China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City


Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City | Kami sampai awal di Kunming Railway Station. Untuk warga asing kita terus ke kiri ke kaunter manual. Ini untuk yang beli tiket secara online lah. Mereka hanya imbas passport kemudian pergilah ke gate yang tertera di papantanda. Kami hari tu kena naik tingkat atas. Tiket juga boleh dibeli di mesin yang disediakan di sebalah kanan atau di kaunter

Masa duduk menunggu tu kami didatangi Cina Mantin, kek Somban tak jumpo kek Kunming pulak jumpo. Dia tanya fasal U Mobile roaming, aku bagitau aku pun tak boleh connect. Hampeh sungguh eh, dah lah internet slow kat homestay dan hotel Lijiang, U Mobile expect kita berurusan dengan dia masa kat sana. Aku 6.30 pagi dah keluar 6.30 balik kencing solat lepas tu keluar semula. Kita bagi details maklumat bila dah balik Malaysia dia kata tak boleh refund padahal dia maklum dan boleh check yang kita tak guna pun line tu. Ergh..

Ok sambung balik

Tepat 8.21 pagi dengan suhu 3℃ train bergerak ke Lijiang tanpa henti. Ramai eh pelancong Malaysia pagi tu dengan tour leader yang menguruskan trip. Ada yang aku nampak dalam pesawat semalamnya. Lama agaknya di Yunnan beg pun besar belaka setinggi pinggang aku. Aku dengan backpack dekat 7kg je tu pun rasa berat, faktor penuaan agaknya... dulu sap sap soi je bawa

Secara purata kelajuan keretapi 158 km/j dan sepanjang perjalanan tiga jam 50 minit tu kita akan dihidangkan dengan pemandangan kawasan pertanian yang luas. Sebenarnya dari kapal terbang pun dah nampak tapi kita tak tahu sedang berada di wilayah mana. Dari atas juga boleh nampak ada projek pertanian di lereng dan atas bukit. Permukaan Yunnan berbukit-bukau dan bergunung-ganang dan kawasan landai diusahakan tanaman. 
"Under the government’s five-to-10-year plan, Yunnan aims to transform the production of three Yunnan specialties (tea, flowers, and pharmaceuticals), three forestry specialties (wood products, wood oils, and edible mushrooms) and four highland specialties (fruits and vegetables, highland potatoes, highland sweet wine, and highland fishery and husbandry) into world-class enterprises offering convenient, safe, and functional products."- China Briefing.com
Rumah orang kampung pun besar dengan panel solar di atas bumbung setiap rumah. Tak nampak rumah yang diperbuat daripada papan. Ada juga rumah besar di celah hutan tanpa jalan tar. Tak nampak pula kereta atau motor off road di rumah tu dan dari dalam keretapi boleh nampak rumah tu di bawah bukit. Kuatnya mereka... bak kata kawan aku yang pernah tinggal sekejap di sana, orang China ni memang hidup untuk berjuang. Negaranya sangat besar, ada yang terpaksa berjalan di tebing batu gunung untuk ke sekolah. Ada juga yang terpaksa berjalan berkilometer setiap hari. Lebih kurang setengah jam sebelum sampai bandar Lijiang, dapat dilihat rumah-rumah terutama bumbungnya dengan rekabentuk bercirikan kaum Naxi

Mereka bercucuk-tanam atau mengembala lembu dan yak. Di sepanjang landasan juga dibina pagar batu dengan gulungan kawat berduri di atasnya macam di penjara tu. Tiada tingkap keretapi yang retak, mungkin disebabkan hukuman keras yang bakal diterima. Harapnya KTMB dan kerajaan Malaysia belajar sesuatu, pasang cctv di merata tempat untuk tangkap beruk mat yeh yang suka merosakkan harta benda awam. Jangan kesian, kerajaan Singapura pernah keluarkan perintah ekstradisi terhadap pelancong omputeh yang spray MRT mereka. Kena hantar balik dari Thailand mamat tu. Jangan memain... makan chewing gum di Singapura pun boleh dipenjara. Baguslah kan, tegas! Takde kowtim

12.30 tengahari sampai di Lijiang Railway Station. Matahari memancar tapi sejuk.
Lijiang yang terletak di timur laut Yunnan menjadi 'rumah' kepada suku kaum Naxi dan kaum minoriti lain. Kedudukannya pada 2400 meter atas paras laut dengan suhu purata 11.3°C sepanjang tahun. Ia terkenal disebabkan UNESCO World Heritage Site yang mana terdapat campuran rekabentuk bangunan bersejarah dan sistem pengairan purba

Sesampai di Lijiang Train Station kami terus ke kanan ke tempat menunggu Didi. Aku pilih menginap di Lijiang Ancient Town sebab ia adalah UNESCO World Heritage Site, kawasan bersejarah yang dipelihara dan salah satu bandar minoriti etnik Naxi yang asli (authentic) di China. Kenderaan berenjin tak boleh masuk kawasan tu jadi Didi turunkan kami di pintu masuk. Kononnya nak cari sendiri hotel tapi bila tanya orang mereka pun tak tahu. Agaknya beribu kedai/rumah di sini, akhirnya pemilik hotel jemput kami di tempat diturunkan Didi tadi. Angkat bendera putih sis

Wah... jauh juga berjalan hahhaha... penat weh. Aku rasa dalam 400 meter jugalah berjalan. Berdasarkan google map ditulis "mostly flat" tapi kena mendaki juga sikit. Mujur tak bawa beg tarik sebab aku ternampak ada roda beg tercabut di jalan. Jalan tu jenis macam cobblestone (betul ke eh?) yang tiles saiz segiempat tepat jenis permukaan berbatu tak rata.  Owner ni seorang yang mesra dan ceria ke mana-mana dengan anjing dia. Sepanjang jalan ke hotel tu ramai je jumpa orang bawa anjing, ada yang besar ada jenis puddle dan banyak hotel kecil sepanjang jalan. Semua nampak menarik rekabentuk dan hiasan luarannya. Hotel kami pun menarik juga gaya rumah Naxi dengan harga yang sangat berbaloi dalam RM45 satu malam. 
Tiga malam di sini tapi mereka tak kemas pun. Bilik lengkap, alat untuk ehem ehem pun ada 😅 tapi kena scan qr code baru boleh buka.
Bilik lengkap dengan segala kemudahan sangat selesa untuk dua orang dan agak luas  tapi aku tak duduk berdua sebab ko tengoklah bilik air yang semi transparent tu.. 😎 Maleh aqoe.. hahahah... kenapalah di negara Asia pun nak buat bilik air gini? Bawalah potable bidet ya, semua tandas di China takde bidet

Pukul tiga petang dia bawa kami ke restoran halal di Eli Garden Restaurant di Jinhong Road tapi kedai ni ada jual arak juga hmm.... harga pun boleh tahan. Baru sampai jadi kami makan je lah, lapar beb dari pagi perut kosong. Nak sampai ke jalan besar ni fuhh... bebetul guna tenaga, aku rasa 600 meter jauhnya dan kena mendaki. Bila teringat balik review yang aku baca rasanya 400 meter tu dia maksudkan dari tempat turun Didi dan bukannya jalan lagi satu 😂. Hotel di Lijiang tak mahal cuma kena pandai pilih lokasi. Bagi yang cergas ok je duduk baris last ni. Macam kawan aku dia selamba je berjalan naik, laju pula tu. Aku je lah cepat pancit. Dasar overweight

Selepas makan kami berjalan sampai malam. Aku suka sangat suasana di Lijiang Ancient City ni lebih lebih lagi waktu malam cantik dengan lampu dan tanglung, kebetulan kami ke sana sebelum lunar new year jadi bertambah cantiklah. Berbagai bunga disusun menjadikan kawasan tu lebih berwarna-warni dan menarik

Rancangan awalnya kami akan ke Black Dragon Pool Park, Mufu Palace, Wagyu Pavilion dan Lijiang Mosque tetapi semuanya batal sebab habis makan pun dah pukul empat petang, kemudiannya kami sibuk bergambar dan roaming di ancient city. Lain kali kena tambah sehari dua lagi di sini

Kawasannya besar dan bersih penuh dengan pelancong. Banyak hotel, kedai souvenir, sewa baju tradisional, restoran dan kelab malam. Sempatlah lepak dengar lagu sebab penyanyi tu duduk tepi tingkap. Sedap belaka lagu-lagu mandarin yang dinyanyikan. Cenderahati untuk kesayangan eloklah beli di Lijiang ni sebab lebih murah berbanding Kunming. 
Jarang jumpa orang berkahak dan meludah di sini. Tandas awam pun lebih 20 buah tapi hari terakhir baru aku pi tengok. Moden dan bersih. Tandas perempuan di tingkat atas cuma yang kelakarnya ada satu tandas lelaki yang see through hahahah... camner eh kalau masa kau lalu tertengok orang tengah memerut? hahahhaahh..

Hotel kami berdekatan no 4, yang bertanda X kat corner tu. Setiap senja/malam ada orang bergambar dengan pakaian tradisional di situ.
Salah satu kedai sewa baju tradisional pelbagai etnik. Harga bermula 39 yuan, jika guna khidmat jurugambar 198 yuan. Gambar akan dihantar ke Wechat dalam masa tiga hari.





Di belakang Giant Water Wheels. Nampak depan tu? Jalan ke jalan besar belok kiri, ada dua kedai halal di seberang jalan.







Lijiang Tourism.
Dari restoran tadi ada tiga lagi restoran halal di jalan besar tu dan setiap satunya kami cuba di hari berlainan. Di tekak aku kedai Lanzhou Hiurou Lamien berdekatan pintu masuk ke ancient city paling sedap. Dah makan roti daging lepas tu terliur nampak gambar lamien+daging+kentang, order lagi 😅 lepas tu tak habis. Sebenarnya aku nakkan daging dan kentang tu je. Porsi besar boleh makan tiga empat orang. 
Malam tu kami cuba balik sendiri ikut jalan dalam tapi akhirnya sesat tak jumpa jalan pulang hahahha... Polis pun tak nak jawab soalan, boleh dia blah gitu je sebab mereka tak boleh berbahasa inggeris. Punyalah susah tanya orang weh, guna google translate pun tak berjaya.  Aku syak sebab kebanyakan yang ditanya tu hanyalah warga yang datang mencari rezeki. Macam kitalah pergi kerja pagi balik malam, tak tahu apa terjadi di sekeliling. Aku cakap dengan kawan kita singgah satu hotel minta dia call owner untuk kutip kami hahahah... tergelak owner, punya jauh terlajak. The lady owner was kind and helpful

Dalam perjalanan balik tu jumpa restoran halal Lanzou Beef tapi tak pasti jalan apa. Menarik betul kawasan ancient city tu, bersih senyap... hotel kecil, restoran dan kedai berselang-seli. Suasananya macam dalam filem

Kelab malam

Meronda jap sementara kawan ambil gambar berpakaian tradisional. Sejuk weh. 12.15 pagi baru kami balik ke bilik.



Tandas moden di Lijiang Ancient City
Siap sofa okeh..
Kiri, tandas lelaki. Nampak tak yang satu tu transparent. Boleh show off 😁. Kanan, sinki di tandas perempuan di tingkat atas

I'm impress! Di tandas duduk tu ada lapisan plastik. Selepas kita gunakan tekan button dan ia akan bergerak untuk tukar plastik baharu. 

Bersambung.










© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/02/china-musim-sejuk-di-lijiang-ancient.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Trip Diy Kunming Lijiang Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun

China Trip Diy Kunming Lijiang Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 202 hits
Kunming revisited Pengembaraan kali ini sepatutnya berlapan tetapi tujuh orang tarik diri asalnya sebab berita kehadiran tentera China di perairan Malaysia kemudian kes human metapneumovirus pula Aku mengikuti rapat kes ini sebab dah excite...
Polis Sahkan Suspek Kes Tembak Di Setia City Mall Mati Ditembak

Polis Sahkan Suspek Kes Tembak Di Setia City Mall Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 132 hits
SITI NUR ZAWANIFebruary 18 2025Lelaki yang merupakan dalang melepaskan tembakan kepada seorang tukang cuci di pusat beli belah di Setia Alam awal Februari lalu dilaporkan tumpas di tangan polis Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30 an...
Tendang Kepala Isteri Macam Bola Bekas Pemain Manchester City Di Tahan

Tendang Kepala Isteri Macam Bola Bekas Pemain Manchester City Di Tahan

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 154 hits
BEKAS pemain bola sepak menendang kepala isterinya seperti bola semasa pergaduhan di rumah keluarga mereka Kejadian berlaku apabila lelaki berusia 42 tahun itu mengancam bapa mentua dan abang iparnya terlebih dahulu ketika sedang minum Dia ...
Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 247 hits
Manfaat Mandi Air Sejuk di Awal Pagi Kesihatan Tubuh dan Pikiran Mandi air sejuk di awal pagi bukan sahaja menyegarkan tubuh tetapi juga mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan mental Apabila air sejuk menyentuh kulit ia dapat merangsang...
Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Guna Sudu Sejuk

Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Guna Sudu Sejuk

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 118 hits
Kurang tidur biasanya menjadi punca utama mata sembab atau eyebag Orang yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon melanin yang banyak Hormon nilah yang mengundang mata panda dan penuaan semula jadi Selain kurang tidur penyebab lain adala...
Diskaun Tol 50 Peratus Sepanjang Musim Perayaan Masih Jimat

Diskaun Tol 50 Peratus Sepanjang Musim Perayaan Masih Jimat

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 101 hits
Tidak lagi diberikan secara percuma diskaun tol sebanyak 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tahun lalu Kabinet memang memutuskan untuk selaraskan pemb...
Pesawah Cina Sekinchan Buat Bendang Juga Tapi Hasil Tinggi Dan 3 Musim Setahun Lebih Sikit Ounca Dia Apa

Pesawah Cina Sekinchan Buat Bendang Juga Tapi Hasil Tinggi Dan 3 Musim Setahun Lebih Sikit Ounca Dia Apa

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 235 hits
Aman Mohammad Minggu lepas ada drama pesawah buat demo tuntut harga lantai beras dari RM1300 kepada RM1800 Maksud harga lantai ni ialah harga yang pesawah terima dari kilang beras yang beli daripada mereka Minggu ni pula ada drama kilang be...
Sedia Untuk Pengembaraan Penuh Adrenalin Musim Cuti Sekolah Ini Ambil Tangan Dan

Sedia Untuk Pengembaraan Penuh Adrenalin Musim Cuti Sekolah Ini Ambil Tangan Dan

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 151 hits
Bersiaplah untuk pengembaraan penuh adrenalin pada cuti sekolah ini Ambil handlebar dan meluncur turun empat laluan menyeronokkan di Skyline Luge Kuala Lumpur untuk pengalaman luge yang tiada bandingan Skyline Luge Kuala Lumpur Dibuka Setia...
Menginap Dua Malam Di Art Hotel Nippori Lungwood Nippori Arakawa City Tokyo

Menginap Dua Malam Di Art Hotel Nippori Lungwood Nippori Arakawa City Tokyo

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 218 hits
Semasa di Tokyo kami menginap di dua buah hotel berbeza Ikut rancangan awal kami nak menginap di satu tempat saja supaya mudah tak perlu berpindah Tapi disebabkan kami buat tempahan saat akhir iaitu kira kira dua minggu sebelum berlepas ke ...
Yang Tumbuh Selepas Hujan

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Be Magnanimous In Melaka Seat Talks Amanah Urges Bn

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Benefits Of Cycling Regularly

Setiausha Agong Veteran Umno

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam