Cheese Tart Buncit


 Assalamualaikum wbt
KADANG-KADANG bukanlah lapar pun.. tapi bosan, hahaha. Masa Iman balik rumah hari Cuti Terkejut tu, memang tak sempat nak jalan-jalan pun. Awal petang tu, Pak Inche nak jumpa klien kat Eco Botanic, Iman pulak, nak kena balik asrama sebelum pukul 5 petang. Padahal, masa dia minta ambil tu, Sk dah tanya, boleh balik sebelum 12 malam ke? Sebab setahu Sk, mereka ada program malam tu. Bila Iman kata, boleh, ingatkan program batal sebab cuti, rupanya, dia terlupa daaaa.

Menunggukan waktu nak berangkat, rasa nak makan yang manis-manis. Iman kata, dia pun sama. Jadi kami ke taman belakang, ada sebuah kedai jual dessert. Ternampaklah pulak gerai Cheese Tart Buncit ni. Masuk kedai dessert tu, Iman beli roti empat ketul yang dah siap pek dalam satu kotak lutsinar. Sk tak rasa nak beli yang lain, sebab kebanyakan produk tak diletakkan tanda harga. Malaslah nak tanya satu-satu. Tapi sebenarnya, dah terbayang Cheese Tart tu laaa.. lama tak makan, kan.

Cheese Tart dijual secara pakej iaitu 8 biji satu set. Terdapat Set Fruity yang berintikan jem buah-buahan seperti strawberry, blueberry, kiwi dan mango. Satu lagi set premium yang berintikan coklat dengan topping nutella, biscoff, pretzel, cadbury, magnum nips, kitkat dan oreo. Kami pilih set premium yang berharga RM15. 

Bagi Sk agak murah jugaklah harganya cuma tak sesuailah cheese tart dijual di gerai terbuka tanpa chiller. Tapi, tatawlah, kot guna chiller, satu set ni jadi doploh hinggit pulak, kan. Ialah, mana nak bayar sewa kedai, bil elektrik lagi, haha. Iman kata, cheese tu rasa macam berongga, tak padat macam yang selalu bonda buat. Sk rasa, salah satu punca, sebab ia diletak pada suhu bilik. Ops, bukan suhu bilik, tapi cahaya matahari betul-betul memancar depan gerai tu. 

Ni pulak roti yang Iman beli, sekotak ni RM12, maknanya seketul tu RM4 kan. Iman kata, tak sampai hati dah masuk tak beli apa-apa. Tapi tulah, jual roti mahal, tapi tak sedap, hurmmm. Iman makan roti golok tu setengah aje, roti keju, suku, yang lain semua dia tak nak sebab memang tak sedap dan tak kena dengan tekak dia. Sabar ajelah, nasib ada babahnya makan seketul malam tu. Yang coklat tu, nantilah Sk balik kerja baru makan. Sayang pulak nak buang, huhu


Tepek sini, kucing siapalah sesat pergi kebun kat belakang sana. Kesian.Ni ada kawan bawa balik nak jagakan dulu sementara tak jumpa lagi tuannya. Kalau dibiar kat kolej takut makin sesat ke mana-mana budak ni. Doakan taye jumpa tuan taye balik tau, acikkkk


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/cheese-tart-buncit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fruitti Cheese Cake

Fruitti Cheese Cake

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 392 hits
Mmm first nampak kek nie kat fb versi kukus memang nampak menarik warna warni yang ceria ingat mesti kena cuba tapi dah copy resepi misplace ntah kat mana lak Masa jenguk2 blog Azlita Masam Manis aaha ternampak kek nie hasil kerja sifu awes...
Tanpa Olahraga Dan Diet Inilah 4 Tips Efektif Yang Mampu Kecilkan Perut Buncit

Tanpa Olahraga Dan Diet Inilah 4 Tips Efektif Yang Mampu Kecilkan Perut Buncit

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 126 hits
Ada beberapa cara yang patut dicoba untuk menyusutkan perut buncit Lantas apa saja mereka
Subway Bulgogi Chicken With Mozzarella Cheese Dan Chicken Teriyaki

Subway Bulgogi Chicken With Mozzarella Cheese Dan Chicken Teriyaki

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 181 hits
Sejak bila ada Subway Bulgogi Chicken with Mozzarella Cheese dan Subway Chicken Teriyaki ni Nampak sangat lama tak membeli Subway kan Minggu lepas teringin nak makan Subway Tak ada idea nak makan apa untuk makan malam Jadinya kirim encik su...
Sedap Dan Crunchy Kek Milo Cheese Secret Recipe

Sedap Dan Crunchy Kek Milo Cheese Secret Recipe

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 422 hits
Sedap dan Crunchy Kek Milo Cheese Secret Recipe Mengidam tengok influencer Syedot buat video makan kek Milo Secret Recipe Tapi masa awal awal tu cawangan SR berdekatan tempat aku belum keluar lagi perisa ni Dua kali singgah pun masih takda ...
Resipi Aiskrim Lemon Cheese Cake Buat Sendiri Lagi Puas Makan Sedapnya Bukan Main

Resipi Aiskrim Lemon Cheese Cake Buat Sendiri Lagi Puas Makan Sedapnya Bukan Main

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 176 hits
Bagi anak anak yang cukup suka makan aiskrim Cheese Cake seperti di Baskin s Robin apa kata anda cuba buatkan aiskrim lemon cheese ini pula Cara pembuatannya cukup mudah malah cukup enak sedap dan berlemak Nak cuba Ikuti perkongsian ini LEM...
Sarapan Roti Nan Cheese Warung Selekoh Jalan Merpati Telok Panglima Garang

Sarapan Roti Nan Cheese Warung Selekoh Jalan Merpati Telok Panglima Garang

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 345 hits
Penulis bukannya peminat atau penggemar nan roti nan Jika ke kedai mamak roti canai paling kurang kalau bab makan Roti Nan Cheese Warung SelekohTetapi selera penulis mula berubah apabila berjaya menemui satu kedai makan pagi di sekitar Telo...
Baby Pun Nak Makan Sedap Blueberry Cheese Cake Versi Baby Confirm Tak Tolak Tepi

Baby Pun Nak Makan Sedap Blueberry Cheese Cake Versi Baby Confirm Tak Tolak Tepi

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 205 hits
Sama seperti kita bayi kecil kita juga mahu sentiasa makanannya bertukar tukar setiap hari Apa kata kali ini kita buatkan Blueberry Cheese Cake versi baby pula untuk anak Paling ringkas dan sudah semestinya anak tak tolak Memang sedap Jom c...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam