China Trip Diy Kunming Lijiang Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun


 Kunming revisited.

Pengembaraan kali ini sepatutnya berlapan tetapi tujuh orang tarik diri, asalnya sebab berita kehadiran tentera China di perairan Malaysia, kemudian kes human metapneumovirus (hMPV) pula. Aku mengikuti rapat kes ini sebab dah excited sangat nak ke Lijiang dan Shangri La. Menjelang tarikh berlepas kes hMPV semakin menurun di China. Lagipun kebanyakan kes dilaporkan di utara (Kunming dalam wilayah Yunnan di barat daya China) dan menjangkiti penduduk berumur bawah 14 tahun. Virus ni pun bukan virus baru. Jadi aku on je, ada seorang kawan ikut



Aku terkejut juga bilamana imigresen di Kunming Changsui International Airport guna Bahasa Melayu..

"sila letak empat jari kiri di mesin pengimbas"
"sila letak empat jari kanan di mesin pengimbas"
"sila letak dua ibu jari di mesin pengimbas"
Aku agak ramai sangat warga Malaysia ke China dan kegagalan petugas menguasai bahasa asing memenatkan mereka sendiri dan boleh menaikkan darah hahahahha... dengan menggunakan suara yang telah dirakam petugas boleh bekerja dengan tenang. Hulur passport - ikut arahan suara komputer - ambil passport dan chow

Selepas tu kalau nak naik teksi sila terus keluar dari arrival hall, jika memilih Metro Line 6 sila turun ke B2. Tambang ke Kunming Railway Station hanyalah RMB6 (6 yuan). Tiket boleh dibeli di kaunter atau self-service machine secara tunai, Alipay atau Wechat Pay

Kalau nak naik bas turun ke B1, antara Gate 3 and 4. Tiket boleh dibeli di kaunter atau self-service machine secara tunai, Alipay atau Wechat Pay. Tambang RMB25

Kalau nak naik Didi Chuxing (Grab versi China) sila turun ke B3 area H. Ada designated pick-up point kat situ. Jarak Kunming Airport ke bandaraya sejauh 24.5km . Bila sampai ke destinasi terus turun je sebab Alipay akan tolak dari akaun

Kami naik Didi sebab tak nak tergagau-gagau dalam suhu musim sejuk tapi Didi pun berhenti tepi jalan besar je tak boleh terus ke apartment. Mujur ada orang baik tolong call pengurus homestay. Alamat lain tempat menginap kat blok lain. Bilik ok tapi tandas kongsi tu aduduu...hancing weh


DINGIN MALAM DI KUNMINGSelepas jamak solat Maghrib Isyak kami pun keluar mencari makan malam. Dalam Didi tadi dah nampak jadi kami terus ke situ je lah. Nak order senang je.. tunjuk kat gambar, dua orang makan baru 35 yuan. Di setiap meja ada plug point senang nak caj telefon

Kami berjalan hingga ke Kunming Railway Station. Homestay tu aku pilih sebab dalam 600 meter ke KRS dan murah. Nak tidur je kan, 8.21 pagi esok dah nak ke Lijiang. Terjumpa pasangan Malaysian yang menyewa bilik famili di hotel berdekatan RM170 je weh, bilik besar dengan katil queen dan double decker yang katil bawah saiz queen. Murah giler

Kami berjalan ke KRS (North Entrance). Rupa-rupanya bas ke lapangan terbang akan berhenti di belakang KRS. Depan KRS ada banyak kedai dan hotel. Berjalan lagi (KRS sebelah kanan) kita akan jumpa Lanzou Beef  Noodle) di depan setesen bas. Sebenarnya ada seorang budak kecil dalam lima tahun dok bagi salam kat aku. Aku tanyalah dari mana? Dia cakap sambil tunjuk arah kedai jadi aku suspek dia anak pekedai situ. Bila kami balik ke Kunming semula dan makan di kedai halal tu eh dia masuk, sah anak tuan kedai. Kami bergambar sekali lagi 😊


Assalamualaikum Assalamualaikum... sapa dia
Stesen bas depan Lanzhou Beef Noodle.
Hotel pelbagai kelas di depan Kunming Railway Station.
Pelbagai jenis puer tea. Seketul kecil teh tu boleh dibahagi empat untuk buat teh O.
Motorsikal dan basikal siap sarung tangan tebal untuk menahan kedinginan.

Aku tak tahu musim lain, Kunming di musim sejuk ni hiasan bunga hidup merata-rata. Cantik! 
Sebelum menulis lanjut eloklah aku bagi tips applikasi apa yang patut install sebelum ke China. Applikasi sangat membantu dalam pelbagai urusan kerana 99% orang sana tak boleh berbahasa Inggeris. Jeng kreng



Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun Sebelum Ke China (Apps To Be Installed Before Entering China)Jumlah penduduk China dan India hampir sama tetapi China bagaikan berada di tahun 2050, jauh maju dan bersih. Percutian secara do-it-yourself tidaklah susah sangat cuma kita kena banyak membaca dan bertanya sebelum ke sana dan bersedia dengan ketidakmampuan mereka berbahasa asing. 
Untuk mengelakkan masalah handphone kehabisan bateri, aku tetap mencetak itinerary siap dengan alamat beserta no telefon pejabat Kedutaan Malaysia di Beijing dan Pejabat Konsulat Malaysia di Kunming. Semua ni kena ada tulisan mandarin. Selain itu aku juga senaraikan restoran halal (tak rujuk pun) dan subway map. Serik rasa bila hp mati di Jakarta dulu. Musim sejuk ni lagi la hp cepat habis bateri

Sila download semua apps ini:
1. Didi - ehailing di China
2. Alipay - untuk buat bayaran. Translator pun ada
3. Wechat - untuk komunikasi. Buat bayaran juga boleh, translator pun ada
4. Baidu - untuk navigasi
5. MetroMan -  semak laluan dan kadar tambang metro
6. Beli e-sim - daripada Alipay atau Shopee
7. Beli tiket keretapi daripada Trip.com. Nombor tempat duduk dah siap dibagitau dalam emel. Beli di kaunter atau kiosk pun boleh. 
Ok itu dulu. Nanti sambung cerita lagi

















© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/02/china-trip-diy-kunming-lijiang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itinerari Trip Cari Salji Ke Sapporo Hokkaido Secara Diy Untuk 5 Hari

Itinerari Trip Cari Salji Ke Sapporo Hokkaido Secara Diy Untuk 5 Hari

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 172 hits
Alang alang nak buat trip musim sejuk terus decide untuk cari negara salji Sebab sebelum ni pernah pergi DIY di Tokyo Osaka jadi aku decide untuk ke Sapporo Hokkaido yang confirm akan ada salji pada winter season BACA JUGA Tambahan pula Air...
Poster Ramadan Koleksi Grafik Untuk Dimuat Turun Percuma

Poster Ramadan Koleksi Grafik Untuk Dimuat Turun Percuma

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 162 hits
Bulan Ramadan merupakan bukan penting bagi umat Islam dan anda boleh berkongsi poster yang dikongsi di sini kepada ahli keluara sahabat hanndai dan sesiapa sahaja Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia I...
China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 143 hits
Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City Kami sampai awal di Kunming Railway Station Untuk warga asing kita terus ke kiri ke kaunter manual Ini untuk yang beli tiket secara online lah Mereka hanya imbas passport kemudian pergilah ke gate yang te...
Kadar Pengangguran Turun Hanya Yang Malas Sahaja Tak Mahu Kerja

Kadar Pengangguran Turun Hanya Yang Malas Sahaja Tak Mahu Kerja

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 141 hits
KOKadar pengangguran 10 Maknanya kadar pengangguran dari tahun 2015 hingga 2023 adalah tinggi Maknanya Najib pun Kesian walajib Makin habis peluru Dah la Jadi cerdik la pula walajib oi Guane boh Raja Gelap II
Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 406 hits
DAY TRIP KE PANTAI TELUK CEMPEDAK DAN MENARA 118 KUANTAN PAHANG Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Cuti panjang termasuk cuti tersepit dan cuti Tahun Baru Cina hampir tiba ke penghujung Biasalah all good thi...
Trip Dua Minggu Jepun 2024

Trip Dua Minggu Jepun 2024

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 157 hits
Saya suka bercuti ke Negara Jepun Ini kali kedua saya ke sana dan saya pasti akan datang lagi jika ada rezeki Kali ini saya dan seorang teman mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Osaka pergi dan pulang Kami sampai di Osaka pada jam 09...
Kids Diy Pizza Pulai Spring Resort

Kids Diy Pizza Pulai Spring Resort

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 135 hits
Gigihnya mak cari aktiviti cuti sekolah untuk anak Ciri ciri aktiviti pula Tak ambil masa lama tak terlalu jauh tak terlalu mahal tak terlalu sesak dan banyak lagi lah benda yang perlu MY ambil kira Jadinya MY cuba bawa anak anak pergi buat...
Mangsa Banjir Di Sabah Bertambah Sarawak Turun

Mangsa Banjir Di Sabah Bertambah Sarawak Turun

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 151 hits
Lima PPS masih beroperasi di Sabah manakala Sarawak pula dengan 14 PPS KUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sabah terus meningkat manakala di Sarawak mencatatkan penurunan setakat 8 malam tadi Sekre...
Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Penemuan Tunggul Kayu Bawah Tanah Lombong Arang Batu

Terengganu 26 Ditahan Lombong Emas Dan Mineral Secara Haram Rampasan Cecah Rm2 11 Juta

456 200 5 000 Hongkong456 Pgslot Top 2 By Lino Hongkong456 Co 8 Feb 2568

894 Reports Lodged Against Zamri Cops Await Agc S Orders

Fuel Price Update Ron97 At Rm3 28 Diesel In Peninsula Drops 7 Sen To Rm3 06 Per Litre

Netizens Think Bidaah S Feet Kissing And Water Drinking Scene Is Too Much

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb

Lewat Hari Ni

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Siapa Aisar Yang Viral Di Indonesia Biodata Aisar Khaled Paling Lengkap Bermula Tahun 2000