Pintu hadapan hotel. Terdapat satu lagi pintu di sisi bangunan
Lobi hotel. Walaupun di luar tadi sangat sejuk, tapi bila masuk hotel terus rasa hangat, Musim sejuk, jadi mereka pasang alat pemanas
Laluan menuju ke bilik-bilik penginapan
Beginilah rupa bilik penginapan kami - ruang bilik yang agak kecil tetapi lengkap dengan pelbagai kemudahan. Siap ada air purifier. Kalau buat perbandingan dengan harga yang dibayar, memang terasa sangat tak berbaloi sebab biliknya kecil. Tapi kami sedia maklum bahawa rata-rata bilik penginapan jenis standard di Tokyo bersaiz kecil
Bilik kami - standard double room non smoking. Kalau tengok saiz katilnya agak kecil untuk dua orang tidur dengan selesa. Tapi bila badan keletihan dan dapat pula tilam serta bantal empuk, jadi sedap selesa je tidur
Pemandangan dari jendela bilik kami yang terletak di aras 10. Masa ni pukul 3.50 petang, langit mulai bertukar warna memasuki waktu senja. Waktu solat Maghrib ketika ini adalah pada pukul 4.27 petang
Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik. Saya tertarik dengan rupa bentuk telefon dan air mineral yang disediakan dalam tin aluminium
Dua helai pyjamas. Lembut selesa material baju ni
Nak gunakan Wi-Fi hotel tak perlu masukkan password, cuma halakan handphone pada kad warna biru atau boleh juga imbas kod QR
Bilik air bersaiz kecil tapi lengkap dengan pelbagai kemudahan. Siap ada bathtub. Lantai dan dinding bilik air ini menggunakan material seakan plastik, bukan mozek. Entah apa nama material begini tapi yang pasti ia nampak moden dan nampak lebih mudah dibersihkan.
Foto atas | control panel tandas terletak di dinding berhadapan dengan tandas. Suhu tempat duduk tandas juga boleh dilaras. Bolehlah duduk selesaikan urusan di tandas dengan selesa
Dalam hotel ini juga terdapat laundry room yang terletak di aras 11. Kedudukannya betul-betul berhampiran dengan pintu lif. Keluar dari lif, jalan terus menuju ke bilik pertama di sebelah kiri
Walaupun katanya laundry room, tapi dalam bilik ini ada juga kemudahan lain - microwave dan vending machine minuman
Terdapat tiga buah mesin yang berfungsi 2 dalam 1 - boleh buat kerja membasuh dan keringkan pakaian. Canggih dan mudah sungguh! Kadar caj serendah 400 yen dikenakan bagi membasuh dan keringkan pakaian dengan kapasiti 1 kg / kurang 1 kg. Boleh klik foto untuk paparan kadar caj dikenakan dengan lebih jelas|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |