Covid 19 Dua Lagi Sembuh Jumlah Dirawat Kini Tujuh


PUTRAJAYA, 19 FEB: Jumlah pesakit Covid-19 yang berjaya dipulihkan terus bertambah kepada 15 selepas dua lagi daripada 22 individu yang disahkan positif kluster itu sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua kes itu merupakan kes ke-17 dan ke-18 yang disahkan positif dijangkiti Covid-19 pada 9 Februari lepas dengan kedua-duanya dirawat di Hospital Sungai Buloh.
“Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin memaklumkan bahawa tiada kes baharu dilaporkan pada hari ini.
“Jumlah kumulatif kes Covid-19 kekal sebanyak 22 kes dengan hanya tujuh kes masih dirawat di hospital,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dzulkefly berkata kementerian tidak akan mengambil mudah dan merasa selesa dengan kejayaan mengurangkan jumlah pesakit yang dijangkiti Covid-19.
Beliau berkata petugas perubatan perlu peka dan mengambil kira situasi gawat dihadapi Singapura dalam berdepan wabak itu yang mungkin boleh memberi kesan kepada negara.
“Saya nasihatkan supaya jangan mudah selesa dengan kejayaan menurunkan jumlah pesakit sebab negara di seberang Tambak Johor, iaitu Singapura sedang alami satu kedudukan sedikit gawat sehingga menaikkan tahap respons wabak penyakit kepada jingga.
“Bagi rakyat pula, mereka perlu kekal dengan amalan hidup sihat dan mereka yang mempunyai simptom harus kekal memakai topeng muka bagi mengelak menjangkiti orang lain,” katanya.
Dzulkefly berkata Malaysia juga akan terus berbincang dengan Singapura mengenai langkah bersama yang boleh diambil bagi menangani penularan Covid-19 termasuk aspek saringan keluar masuk antara kedua-dua negara.
Daripada 22 kes positif Covid-19 yang dilaporkan di negara ini, sembilan daripadanya masuk melalui Singapura.
Ditanya sama ada Malaysia bersedia berkongsi kepakaran dalam merawat kes Covid-19, Dzulkefly berkata perkara itu telahpun dilakukan melalui platform Rangkaian Pusat Operasi Kecemasan ASEAN.
“Kita juga komited meneruskan kerjasama dan berkongsi kepakaran dengan mana-mana pihak dalam bertukar maklumat tentang kesihatan awam serta pengurusan dan pengubatan berkaitan pesakit Covid-19,” katanya.
Terdahulu, Dzulkefly melancarkan Khidmat Nasihat Kesihatan Dalam Talian atau Virtual Health Advisory ATAU iaitu platform menyampaikan maklumat dan mengurangkan kekeliruan orang awam berkaitan jangkitan Covid-19.
Virtual Health Advisory merupakan saluran digital yang dihasilkan secara kolaborasi antara Kementerian Kesihatan dengan DoctorOnCall yang boleh diakses secara percuma bagi tempoh tiga bulan.
Dzulkefly berkata melalui platform itu, orang awam boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Pakar Perubatan Keluarga atau pegawai perubatan KKM menerusi perbualan secara dalam talian.
Waktu khidmat nasihat bermula 8.30 pagi sehingga 5 petang setiap hari dan perkhidmatan itu boleh dicapai menerusi laman sesawang www.moh.gov.my menggunakan peranti yang mempunyai kamera, katanya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/covid-19-dua-lagi-sembuh-jumlah-dirawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Dua Lagi Warga China Pulih Pesakit Sembuh 13

Covid 19 Dua Lagi Warga China Pulih Pesakit Sembuh 13

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR 19 FEB Pasangan warga China masing masing berusia 52 tahun dan 49 tahun yang disahkan positif koronavirus 2019 sebelum ini dibenarkan keluar hospital petang semalam menjadikan jumlah terkini pesakit sembuh adalah 13 Ketua Penga...
Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 464 hits
MALAYSIAKINI Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua individu rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Diamond Princess positif wabak Covid 19 dan sedang dirawat di Jepun Kapal berkenaan kini berlabuh dan penumpang...
Covid 19 Satu Kes Baharu Jumlah Keseluruhan 90 Kes Di Singapura

Covid 19 Satu Kes Baharu Jumlah Keseluruhan 90 Kes Di Singapura

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 365 hits
Singapura Satu kes baharu jangkitan COVID 19 disahkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura hari ini dengan menjadikan jumlah 90 kes dilaporkan setakat ini di republik itu MOH dalam kenyataan berkata kes terbaru itu membabitkan seorang wanit...
Covid 19 Lagi 71 Mati Di China Kini Cecah 2 663 Kes

Covid 19 Lagi 71 Mati Di China Kini Cecah 2 663 Kes

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 258 hits
SHAH ALAM 25 FEB Sebanyak 71 kematian baharu Covid 19 dilaporkan di China hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2 663 kes Jumlah direkodkan itu adalah paling rendah dalam tempoh dua minggu lapor portal straitstimes comSuruhanjaya Kesihatan...
Covid 19 Jumlah Kematian Lebih 2 000 Hubei Lapor 132 Kematian Baru

Covid 19 Jumlah Kematian Lebih 2 000 Hubei Lapor 132 Kematian Baru

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 295 hits
MALAYSIAKINI Jumlah kematian di wilayah Hubei China akibat wabak Covid 19 mencatat peningkatan sebanyak 132 orang kepada jumlah keseluruhan 1 921 kematian pada Selasa lapor suruhanjaya kesihatan wilayah itu dalam kenyataan di laman webnya p...
Tular Buku Terbitan Dua Dekad Lalu Dipercayai Ramalkan Wabak Virus Covid 19

Tular Buku Terbitan Dua Dekad Lalu Dipercayai Ramalkan Wabak Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 344 hits
Kadang kadang apa yang kita jangkakan pada masa akan datang itu mungkin boleh berlaku secara kebetulan Seperti yang telah terbukti sebelum ini terdapat edisi kartun yang dikatakan telah meramalkan kemenangan pilihan raya seorang pemimpin di...
Covid 19 Jumlah Kematian Cecah 1 765 Orang

Covid 19 Jumlah Kematian Cecah 1 765 Orang

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 317 hits
SHAH ALAM 17 FEB Angka korban susulan Covid 19 di China meningkat kepada 1 765 orang hari ini selepas wilayah Hubei melaporkan 1 933 kes baharu dan 100 kematian tambahan Sekurang kurangnya 70 400 orang dijangkiti wabak di seluruh negara lap...
Koronavirus Dua Kes Baharu Di Singapura Jumlah Keseluruhan 45

Koronavirus Dua Kes Baharu Di Singapura Jumlah Keseluruhan 45

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 318 hits
SINGAPURA 11 FEB Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan dua lagi kes positif koronavirus 2019 dikesan di republik itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan berjumlah 45 kes Menurut maklumat terkini MOH kes pertama melibatkan seorang l...
Wabak Novel Koronavirus Kini Mempunyai Nama Rasmi Covid 19

Wabak Novel Koronavirus Kini Mempunyai Nama Rasmi Covid 19

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 365 hits
https ift tt 31YDnkT Wabak koronavirus yang kini sedang menular dengan bahaya dari negara China mempunyai nama rasmi yang diberikan oleh pihak World Health Organization iaitu COVID 19 Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus Ketua Pengarah WHO...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine