Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia


Perkara yang perlu dititikberatkan untuk ibu yang hamil adalah penjagaan diri yang sangat teliti. Kesihatan ibu dan anak dalam kandungan merupakan keutamaan sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan.
Oleh itu, setiap ibu yang bakal melahirkan bayi perlu sentiasa peka dengan keadaan kesihatan diri mereka dan menambah sedikit pengetahuan tentang komplikasi-komplikasi yang mungkin akan berlaku pada ibu hamil.
HelloDOKTOR ada berkongsi berkaitan satu komplikasi serius yang berkemungkinan terjadi pada ibu hamil. Ikuti perkongsian mereka.

Jika anda merupakan ibu hamil, anda perlu tahu dan cakna berkenaan satu komplikasi kehamilan yang satu ini. Ia disebut sebagai praeklampsia (preeclampsia). Mengapa?
Ini kerana ia adalah salah satu komplikasi kehamilan yang agak serius dan berbahaya kepada seorang wanita yang sedang hamil. 
Ingin mengetahui berkenaan keadaan ini dengan lebih lanjut? Ikuti perbincangan di bawah ini.
Preeklampsia adalah… Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi kehamilan yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi berserta beberapa tanda kerosakan pada sistem organ tubuh yang lain.
Biasanya ia melibatkan organ hati dan juga buah pinggang. Ia biasa berlaku pada minggu ke-20 kehamilan bagi ibu hamil yang mana sebelum ini, tekanan darahnya berada pada keadaan yang normal.
Jika ia tidak dirawat, keadaan ini bukan sahaja amat berbahaya malah boleh meragut nyawa ibu hamil tersebut.
Apakah tanda-tanda jika seseorang ibu hamil itu mengalami praeklampsia?
Kadangkala, praeklampsia ini berlaku tanpa sebarang tanda atau simptom. Tekanan darah tinggi pula tidak berlaku secara mengejut kerana ia berlangsung perlahan-lahan.
Oleh sebab itu, jika anda merupakan salah seorang ibu hamil, anda perlu sentiasa mengawasi tekanan darah anda. Ini kerana, tanda pertama keadaan ini biasanya melibatkan peningkatan tekanan darah.
Antara simptom-simptom lain keadaan ini termasuklah:
Wujud sisa protein dalam air kencing atau mana-mana tanda lain yang menunjukkan masalah pada buah pinggang Sakit kepala yang teruk Perubahan pada penglihatan seperti hilang penglihatan yang bersifat sementara, penglihatan yang kabur serta sensitif terhadap cahaya Sakit badan bahagian atas yang biasanya berlaku di bawah tulang rusuk pada sebelah kanan Loya tekak dan muntah-muntah Tahap platelet yang berkurangan dalam darah Hati yang tidak berfungsi dengan baik Sesak nafas disebabkan kewujudan cecair dalam paru-paru Apakah penyebab kepada berlakunya praeklampsia? Penyebab kepada berlakunya keadaan ini berpunca daripada beberapa faktor. Namun, kebanyakan pakar perubatan berpendapat, ia bermula daripada placenta atau uri bayi.
Pada peringkat awal kehamilan, beberapa saluran darah baharu akan terbentuk dan berkembang agar ia dapat menghantar darah dengan lebih berkesan ke dalam plasenta. 
Bagi wanita yang mempunyai praeklampsia, saluran-saluran darah ini tidak berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia biasanya lebih sempit daripada saluran darah biasa dan memberikan reaksi yang berbeza kepada hormon.
Ia kemudiannya menyebabkan darah menjadi sedikit terbatas untuk melalui saluran darah ini. 
Penyebab kepada perkembangan keadaan ini termasuklah:
Aliran darah yang tidak mencukupi kepada janin Kerosakan pada saluran darah Wujud masalah dengan sistem imun tubuh Sesetengah genetik tertentu Apakah faktor risiko kepada berlakunya keadaan ini?
Antara faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku ialah:
Ada sejarah praeklampsia sebelum ini sama ada secara peribadi atau sejarah dalam keluarga terdekat. Jika ada ahli keluarga lain yang pernah mengalami keadaan ini, risiko untuk anda mengalaminya juga adalah tinggi Tekanan darah tinggi kronik. Sekiranya seseorang ibu hamil itu mempunyai hipertensi yang kronik, dia juga berisiko tinggi untuk mengalami praeklampsia Jika seseorang wanita itu hamil buat pertama kali, ia turut meningkatkan risiko untuk mengalami komplikasi ini Paterniti baharu. Ia bermaksud jika seseorang wanita itu hamil dengan pasangan yang berbeza-beza bagi setiap kehamilan. Risikonya adalah lebih tinggi berbanding mereka yang hamil 2 atau 3 kali bersama pasangan yang sama Risiko untuk mengalami komplikasi ini juga tinggi dalam kalangan ibu-ibu yang sangat muda atau wanita yang berumur 35 tahun ke atas Obesiti turut meningkatkan risiko untuk mengalami keadaan ini Hamil anak kembar. Wanita yang hamil anak kembar tidak kira sama ada kembar 2, 3 mahupun 4, mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi Jarak antara kehamilan. Jika seseorang wanita itu mempunyai kehamilan baharu kurang daripada tempoh 2 tahun atau lebih daripada 10 tahun, maka risikonya juga adalah tinggi Ada sejarah mengalami beberapa keadaan penyakit seperti tekanan darah tinggi yang kronik, migrain, diabetes jenis 1 dan 2, penyakit buah pinggang, kecenderungan untuk mengalami darah beku atau penyakit lupus Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?
Pertama sekali, anda perlu sentiasa patuh dengan jadual perjumpaan berkala bersama doktor. Ini untuk memastikan doktor dapat mengawasi tekanan darah anda sewaktu hamil. 
Kedua, terus berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik berdekatan sekiranya anda mengalami sakit kepala yang sangat teruk, penglihatan yang kabur atau mana-mana gangguan penglihatan.
Berjumpa juga dengan doktor sekiranya anda mengalami sakit pada badan atau sesak nafas.
Sakit kepala, loya, muntah-muntah dan lenguh-lenguh badan pula adalah antara perkara yang biasa berlaku pada ibu hamil.
Namun, jika anda risau berkenaan simptom-simptom tersebut, jangan ragu-ragu untuk ke hospital bagi mendapatkan lebih kepastian.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: helloDOKTOR
The post Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/19/bahaya-sampai-boleh-ragut-nyawa-ini-sebab-ibu-hamil-perlu-kenal-tanda-awal-praeklampsia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Tukar Nombor Telefon Lebih 10 Tahun Tanda Anda Seorang Yang Boleh Dipercayai

Tidak Tukar Nombor Telefon Lebih 10 Tahun Tanda Anda Seorang Yang Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 581 hits
Siapakah di sini yang tidak pernah tukar nombor telefon melebihi 10 tahun Jangan katakan sepuluh tahun setiap kali kuota habis ada yang sudah menukar nombor telefon Dalam keadaan seperti ini mahu tidaknya menukar nombor telefon kerap kaliny...
Ibu Bapa Boleh Bayar Tambang Bas Sekolah Ikut Kemampuan

Ibu Bapa Boleh Bayar Tambang Bas Sekolah Ikut Kemampuan

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 368 hits
MalaysiaGazette Kerajaan membenarkan pengusaha bas sekolah menghantar bungkusan dan membawa mahasiswa pulang ke kampung dalam tempoh yang sukar ini KUALA LUMPUR Kementerian Pengangkutan telah bersetuju supaya ibu bapa membayar tambang bas s...
Macam Macam Benda Di Rumah Yang Dijaga Ketat Oleh Ibu Pokoknya Kita Nggak Boleh Pegang

Macam Macam Benda Di Rumah Yang Dijaga Ketat Oleh Ibu Pokoknya Kita Nggak Boleh Pegang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 381 hits
Namanya juga kebiasaan lucu ibu benda benda begini aja tingkat penjagaannya lebih ketat dibanding anak sendiri
Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 485 hits
Menurut portal MyHealth bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari 2 hingga 4...
Ibu Bapa Boleh Jemput Anak Dari Kampus Pergerakan Dalam Negeri Sahaja

Ibu Bapa Boleh Jemput Anak Dari Kampus Pergerakan Dalam Negeri Sahaja

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 339 hits
Ibu bapa pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk politeknik dan kolej komuniti dibenarkan menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing masing bermula hari ini Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan h...
Dampak Pandemi Banyuwangi Mulai Salurkan Nutrisi Ke 5 425 Ibu Hamil Dan Menyusui

Dampak Pandemi Banyuwangi Mulai Salurkan Nutrisi Ke 5 425 Ibu Hamil Dan Menyusui

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 344 hits
Pemkab Banyuwangi mulai menyalurkan skema jaring pengaman sosial bantuan nutrisi bagi ibu hamil dan menyusui Sebanyak 5 425 paket nutrisi bagi ibu hamil dan menyusui mulai didistribusikan ke warga
Bolehkah Ibu Mengandung Minum Ubat Batuk Semasa Hamil Ini Jawapannya

Bolehkah Ibu Mengandung Minum Ubat Batuk Semasa Hamil Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 566 hits
Bolehkah Ibu Mengandung Minum Ubat Batuk Semasa Hamil Pengalaman selsema semasa mengandung dengan sakit tekat semasa hamil memang satu perkara yang agak risau bagi diri ini Bukannya apa bila ada alahan selsema semasa mengandung ni terus ter...
Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 310 hits
KOTA BHARU Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa dia pulang ke kampung untuk bersalin bukannya semata mata untuk menyambut Aidilfitri Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim 50 ibu kepada wanita hamil positif COVID 19 dari Kuala Kr...
Susah Kalau Bersalin Di Ampang Ibu Kepada Wanita Hamil Positif Covid Mohon Hentikan Kecaman

Susah Kalau Bersalin Di Ampang Ibu Kepada Wanita Hamil Positif Covid Mohon Hentikan Kecaman

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 329 hits
Semalam tular berita dimana seorang wanita hamil disahkan positif Covid 19 di Kelantan dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah Artikel berkaitan Rentetan itu ramai Netizen yang melepaskan kemarahan di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba