Chef Aminudin Kongsi 8 Sajian Utama Lauk Arab Di Aroma Hijrah


Menjejak kaki ke restoran Aroma Hijrah di Taman TTDI Jaya, aroma wangi rempah ratus sudah menusuk ke hidung. Sajian utama berdasarkan daging kambing, dan ayam menjadi menu tarikan ke sini. Pemilik dan Chefnya , Tn Hj Aminudin Resad bermurah hati untuk kongsi resepi rempah ratus sajian Arab bersama RASA.

1. Nasi Maqlubah Kambing

BAHAN-BAHAN :
1 kg beras basmathi /basuh dan rendam setengah jam2 kg daging kambing /dipotong kiub 2 [email protected] 5 sm4 sudu makan rempah Maqlubah1 sudu makan serbuk lada hitam2 liter air stok daging2 biji bawang besar /dimayang10 ulas bawang putih/ diketuk2 batang kayu manis10 biji bunga cengkih10 biji buah pelaga5 biji cili hijau / potong 1 [email protected] 2.5 sm3 biji lobak merah /dihiris dan goreng kuning keemasan3 biji terung panjang /dipotong bulat 1 sm, digoreng kuning keemasan6 biji kentang / dipotong bulat 1 sm , digoreng kuning keemasan300 gm kubis bunga/ dipotong, digoreng kuning keemasan1/2 cawan minyak masak4 sudu makan minyak sapi1 sudu makan garam halusBAHAN HIASAN:
Beberapa hiris tomatoBeberapa helai daun pudinaBeberapa hiris lemonCARA MEMASAK :
Daging kambing direbus selama 30 minit, dan ambil air stoknya.Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.Tumiskan bawang besar dan bawang putih.Masukkan cili hijau bersama rempah ratus kayu manis, cengkih, pelaga, tumis hingga naik bau.Masukkan rempah maqlubah dan serbuk lada hitam . Tumis hingga pecah minyak.Masukkan air rebusan daging kambing dan masukkan garam halusDidih dengan api perlahan selama 45 minit. Angkat asingkan kambing dan masukkan pula beras.Kacau dan ratakan beras, laraskan sukatan air kira-kira 40 mm melebihi paras beras.Biarkan mendidih dengan api sederhana dan tutup api sebelum kering.Sediakan periuk lain, masukkan satu sudu makan minyak masak.Masukkan satu senduk daging kambing, masukkan satu lapisan sayuran yang telah digoreng tadi diikuti satu lapisan beras. Lapiskan sayur, daging dan beras secara berselang seli.Setelah semua dimasukkan keringkan nasi menggunakan api paling kecil selama 20 minit.Setelah masak ambil dulang dan tutup periuk menggunakan dulang. Angkat periuk dan terbalikkan atas dulang tadi dan ketuk perlahan-lahan bahagian luar periuk.Tarik periuk keluar perlahan-lahan dan hiaskan nasi dengan hirisan lemon, daun pudina dan tomato.Saiz hidangan : 8 -10 orang
Waktu memasak : 1 jam 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Nasi Arab
Keistimewaan : Berbeza dengan nasi Arab yang lain, nasi Maqlubah menggunakan sayur goreng sebagai ramuan.
INFO CHEF : Nasi Maqlubah adalah sajian Arab yang terkenal di Palestin dan Syria. Campuran daging dan sayur menjadikan ia sajian nutrisi lengkap berempah dan lazat.
2. Ayam Masywi @ Bakar

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam/ seberat 1.8 kg dipotong empat1 sudu makan serbuk jintan manis1 sudu makan serbuk jintan putih2.5 sm lengkuas1/2 sudu makan serbuk kayu manis1/2 sudu makan serbuk lada hitam1/2 sudu makan serbuk buah pelaga1 biji bawang besar /dikisar5 ulas bawang putih /dikisar2.5 sm halia /dikisar3 sudu makan minyak zaitun1 sudu makan cuka kurma @ epal2 sudu makan yogurt1 sudu garam halus5 sudu makan madu /yang dicairkanCARA MEMASAK :
Kesemua bahan dimasukkan dalam pengisar dan tambah 1 cawan air, dan dikisar.Lumurkan bahan perapan ini pada ketulan ayam dan simpan dan peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam.Bakar ayam dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius.Selepas dikeluarkan dari , biarkan sejuk selama 30 minit.Sediakan pemanggang, dan bakar ayam atas bara arang selama lima minit.Sapu madu pada ayam, dan ia siap dihidangkan.Saiz hidangan : 8-10 orang
Waktu memasak : 1 jam 40 minit
Cara memasak : Bakar dan panggang
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Rencah perapan ayam yang lama menyebabkan rasanya meresap ke daging ayam
INFO CHEF : Anda boleh juga memerap ayam semalaman . Campuran yogurt, rempah, madu mencipta kelazatan yang membangkit selera.
3. Sup Kambing Arab

BAHAN-BAHAN :
1 kg daging kambing /dipotong kiub 5 sm1 sudu makan serbuk jintan manis1/2 sudu makan serbuk jintan putih1/2 sudu makan serbuk kulit kayu manis1 sudu makan serbuk lada hitam1 sudu makan rempah kurma2 biji bawang besar /dimayang10 ulas bawang putih/ dikisar5 sm halia /dikisar1.5 liter air stok rebusan daging10 biji bunga cengkih1 sudu makan cuka5 biji buah pelaga5 kuntum bunga lawang2 batang saderi2 biji tomato dipotong daduGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia.Masukkan semua rempah yang telah dikisar dan segala rempah ratus.Setelah wangi dan pecah minyak, masukkan air stok dan daging kambing.Didih atas api perlahan selama satu jam dan masukan garam secukup rasa dan cuka.Setelah daging hampir empuk, masukkan potongan tomato dan hirisan saderi.Biar kira-kira lima minit mereneh, dan sup sedia dihidang.Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 1 jam 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Sup berempah lazat dan menghangatkan tubuh
INFO CHEF: Daging kambing tinggi nilai protin di dalamnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Buang buih yang terbentuk ketika merebus daging agar ia tidak berbau.
4. AYAM HANITH PANGGANG

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (2 kg) / dipotong empat2 sudu rempah hanith1/2 sudu makan garam halus1/2 sudu pewarna saffron2 biji bawang holland /dimayang1 biji lemoh /dihiris bulatCARA MEMASAK :
Campurkan dan gaul rata rempah hanith, garam dan pewarna saffron.Ayam yang telah dibersihkan ditabur rata dengan rempahLapik lapisan aluminium di atas dulang, dan susun ayam di dalam dulang pembakar.Taburkan bawang holland dan susun hirisan lemon di atas ayam.Bakar dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 250 darjah celcius selama 2 jamAyam masywi sedia dihidangSaiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Jus ayam yang terhasil bercampur rempah sungguh lazat
INFO CHEF : Ayam biar diperap dengan bahan-bahan ramuan agar rasanya lebih sebati dan meresap ke dalam daging
6. KAMBING HANITH TUMIS RENEH (BRAISED)

BAHAN-BAHAN :
1 kg daging kambing rusuk @bahu/ dipotong kiub 4”100 gm rempah hanith2 biji bawang besar /dikisar5 ulas bawang putih /dikisar2.5 sm halia /dikisar2 batang kulit kayu manis10 biji buah pelaga5 biji bunga lawang10 biji bunga cengkih5 sudu makan minyak zaitun30 gm daun ketumbar /dihiris30 gm daun pudina /dihirisGaram secukup rasa2 sudu makan yogurtHirisan lemon dan daun pudina sebagai hiasanCARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.Masukkan rempah empat sekawan. Tumis hingga wangi.Campurkan rempah hanith dengan sedikit air, dikacau dan ditumisMasukkan yogurt dan daging kambingGaul perlahan-lahan selama tiga minit dan pindahkan kesemua bahan dalam dulang pembakar.Tutup dulang dengan kertas aluminium dan masukkan dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 200 celcius.Bakar selama dua setengah jamSetelah siap hidangkan dengan hirisan lemon dan daun pudina.Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 2 jam 30 minit
Cara memasak : Tumis, reneh dan bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Campuran rempah Arab dan rempah ratus lain, melazatkan sajian.  
INFO CHEF: Sedap dimakan bersama nasi Arab hanith, mandy dan kabsah, bakar dalam kertas alumuninium agar daging lebih berjus dan tidak kering.
6. Lamb Skewer

BAHAN -BAHAN :
1 kg daging kambing tanpa tulang /dipotong kiub 2”1/2 sudu makan serbuk jintan manis1/2 sudu makan serbuk jintan putih1/2 sudu makan serbuk kayu manis1/2 sudu makan serbuk lada hitam1/4 sudu makan buah pelaga5 ulas bawang putih /dikisar2 sm halia /dikisar3 sudu makan minyak zaitun1 sudu makan cuka kurma atau epal2 sudu makan yogurtGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
Basuh daging dan toskan.Gaul rata semua bahan/rempah pada daging kambing dan diperap selama lima jam.Setelah diperap, cucuk daging pada besi ‘skewer’ atau lidi buluh.Bakar hingga masak di atas bara api, balik-balikkan hingga masak menyeluruhLamb skewer siap dihidangSaiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Rasa rempah yang kuat dan rencah lain sungguh sedap dengan tambahan yogurt dan cuka epal
INFO CHEF : Usah panggang terlalu lama ia akan menyebabkan daging kering dan hilang jus. Perapan yang lebih lama, adalah lebih sedap dan sebati rasanya.
7. Puyuh gril dengan madu
BAHAN-BAHAN :
10 ekor burung puyuh1 sudu makan serbuk jintan manis1 sudu makan serbuk jintan putih2.5 sm halia /dikisar1/2 sudu makan serbuk kayu manis1/2 sudu makan serbuk lada hitamSedikit perahan lemonSedikit garam lemon (lemon salt)Sedikit serbuk kunyit atau saffronSedikit serbuk cili5 sudu makan madu /dicairkan sedikit dengan air panasCARA MEMASAK :
Kesemua bahan dan rempah di atas digaul rata bersama daging puyuh dan diperap sekurang-kurangnya lima jam.Daging puyuh yang telah diperap disusun atas jaring pemanggang dan dipanggan atas bara api dengan kepanasan sederhana.Sentiasa balik balikkan agar tidak hangus.Selepas 10 minit angkat dan sapu dengan madu yang telah dicairkan.Daging puyuh sedia dihidangSaiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Daging puyuh lembut dimakan. Sapuan madu melazatkan ramuan
INFO CHEF : Semasa memanggang, tuangkan air lebihan perapan di atas daging. Daging puyuh ini juga dihidangkan bersama nasi Arab atau dimakan begitu sahaja
8. Lamb Shank Bukhary
BAHAN-BAHAN :
4 ketul daging kambing shank (bahagian kaki bawah lutut /betis)4 sudu makan rempah bukhary3 sudu makan puri tomato1.5 liter air stok rebusan daging2 biji bawang besar /dikisar10 ulas bawang putih/ diketuk5 sm halia2 batang kayu manis50 gm daun ketumbar /dihiris halus5 biji bunga cengkih5 biji buah pelaga5 biji bunga lawang5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm2 biji tomato dipotong empat2 sudu makan minyak masak2 sudu makan minyak sapiGaram secukup rasaSedikit pewarna saffronCARA MEMASAK :
Rebus daging sehingga 30 minitAngkat dan keluarkan daging, ketepikan.Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit.Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak.Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomatoMasukkan air rebusan kambingMasukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminiumBakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.Saiz hidangan : 4 – 6 orang
Waktu memasak : 1jam 40 minit
Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
RESEPI : HJ AMINUDIN RESAD
Terima kasih : RESTORAN AROMA HIJRAH, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/03/chef-aminudin-kongsi-8-sajian-utama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ni 4 Resipi Sayur Sayuran Lauk Tradisional Sajian Tradisi Terlajak Sedap

Ni 4 Resipi Sayur Sayuran Lauk Tradisional Sajian Tradisi Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 690 hits
Banyakkan sayur sayuran dalam sajian ajak anak anak makan sayur jugak Pemakanan sihat ni ditinggal jangan Bagi mereka yang tengah berdiet tu usahlah asyik makan salad aje Apa kata cuba makan sayur cara lauk tradisional pulak Nak masuk lauk ...
Datin Hajar Abdul Rahman Kongsi Petua Sedapkan Sajian Autentik Johor

Datin Hajar Abdul Rahman Kongsi Petua Sedapkan Sajian Autentik Johor

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 555 hits
Masakan autentik Johor adalah kepakaran Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg Istana Batu Pahat Datin Hajar Abdul Rahman Beliau membuka rahsia dan petua amalan memasak yang diwarisi dari arwah bapanya kepada RASA Menurut Datin Hajar dia mampu menye...
Kombinasi Puasa Eat Clean Senaman Ibu Turun 23kg Kongsi Sajian Menarik Confirm Diet Tak Terseksa

Kombinasi Puasa Eat Clean Senaman Ibu Turun 23kg Kongsi Sajian Menarik Confirm Diet Tak Terseksa

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 583 hits
Melakukan rutin kombinasi puasa pemakanan secara eat clean dan senaman ibu ini membuktikan menurunkan berat badan tidak mustahil Perkongsian sajian sajian yang diambil sepanjang proses berdiet sangat menarik kelihatan sedap Perkongsian ibu ...
Buffet Ramadan 2019 Restoren Rebung Chef Ismail Offer Buffet Menu Nostalgia Sajian Desa Rm84 80 Seorang Je

Buffet Ramadan 2019 Restoren Rebung Chef Ismail Offer Buffet Menu Nostalgia Sajian Desa Rm84 80 Seorang Je

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 792 hits
Assalamulaikum Tahun 2019 ini Restoren Rebung Chef Ismail di Taman Botani Perdana menawarkan lebih 90 jenis makanan berbuka puasa selera Nostalgia Sajian Desa khas untuk anda sepanjang bulan Ramadan nanti Harga Buffet Iftar Restoren Rebung ...
Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 707 hits
Hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan yang mulia Mesti ramai yang buat persediaan untuk menyambut Ramadhan dengan puasa ganti atau persiapan Raya dan sebagainya Oleh itu bukan itu sahaja malah mama dapat...
Kawan2 Semua Kaya Hampir Tidak Bersekolah Alha Alfa Kongsi Keperitan Sebelum Bergelar Datuk

Kawan2 Semua Kaya Hampir Tidak Bersekolah Alha Alfa Kongsi Keperitan Sebelum Bergelar Datuk

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 268 hits
Datuk Alha Alfa merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air kerana sentuhan solekan luar biasanya apabila sering mendapat tempat dihati selebriti tempatan Tapi siapa sangka disebalik kemewahan yang dikecapi pemil...
Kalau Anda Diserang Migrain Gadis Ini Kongsi Ubat Paling Mujarab Yang Korang Boleh Cari Sendiri Di Farmasi

Kalau Anda Diserang Migrain Gadis Ini Kongsi Ubat Paling Mujarab Yang Korang Boleh Cari Sendiri Di Farmasi

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 555 hits
Migrain merupakan salah satu sebab sa kit kepala yang berulang dan sesiapa yang terkena sudah tentu tahu macam mana azabnya bila diserang sehingga berhari hari Menurut portal myhealth gov my migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya f...
Blog Sajian Hati Lulus Google Adsense

Blog Sajian Hati Lulus Google Adsense

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 413 hits
Alhamdulillah blog saya iaitu blog telah lulus iklan Google AdSense Macam tak percaya sahaja boleh lulus Saya pun tak tahu apa yang saya buat sebenarnya Sekadar mencuba dan mencuba dan akhirnya lulus Banyak juga kemusykilan di hati boleh ke...
Negara Pengeluar Utama Kelapa

Negara Pengeluar Utama Kelapa

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 406 hits
Kelapa dikenali pokok serba guna Seluruh bahagian pokok tersebut dapat dimanfaatkan Dari akar sehingga pucuknya ada kegunaannya Justeru pokok kelapa ditanam di seluruh kawasan di negara kita Namun begitu Malaysia bukan negara pengeluar utam...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan