Covid 19 Ini Ujian Kami Sekeluarga


KETIKA rakan setugas mengerah keringat sebagai petugas di barisan hadapan, Dr Samsu Ambia Ismail pula tidak dapat turut serta kerana dikuarantin di wad Hospital Teluk Intan, Perak selepas disahkan positif jangkitan wabak koronavirus baharu (Covid-19)

Pakar Kecemasan berusia 49 tahun itu tidak bersendirian kerana isterinya, Mazriemi Mohd Zaki, 40, dan lima anak berumur lapan hingga 18 tahun turut dijangkiti Covid-19

Menurut Dr Samsu, dia dimasukkan ke wad sejak 22 Mac lalu selepas dua ujian saringan dijalankan menunjukkan dirinya positif

Katanya, pada hari berikutnya , isteri dan anaknya pula dimasukkan ke wad kerana sebab sama

Tujuh beranak itu mulanya mendapat rawatan di Hospital Ipoh sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan

“Saya bekerja sebagai doktor di sini (Hospital Teluk Intan) dan memang terdedah dengan jangkitan kerana faktor persekitaran

“Mulanya, saya mengalami sakit sendi kemudiannya demam serta sesak nafas dan keadaan itu membuatkan anak serta isteri merasakan ada yang tidak kena

“Jujurnya, saya berbelah bagi untuk membuat ujian dan cuba tahan kesakitan kerana memikirkan bagaimana jika saya di wad atau ada di antara ahli keluarga kami negatif,” katanya ketika dihubungi Harian Metro

Dr Samsu berkata, mereka sekeluarga kemudiannya disahkan positif Covid-19 dan dikuarantin di wad sama

Meskipun diuji, Dr Samsu reda dan kini sabar menanti keputusan ujian selanjutnya daripada doktor dengan harapan dia sekeluarga bebas wabak berkenaan

“Apa yang berlaku menyedarkan saya mengenai nikmat kesihatan yang adakalanya kita alpa ketika sihat dan percaya ada hikmah di sebalik ujian ini

“Salah salah satunya adalah kami sekeluarga dapat berkumpul walaupun di dalam wad dan berbekalkan pengalaman dalam bidang perubatan, saya gunakannya untuk melakukan pemantauan sendiri serta melaporkannya kepada jururawat bertugas bagi memudahkan tugasan mereka

” Tiada guna menyalahkan sesiapa pada waktu ini kerana semua yang dijangkiti adalah mangsa dan sebaiknya, kita berdoa kepada Allah supaya diberi kesembuhan,” katanya yang berkhidmat di Hospital Teluk Intan sejak 11 tahun lalu

Sementara itu, anak sulungnya, Erika Syamim, 18, berkata, masa yang ada di wad digunakan sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mereka sekeluarga

Sekalipun diuji dengan penyakit itu, Erika bersyukur kerana tidak berseorangan sebaliknya bersama ahli keluarga lain termasuk ibu dan ayahnya

“Sebenarnya, ketika ayah disahkan positif lagi saya sudah jangkakan yang kami semua juga terkena jangkitan penyakit berkenaan kerana tinggal serumah

“Jadi, perasaan panik itu tidak ada kerana sama-sama dimasukkan ke hospital malah sepanjang di wad, saya rasa seperti berada di rumah cuma tidak dapat melakukan rutin harian seperti selalu

“Alhamdulillah, ramai mendoakan kami sekeluarga selepas terbaca perkongsian saya di Twitter dan terima kasih kepada semua

“Saya harap orang ramai turut mendoakan pesakit lain diberi kesembuhan dan berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bekerja keras sejak adanya wabak ini di dalam negara,” katanya
even though kitorg positive covid , kitorg as a family will go through this together ☝️☝️ plus health condition kitorg okay je ,, here’s a tiktok we made to entertain ourselves kt hosp tu haha https://t.co/BLj2O0L12z pic.twitter.com/QKHrkiYEIu— Erika (@errikaaaaaaaa) March 27, 2020 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2020/03/video-covid-19ini-ujian-kami-sekeluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Dari Allah Ibrah Daripada Covid 19

Ujian Dari Allah Ibrah Daripada Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 394 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua Naim harap semua baik baik sahaja bersama sama keluarga tercinta Jangan di lupa berselawat kepada Nabi Muhammad semoga dengan berselawat akan turun Allah ke bumi dan Allah mengangkat bala k...
Johnson Johnson Rancang Mula Ujian Klinikal Vaksin Covid 19

Johnson Johnson Rancang Mula Ujian Klinikal Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 279 hits
GERGASI farmaseutikal Johnson Johnson merancang untuk memulakan ujian klinikal vaksin COVID 19 terhadap manusia menjelang September ini dengan sasaran kumpulan pertama pesakit yang dikategorikan kes kecemasan boleh menggunakannya awal tahun...
Kit Ujian Terbaru Covid 19 Hanya Mengambil Masa 5 Minit Untuk Mengesahkan Jangkitan

Kit Ujian Terbaru Covid 19 Hanya Mengambil Masa 5 Minit Untuk Mengesahkan Jangkitan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 325 hits
Syarikat Abbot berjaya menghasilkan kit ujian Covid 19 yang mampu menentukan sama ada orang yang diuji itu dijangkiti Covid 19 dalam masa secepat lima minit Doktor hanya perlu mengambil swab dari hidung atau tekak pesakit dan meletakkan di ...
Syukur Doktor Sekeluarga Positif Covid 19 Telah Pulih

Syukur Doktor Sekeluarga Positif Covid 19 Telah Pulih

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 317 hits
Syukur Doktor sekeluarga positif COVID 19 Telah PULIHDoktor sekeluarga positif Covid 19 bapa naik takut 5 anak viral riang main TikTok dalam wad Baru tahu bagaimana pesakit rasa Syukur Doktor sekeluarga positif COVID 19 Telah PULIHAlhamduli...
Pedih Sikit Tapi Berbaloi Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Buat Ujian Saringan Covid 19

Pedih Sikit Tapi Berbaloi Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Buat Ujian Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 227 hits
Demi menyahut seruan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak COVID 19 di negara kita mengikut sarana kerajaan untuk kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari luar negara Dia juga telah menjalani ujian saringan di sebuah hospital ...
Lebih 35 000 Individu Sudah Buat Ujian Covid 19 Noor Hisham

Lebih 35 000 Individu Sudah Buat Ujian Covid 19 Noor Hisham

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 267 hits
SHAH ALAM 29 MAC Sejumlah 35 516 individu sudah melalui ujian saringan bagi mengesan Covid 19 di negara ini sehingga semalam kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil saringan berkenaan 24 727 didapati negati...
Uqasha Senrose Lakukan Ujian Covid 19 Selepas Demam Penas

Uqasha Senrose Lakukan Ujian Covid 19 Selepas Demam Penas

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 551 hits
Jika sebelum ini pelakon wanita Ummi Nazeera telah berkongsi satu video menunjukkan dirinya pergi lakukan ujian COVID 19 pandu lalu kini pelakon wanita yang cukup terkenal dengan kecantikannya Uqasha Senrose turut tak ketinggalan untuk perg...
Covid 19 Sabar Hadapi Ujian Allah

Covid 19 Sabar Hadapi Ujian Allah

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 408 hits
oleh Muhammad Safi Hassan UMAT Islam seluruh dunia terutama di negara ini berdepan satu ujian berikutan penularan wabak Covid 19 dan kebanyakan kerajaan di dunia sudah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kuarantin mahupun perintah ...
Ibu Menitis Air Mata Bayi Diambil Ujian Covid 19 Kali Kedua

Ibu Menitis Air Mata Bayi Diambil Ujian Covid 19 Kali Kedua

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 292 hits
Puan anak puan ni perlu ambil ujian untuk kali kedua Tolonglah doktor Saya kesian sangat pada anak saya ni Ini antara kata kata yang kedengaran di wad hospital pada musim penularan wabak Covid 19 ketika ini Baca Perkongsian ini dicatatkan m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut