid 19 Akan Berada Di Sekitar Kita Selama Dua Tahun Ismail Sabri

Pakar Perubatan Jangka Covid 19 Akan Berada Di Sekitar Kita Selama Dua Tahun Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 378 hits
Pakar perubatan menjangkakan pandemik Covid 19 tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat dan akan berada di sekitar kita sekurangnya kurangnya dalam tempoh dua tahun Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berikutan itu tid...
Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 342 hits
Perkara yang perlu dititikberatkan untuk ibu yang hamil adalah penjagaan diri yang sangat teliti Kesihatan ibu dan anak dalam kandungan merupakan keutamaan sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan Oleh itu setiap ibu yang bakal melahirkan bayi pe...
Wanita Perancis Berusia 106 Tahun Sembuh Dari Covid 19

Wanita Perancis Berusia 106 Tahun Sembuh Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 453 hits
Seorang wanita berusia 106 tahun di Perancis yang dijangkiti Covid 19 berjaya sembuh lapor agensi berita Sputnik memetik media negara itu Menurut akhbar Parisien Helene Lefevre yang juga penghuni rumah jagaan orang tua di Yvelines disahkan ...
6 Tahun Buron Pembunuh Di Kebumen Diciduk Polisi Saat Mudik Imbas Covid 19

6 Tahun Buron Pembunuh Di Kebumen Diciduk Polisi Saat Mudik Imbas Covid 19

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 291 hits
Dendam semakin mendalam karena korban yang juga ketua RT diangap tidak mendata tersangka untuk mendapatkan bantuan dari Pemerintah
Sembuh Dari Covid 19 Balita 2 Tahun Dan Ibunda Di Dumai Dipulangkan

Sembuh Dari Covid 19 Balita 2 Tahun Dan Ibunda Di Dumai Dipulangkan

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 245 hits
Yovi menyebutkan meski mereka telah dinyatakan sembuh dari Covid 19 namun aktivitas mereka tetap dipantau Hal itu untuk mengantisipasi penyebaran Corona
Vaksin Covid 19 Awal Tahun 2021

Vaksin Covid 19 Awal Tahun 2021

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 471 hits
Seluruh dunia mampu menarik nafas lega dengan pengumuman saintis China bahawa vaksin bagi wabak merbahaya Covid 19 akan disiapkan pada awal tahun 2021 Doktor penyelidik pacsa kedoktoran Universiti Sun Yat sen di China Sun Jiufeng berkata re...
Covid 19 Lebih 304 619 Nyawa Telah Terkorban

Covid 19 Lebih 304 619 Nyawa Telah Terkorban

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 313 hits
Petugas kesihatan mengambil sampel daripada penduduk untuk ujian saringan Covid 19 di Wuhan lokasi pertama virus itu muncul Wuhan pada masa ini menjalankan ujian kepada semua 11 juta penduduknya Gambar AFP 16 Mei 2020 KORONAVIRUS meragut se...
Virus Covid 19 Sekitar 2 Tahun Baru Ada Vaksin Hadkan Bawa Anak Ke Tempat Umum

Virus Covid 19 Sekitar 2 Tahun Baru Ada Vaksin Hadkan Bawa Anak Ke Tempat Umum

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 444 hits
Tiada prosedur operasi standard ditetapkan melarang ibu bapa membawa anak mereka ke pusat beli belah sebaliknya ia lebih kepada memberi nasihat untuk mengelakkan terdedah kepada bahaya dijangkiti Covid 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sab...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Tular Ketika Hidup Tapi Kisahnya Mencuri Perhatian Saat Dia Pergi

Smarter Operations Enabled By Sap System Malaysia

Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long