Sukan Sea 2025 Jonah Sambar Emas Cipta Rekod Baharu Temasya


Sukan SEA 2025: Jonah Sambar Emas, Cipta Rekod Baharu Temasya
BANGKOK, 13 Dis (Bernama) — Jaguh lontar peluru lelaki negara Jonah Chang Rigan berada dalam kelas tersendiri selepas menyambar pingat emas dan memecahkan rekod temasya pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Suphachalasai di sini malam ini.
Atlet kelahiran Sarawak itu mengesahkan kilauan emas selepas melakukan lontaran sejauh 18.78 meter (m) dalam percubaan ketiga sekali gus memadam rekod temasya 18.38m milik atlet Filipina William III Edward Morrison yang dicipta pada edisi 2019 di Filipina.
Catatan dilakukan beliau yang membuat penampilan kedua di Sukan SEA itu juga memadam rekod kebangsaan miliknya 18.46m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang tahun lepas.
Pingat perak acara itu diraih atlet tuan rumah Silamool Thongchai dengan lontaran 16.80m sementara gangsa menjadi milik Morrison.
Kejayaan Jonah meraih emas menyaksikan atlet berusia 22 tahun itu berjaya memperbaiki pencapaian tempat keempat pada debut Sukan SEA di Kemboja dua tahun lepas.
Ia merupakan emas ketiga kem olahraga negara selepas Grace Wong Xiu Mei dan Nani Sahirah Maryata masing-masing memenangi emas baling tukul besi wanita dan lontar peluru wanita.
Sementara itu, Ng Jing Xuan merangkul pingat perak dalam acara merejam lembing dengan lontaran yang memecahkan rekod kebangsaan.
Atlet Thailand menggondol pingat emas dengan lontaran sejauh 55.64m manakala Jing Xuan di tempat kedua dengan catatan peribadi terbaik 52.17m sekali gus mencipta rekod kebangsaan baharu.
Jing Xuan memadam rekod kebangsaan 49.34m yang sebelum ini dipegang oleh Siti Nur Nadiah Othman.
Gangsa milik Espenilla Ana Bhianca dari Filipina dengan lontaran sejauh 51.66m.
Sumber: BERNAMA
The post Sukan SEA 2025: Jonah Sambar Emas, Cipta Rekod Baharu Temasya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/13/sukan-sea-2025-jonah-sambar-emas-cipta-rekod-baharu-temasya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sukan Sea 2025 Pearly Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita

Sukan Sea 2025 Pearly Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 101 hits
Sukan SEA 2025 Pearly Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita Penantian selama 10 tahun berakhir hari ini apabila gandingan beregu wanita negara Pearly Tan dan M Thinaah berjaya meraih pingat emas pertama buat kem badminton negara pada...
Cantik Atlet Hoki Kebangsaan Kongsi Barangan Rasmi Kit Sukan Sea Thailand 2025

Cantik Atlet Hoki Kebangsaan Kongsi Barangan Rasmi Kit Sukan Sea Thailand 2025

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 118 hits
Cantik Atlet Hoki Kebangsaan Kongsi Barangan Rasmi Kit Sukan SEA Thailand 2025 Sukan SEA Thailand 2025 telah bermula sejak semalam dengan meriahnya majlis pembukaan yang diadakan di Stadium Nasional Rajamangala Acara yang turut dihadiri Raj...
Sukan Sea 2025 Ibu Bakar Semangat Ken Haw Raih Gangsa

Sukan Sea 2025 Ibu Bakar Semangat Ken Haw Raih Gangsa

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 104 hits
Sukan SEA 2025 Ibu Bakar Semangat Ken Haw Raih Gangsa BANGKOK 10 Dis Kehadiran ibu ternyata cukup bermakna sebagai pencetus semangat kepada atlet taekwondo negara Chin Ken Haw yang menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara di ...
Carta Kedudukan Kumpulan B Sukan Sea 2025 Bola Sepak Wanita

Carta Kedudukan Kumpulan B Sukan Sea 2025 Bola Sepak Wanita

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 145 hits
Carta Kedudukan Kumpulan B Bola Sepak Wanita Sukan SEA 2025 Keputusan selepas Hari Perlawanan 1 pada Jumaat 5 Disember 2025 MYANMAR 2 1 FILIPINA VIETNAM 7 0 MALAYSIA Perlawanan seterusnya Malaysia akan menentang Myanmar pada Isnin 8 Disembe...
Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 387 hits
Berikut adalah jadual untuk Sukan SEA 2025 yang akan diadakan di Thailand Bola Sepak Lelaki B 23 3 hingga 18 Disember Bola Sepak Wanita 4 hingga 17 Disember Futsal Wanita 12 hingga 18 Disember Futsal Lelaki 15 hingga 19 Disember Ayuh kita s...
Takraw Sukan Sea 2025 Senarai Kumpulan Jadual Perlawanan

Takraw Sukan Sea 2025 Senarai Kumpulan Jadual Perlawanan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 313 hits
Takraw Sukan SEA 2025 bakal menjadi antara acara paling dinantikan tahun ini menampilkan persaingan sengit antara pasukan terbaik Asia Tenggara Dengan format pertandingan yang lebih tersusun dan penyertaan atlet berpengalaman edisi kali ini...
Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 168 hits
Misi Utama Malaysia B 23 Dalam Menghadapi Vietnam Di Sukan SEA 2025 Skuad Malaysia B 23 sedang bersiap sedia untuk menghadapi pertemuan penting yang akan menentukan kemaraan mereka ke separuh akhir Sukan SEA 2025 di Thailand Bawah pimpinan ...
Sukan Sea Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat

Sukan Sea Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 103 hits
Sukan SEA Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat BANGKOK 11 Dis Jaguh pecut Thailand Puripol Boonson menampilkan larian luar biasa dengan menjadi pelari pertama di Asia Tenggara mencatatkan masa di bawah 10 saat bagi 100 m...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 935 hits
Jadual Sukan SEA 2025 menjadi rujukan utama peminat sukan tanah air untuk mengikuti aksi hebat Team Malaysia di Bangkok Chonburi dan Songkhla Dengan lebih 50 sukan dipertandingkan sepanjang temasya berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

Gelandangan Kronil Di Kl

Menyantuni Pakcik Dan Makcik Makan Tengahari Di Rumah

Penantian 10 Tahun Berakhir Pearly Thinaah Hadiahkan Emas Pertama Buat Malaysia

Ayam Masak Merah St Ives


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Bunga Telang Putih

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

Persiapan Strategik Mesyuarat Koordinasi Perlawanan Dan Sidang Media Pra Perlawanan