Buffet Ramadan 2019 Restoren Rebung Chef Ismail Offer Buffet Menu Nostalgia Sajian Desa Rm84 80 Seorang Je
Assalamulaikum,
Tahun 2019 ini Restoren Rebung Chef Ismail di Taman Botani Perdana (area Parlimen Negara) menawarkan lebih 90 jenis makanan berbuka puasa selera "Nostalgia Sajian Desa" khas untuk anda sepanjang bulan Ramadan nanti.
Harga Buffet Iftar @ Restoren Rebung Chef Ismail - Taman Botani PerdanaDewasa RM 84.80 nettKanak-kanak (5-11 tahun) RM 53.00 nett
Bila tiba bulan puasa mesti teringat menu makanan kampung air tangan ibu kan. Ha sesuai dengan tema Restoren Rebung, hampir semua masakan berbuka puasa adalah sajian desa kegemaran ramai. Signature di sini semestinya Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak & Siput Sedut Masak Lemak.
Tidak cukup dengan itu, aneka menu ikan seperti Ikan Singgang, Kari Ikan, Ikan Goreng Berlado, Ikan Masak Taucu, Gulai Lemak Ikan & jugak ikan bakar turut tersedia untuk tetamu nikmati. Paling BBL suka mestilah Ayam Masak Merah, Ayam Keturub pun ada. Boleh makan dengan pilihan Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Nasi Ulam, Nasi Oren, Nasi Karot, Nasi Dagang dan beberapa lagi nasi popular lain.
Menambah selera berbuka, Chef Ismail menyediakan ulaman kampung, aneka sambal, kerabu dan tauhu. Baru kena dengan tema kampung kan. Lagi pun dekorasi dalaman Restoren Rebung terasa berada dalam rumah kampung dengan barangan antik & suasana desa.
Yang pasti semua tetamu mesti tak sabar-sabar nak berbuka saat melihat hidangan 8 buah gerai di Anjung & dalam restoren dengan menu seperti Murtabak, Cucur Bawang, Sup Tulang, Mee Kari, Laksa Penang, Gulai Kawah, Bubur Lambuk, Rojak Buah, Pulut Kuning, Pasembor, Nasi Kerabu, Kuew Teow Goreng, Mee Goreng Mamak dan pelbagai makanan goreng lain.
Rasanya tak lengkap berbuka kalu tak jamah manisan kan. Silalah nikmati kuih-muih tradisional kampung - Sagu Gula Melak, Talam Suji, Kuih Lapis, Kaswi Panda, Bingka Ubi, Cara Berlauk, Jagung Kukus Kelapa, Lepat Pisang, Butir Delima, Tepung Bungkus dan banyak lagi. Menariknya kuih Buah Melaka & Roti Jala tersedia secara live depan anda. Masak panas-panas tau. Baru betul-betul sedap meletop dalam mulut.
Malah Serawa Durian, Pengat Pisang, Bubur Pisang, Lempeng Kelapa, Popia Basah turut ada. Hilangkan mengidam nak rasa menu di atas dengan berbuka puasa bersama Restoren Rebung. Sebenarnya banyak lagi tapi kalu BBL list out memang panjang entri ni. Kenalah datang sendiri & rasai kemeriahan iftar bersama kawan atau ahli keluarga.
Kemudahan yang ada di Restoren RebungRuang makan boleh menampung kapasiti hingga 500 orang pada satu masa iaitu- Blue Room > 20 -23 orang- Red Room > 70 - 80 orang- Green Room > 110 - 120 orang- Stage Area > 120 - 130 orang- Yellow Room > 50 orang- Anjung > 70 orang
Surau lelaki & perempuan - boleh muat 20 orang jemaahLift mesra OKU 400 ruang parking kereta
Sepanjang bulan Ramadan ini, pelanggan akan dialunkan dengan irama Ghazal oleh kumpulan Ghazal Sri Nuansa. Sambil menjamu selera boleh dengar alunan irama ghazal yang mengusik jiwa.
Pakej Buffet Ramadan Restoren Rebung akan berlangsung sepanjang bulan puasa dari 6 Mei hingga 3 Jun 2019. Nak tempah untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai / private function / Rumah Terbuka atau reservation meja boleh contact -
Restoren Rebung Chef Ismail5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala LumpurNo telefon : 03-2276 3535 /03-2276 2525Facebook : Restoren Rebung Chef Ismail
Tempahan katering sila hubungi no berikutCik Lina : 019-344 3428En Hafiz : 017-778 7895En Fahmi : 018-989 4103
Kami dah sudah rasai air tangan Chef Ismail. Jemputlah datang berbuka puasa di sini nanti ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/03/buffet-ramadan-2019-restoren-rebung.html