Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh


Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh
Bagi sesetengah orang, duduk berjam-jam dalam pesawat bukanlah perkara asing, terutamanya bagi mereka yang kerap melancong atau bekerja di luar negara.
Walaupun ramai yang hanya menumpukan perhatian pada destinasi dan masa ketibaan, jarang sekali kita benar-benar memikirkan apa yang berlaku pada tubuh sepanjang berada di udara.
Justeru, hari ini SK ingin kongsikan apa yang terjadi pada tubuh apabila duduk dalam pesawat untuk tempoh yang lama, menurut The Healthy.
Bagaimana penerbangan jarak jauh memberi kesan kepada tubuh? Dalam portal The Healthy, seorang profesor di Jabatan Kesihatan Populasi di Dell Medical School, UT Ausin, Dr. MacClements menjelaskan faktor altitud sememangnya mempengaruhi tubuh manusia.
Namun, beliau yang juga pemeriksa perubatan penerbangan dan juruterbang persendirian terlatih menjelaskan bahawa keadaan dalam kabin pesawat sebenarnya tidak banyak berbeza, sama ada anda terbang beberapa jam atau sehingga 16 jam.
Kebanyakan pesawat komersial terbang pada ketinggian antara 30,000 hinga 40,000 kaki, namun ruang udara dalam kabin ditekan supaya setara dengan ketinggian sekitar 8,000 kaki.
Jadi, bagaimana tubuh anda bertindak balas ketika berada dalam pesawat bergantung kepada tahap keselesaan anda apabila beradi di altitud tinggi, serta tempoh penerbangan yang anda lalui.
Anda mudah mengalami dehidrasi Menurut Dr. MacClements lagi, pesawat sentiasa menukar udara dalam kabin jadi disebabkan altitud tinggi, kelembapan udara menjadi sangat rendah.
The Healthy melaporkan udara yang kering inilah yang membuatkan penumpang rasa cepat kering tekak, bibir, dan kulit.
Walaupun dehidrasi ringan, ia boleh menyebabkan sakit kepala, rasa pening dan cepat letih kerana kurangnya aliran darah yang optimum.
Sebab itu, beliau menyarankan supaya elakkan minum alkohol, kopi ataupun minuman berkafein semasa penerbangan.
“Minuman seperti itu buat badan lebih kering, dan akhirnya anda rasa lebih tidak selesa,” jelasnya.
Kulit boleh jadi lebih sensitif Seorang pakar dermatologi bertauliah di UnionDerm, Dr. Pooja Rambhia turut menjelaskan bahawa penerbangan panjang boleh memberi beberapa kesan negatif kepada kulit.
Udara dalam pesawat yang sangat kering menyebabkan kulit hilang kelembapan dan menjejaskan lapisan pelindung semula jadinya.
Bila lapisan ini terganggu, kulit akan menjadi lebih sensitif dan boleh menyebabkan ekzema, rosacea atau jerawat boleh menjadi lebih teruk.
Beliau menambah bahawa duduk terlalu lama dan tidur tidak teratur ketika dalam pesawat juga boleh buat kulit nampak kusam kerana kurang aliran darah dan proses pembaharuan sel menjadi perlahan.
Selain itu, penumpang terutamanya yang duduk di tepi tingkap boleh terdedah kepada sinar UV yang lebih kuat berbanding di darat.
Untuk mengurangkan iritasi kulit, beliau menyarankan untuk menggunakan serum pelembap yang mengandungi bahan seperti hyaluronic acid untuk mengunci kelembapan, sapu krim pelembap yang lebih tebal, dan pakai sunscreen broad-spectrum.
Anda mungkin mengalami masalah dalam perut Dalam portal The Healthy, Dr. MacClements menjelaskan bahawa usus manusia mempunyai sangat banyak saraf, jadi sebarang perubahan rutin harian atau gangguan perjalanan boleh menyebabkan sistem penghadaman menjadi sensitif atau “terkejut”.
Menurut seorang pakar diet dan penyelidik di UCLA, Dana Ellis Hunnes, keadaan ini dipanggil ketidakaturan sistem gastrointestinal, atau lebih mudah difahami sebagai ‘jet lag’ pada sistem penghadaman.
Penerbangan yang panjang biasanya mempunyai udara yang sangat kering. Bila duduk dalam pesawat selama 10 hingga 16 jam tanpa sedar, anda sebenarnya semakin kering, najis boleh menjadi keras dan menyebabkan sembelit.
Beliau turut menjelaskan bahawa makanan dalam pesawat selalunya lebih kering, sedikit, dan tidak tinggi serat, jadi ia mungkin tidak sesuai dengan kebiasaan pemakanan anda.
Gabungan semua faktor ini boleh membuatkan perut rasa tidak selesa, kembung atau susah membuang.
Kaki boleh membengkak
Menurut seorang doktor dari Tufts Medical Center, Dr. Shane Davis, salah satu masalah utama ketika penerbangan jarak jauh ialah duduk terlalu lama.
Bila kaki tidak bergerak untuk tempoh yang panjang, cecair boleh berkumpul di bahagian bawah kaki, menyebabkan ia membengkak.
Untuk kebanyakan orang, bengkak ini tidak berbahaya dan akan hilang sendiri, cuma rasa tidak selesa.
Bagaimanapun terdapat juga risiko yang lebih serius, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jantung atau peredaran darah.
Bengkak yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko deep vein thrombosis (DVT), iaitu pembekuan darah dalam salur darah kaki. Ini boleh menyebabkan kesakitan, bengkak, kemerahan, dan dalam kes tertentu, sesak nafas jika darah beku bergerak ke paru-paru.
Dr. MacClements turut menyatakan bahawa kajian menunjukkan sehingga 1 daripada 10 orang berisiko mengalami pembekuan darah jika berada dalam penerbangan panjang dan kurang bergerak.
BACA: Kajian Dedah Bunyi ‘Ini’ Lebih Berkesan Dari White Noise Untuk Tidur Lena
Sumber: The Healthy
The post Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/04/doktor-dedah-apa-yang-berlaku-pada-badan-kita-apabila-naik-penerbangan-jauh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Masjid Di Kampung Batu 3 Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir

Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Masjid Di Kampung Batu 3 Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 121 hits
Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Masjid Di Kampung Batu 3 Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir Semenyih 5 Disember 2025 Di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI 2025 Kementerian Pelaburan Perdagangan dan ...
Bunuh Bekas Isteri Muat Naik Gambar Di Status Whatsapp

Bunuh Bekas Isteri Muat Naik Gambar Di Status Whatsapp

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 99 hits
AgensiLELAKI membunuh isteri dan berswafoto sebelum dimuatnaik di status WhatsApp FOTO Agensi Chennai Seorang wanita dari Tirunelveli dengan dibunuh dengan kejam oleh bekas suami di sebuah asrama wanita di Coimbatore pada Ahad Jenayah itu m...
Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia

Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 115 hits
Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia UALA LUMPUR 3 Dis Kerajaan Malaysia telah menaik taraf sebuah klinik di Pusat Tahfiz Ma had Tafaqquh Riau Indonesia yang dinamakan sebagai Klinik Madani untuk manfaat para p...
Apabila Berlari Boleh Jadi Ketagih

Apabila Berlari Boleh Jadi Ketagih

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 152 hits
KENAPA KETAGIH BERLARI 1 Kesan hormon feel good Semasa berlari badan keluarkan Endorfin buat rasa lega ringan hilang stres Dopamin hormon ganjaran yang buat kita nak ulang aktiviti yang rasa seronok Gabungan ini buat otak ingat yang berlari...
Inilah Jadinya Apabila Beruang Jadikan Kereta Tempat Tidur

Inilah Jadinya Apabila Beruang Jadikan Kereta Tempat Tidur

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 85 hits
This mama bear and cub just wanted a warm place to sleep Too bad that warm place was a truck that they destroyed
Kelantan Tukang Masak Ditikam Suami Dua Kali Di Belakang Badan

Kelantan Tukang Masak Ditikam Suami Dua Kali Di Belakang Badan

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 155 hits
ROHANA MOHD NAWIJenazah mangsa tiba di Unit Forensik Hospital Tanah Merah Tanah Merah sebentar tadi untuk proses bedah siasat FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN KOSMO TANAH MERAH Seorang tukang masak yang dibunuh suaminya dalam kejadian di Kamp...
Gamma1 Nasib Di Kandung Badan Chord

Gamma1 Nasib Di Kandung Badan Chord

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 124 hits
Am G C F Am G F E Am G aku harus bagaimana oh sayang C Dm Am menyikapimu selalu ku salah G F E tak pernah ku benar di matamu Am bila memang kau tak lagi G C Dm berkenan menemaniku berjuang Am G ku ikhlas melepas kau F E pergi dariku F masih...
8 Ramuan Minuman Herbal Penurun Berat Badan Yang Efektif Aman Untuk Perut Lebih Ramping

8 Ramuan Minuman Herbal Penurun Berat Badan Yang Efektif Aman Untuk Perut Lebih Ramping

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 143 hits
Minuman herbal penurun berat badan bisa jadi solusi pendamping diet sehat untuk membantu mengontrol nafsu makan melancarkan metabolisme dan membuat perut terasa lebih ringan dengan cara alami
Apa Perlu Buat Bila Air Mula Naik Checklist Awal Banjir Untuk Semua Rumah

Apa Perlu Buat Bila Air Mula Naik Checklist Awal Banjir Untuk Semua Rumah

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 235 hits
Apa Perlu Buat Bila Air Mula Naik Checklist Awal Banjir Untuk Semua Rumah Banjir adalah antara bencana yang paling kerap berlaku di Malaysia terutamanya pada hujung tahun apabila musim tengkujuh dan monsun timur laut bermula Ramai yang pani...
Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Macam Mana Nak Dapat Gelaran Datuk

Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Saudara Akmal Dahalan Ppim 06 12 2025

Raja Buah Siapa Mampu Menolak

Donut Kampung Lembut Gebu Resipi Nostalgia Paling Sedap Yang Wajib Cuba

Usd Jpy Analisis Harga Dan Ramalan Yen Jepun Mencuba Mempertahankan Sentimen Kenaikan Harga Menjelang Kdnk Jepun

Pasaran Bersedia Untuk Mengambil Risiko