Sarapan Roti Nan Cheese Warung Selekoh Jalan Merpati Telok Panglima Garang


Penulis bukannya peminat atau penggemar nan, roti nan. Jika ke kedai mamak roti canai paling kurang kalau bab makan.

Roti Nan Cheese Warung Selekoh

Tetapi selera penulis mula berubah apabila berjaya menemui satu kedai makan pagi di sekitar Telok Panglima Garang yang menyediakan hidangan roti nan cheese.



Pada awalnya, mestilah penulis mulakan dengan menu yang popular di sini iaitu roti nan keju.
Seusai membuat pesanan dibahagian hadapan kedai penulis cuba mendapatkan tempat duduk yang semakin berkurangan tempatnya kerana agak ramai pelanggan.
Sebelum terlupa, kedai ini mengamalkan sistem layan diri. Buat pesanan di bahagian depan, cari tempat duduk dapatkan air minuman apabila di panggil.
Warung Selekoh Jalan Merpati Telok Panglima Garang
Kedai ini yang terletak di selekoh Jalan Merpati sedikit ke hadapan dari simpang Jalan Merpati - Jalan Nuri, Kg Kebun Baharu Batu 9 Telok Panglima Garang. Mengambil kepada kedudukan kedainya yang berada diselekoh, kedai ini dinamakan Warung Selekoh.

Berbalik pula kepada roti nan keju kedai ini.
Mula-mula singgah di hadapan penulis, terbau adunan roti yang masih panas yang pastinya dibakar di dalam pasu gergasi.

Roti Nan Cheese

Warna kekuningan dengan sedikit kesan terbakar menyatakan dengan jelas bahawa roti nan keju ini masih panas dan keluar dari 'oven' tanah liat yang pastinya panas.
Sebagai pengunjung kali pertama, penulis membuat cubaan memicit-micit roti nak yang dibelah seakan taco ini, sungguh gebu. Jika ia permainan bayi, mungkin nyit nyit bunyi.
Facebook | Warung Selekoh Telok Panglima Garang
Rasa Roti Nan Keju (Cheese) Warung Selekoh 
Bagaimana pula rasanya ?

Roti Nan Cheese Meleleh

Roti nan keju yang panas pastinya membuatkan mulut terbuka buka menghalakan haba keluar.
Jika dari rasa roti nan keju ini, satu gigitan cukup lembut ditambah pula dengan rasa masin keju yang cair di dalam lapisan roti yang masih panas.
Rahsia mengapa roti nan keju dari Warung Selekoh ini cukup kaya dengan keju adalah mereka tidak kedekut dalam meletakkan keju dalam roti nan mereka sebelum dibakar.

Cheese Semangkuk Dalam Roti Nan | Sumber: Pemilik Warung Selekoh

Lihatlah sendiri jumlah semangkuk keju diletakkan setiap roti nan mereka.
Kuah untuk Roti Nan
Makan roti nan tanpa kuah ibarat menangguk ikan di dalam tong minyak, sah sah tidak kena.

Kuah Kari Biasa


Kuah 'default' untuk roti nan keju ini adalah kuah kari kambing kosong. Jika ingin rasa daging kambing boleh pesan dengan kari kambing sebagai lauk, jika sekadar memesan roti nan dapat kuah sahaja.
Jika pesan kuah kambing bersama daging kambing harga lain pula.
Kari kambing
Apabila roti nan cheese yang panas ni dikepit pula dengan daging kambing berperisa gulai, sedap.

Lauk Kari Gulai Kambing

Kena dengan kombinasi tersebut. Lembut roti nan, masin dari keju, berempah gulai kambing, cukup kena untuk sarapan.
Lauk Ayam Tandori
Bukan sekadar kuah kari kambing yang boleh dinikmati dengan roti nan cheese ini, terdapat juga ayam tandoori, ayam yang warna merah tu.

Ayam Tandori Dengan Limau

Warnanya memang ayam tandoori, namun dari segi rasa, mungkin pada hari tersebut sahaja, perapan ayam tersebut agak masin. Jadi penulis lebih memilih untuk menjamah roti nan keju ini dengan daging kambing bersama gulainya.
Masin keju dan masin perapan ayam tandoorinya tidak begitu menepati kriterima 'balance' dalam lidah penulis.
Kelembutan dan Kualiti Masih Kekal

Memandangkan 'portion' dan bahagian sekeping roti nan keju ini agak banyak. Perut waktu pagi biasalah bukan mahu banyak makanan dalam perut, sekadar alas lantai perut sahaja, bawa baliklah roti nan keju ini untuk sesi makan seterusnya.

Roti Nan Cheese Lembut


Sebenarnya sengaja ingin tahu apakah yang akan terjadi jika ia sudah sejuk adalah masih sama dengan yang panas-panas tadi.
Ya, masih sama dari segi kelembutannya, semua sama kecuali panas. Kalau ingin panas, panaskan sahaja dalam ketuhar atau gelombang mikro lagi cantik.

Cheese Dalam Roti Nan

Walaupun dibawa balik, masih lembut adunan rotinya.
Setiap kali penulis ingin menikmati roti nan cheese, pasti Warung Selekoh Jalan Merpati, Telok Panglima Garang ini penulis kunjungi.
Menu Lain yang Disediakan

Teh Tarik Warung

Warung ini bukan sahaja menyediakan roti nan cheese sahaja, terdapat juga makanan sarapan lain seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi lemak dan menu terbaharu mereka nasi ayam goreng berempah.
Harga Set Roti Nan Keju dan Kari Kambing
Dari segi harganya pula masih berpatutan dengan rasanya 
Roti Nan Keju - RM 10
Roti Nan Biasa - RM 5
Kuah Kari Kambing - RM 9

Ayam Tandoori - RM 6
*tertakluk kepada perubahan warung, harga semasa penulis terima
Rating Warung Selekoh Di Google Maps
Dengan rating di google maps 4.7 dari 5.0 dari lebih 20 orang votes, pasti ia memuaskan ramai pelanggan.
Boleh juga membuat pesanan melalui Foodpanda atau GrabFood memandangkan ketika makan penulis sering mendengar 'ten ten tenn tennng' pesanan delivery masuk.
Waktu Operasi Warung Selekoh
Waktu operasi Warung Selekoh Jalan Merpati ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Mula dibuka pada jam 6.30 pagi ditutup pada jam 12.30 petang.
Bagi peminat roti nan cheese yang sudah jemu dari mamak, boleh cuba pula roti nan keju dari anak-anak muda Kelantan dengan penampilan 'budak juruh' ala anak anak tabligh di warung pagi ini.
Anda fikir anda tahu  Sarapan Roti Nan Cheese Warung Selekoh Jalan Merpati Telok Panglima Garang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2022/10/sarapan-roti-nan-cheese-warung-selekoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Roti Nan Cheese Padu Di Eat Me Seberang Temerloh

Makan Roti Nan Cheese Padu Di Eat Me Seberang Temerloh

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 275 hits
Makan Roti Nan Cheese Padu di Eat Me Seberang Temerloh Assalamualaikum dan Hai Setiap tiga hari memang CR akan berulang ke Seberang Temerloh untuk melawat buah hati pengarang jantung CR di Hoshas Selalu pergi seorang jer tapi kalau hujung m...
Roti Ular Untuk Sarapan Pagi Atau Makan Malam

Roti Ular Untuk Sarapan Pagi Atau Makan Malam

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 336 hits
Assalammualaikum Dunia Halloooo Korang kerje ke tue Samalah kita Tunggu cuti Deepavali plak tiberrrOkew nak share lah hari tue ada pi makan roti canai Ehhhh ada roti baru lar roti Ular Haaa berani tak nak makan Ni lar ghupa roti ular Jom ma...
Pakcu Belanja Sarapan Di Warung Bam Bam

Pakcu Belanja Sarapan Di Warung Bam Bam

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Mood rajin SA dah sampai semua gambar yg ada dalam hp SA ni SA nak jadikan entry haha dari asyik vitamin M melanda kan Pagi tadi Acu dan Pakcu tanya Pak Zain kat mana nak makan sarapan pagi then Dania cakap jom makan kat War...
Warung Roti Canai Kampung Parit 1 Jalan Gula Simpang Empat Semanggol

Warung Roti Canai Kampung Parit 1 Jalan Gula Simpang Empat Semanggol

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 276 hits
sambil makan roti canai boleh layan permandangan sawah padiWarung roti canai Kampung Parit 1 Jalan Gula Simpang Empat SemanggolWarung roti canai ni agak ke dalam sikit dari jalan besar Jalan Gula Landmark jalan untuk masuk ke laluan ke waru...
Sedap Dan Crunchy Kek Milo Cheese Secret Recipe

Sedap Dan Crunchy Kek Milo Cheese Secret Recipe

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 386 hits
Sedap dan Crunchy Kek Milo Cheese Secret Recipe Mengidam tengok influencer Syedot buat video makan kek Milo Secret Recipe Tapi masa awal awal tu cawangan SR berdekatan tempat aku belum keluar lagi perisa ni Dua kali singgah pun masih takda ...
Subway Bulgogi Chicken With Mozzarella Cheese Dan Chicken Teriyaki

Subway Bulgogi Chicken With Mozzarella Cheese Dan Chicken Teriyaki

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 161 hits
Sejak bila ada Subway Bulgogi Chicken with Mozzarella Cheese dan Subway Chicken Teriyaki ni Nampak sangat lama tak membeli Subway kan Minggu lepas teringin nak makan Subway Tak ada idea nak makan apa untuk makan malam Jadinya kirim encik su...
Fruitti Cheese Cake

Fruitti Cheese Cake

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 331 hits
Mmm first nampak kek nie kat fb versi kukus memang nampak menarik warna warni yang ceria ingat mesti kena cuba tapi dah copy resepi misplace ntah kat mana lak Masa jenguk2 blog Azlita Masam Manis aaha ternampak kek nie hasil kerja sifu awes...
Cheese Tart Buncit

Cheese Tart Buncit

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum wbtKADANG KADANG bukanlah lapar pun tapi bosan hahaha Masa Iman balik rumah hari Cuti Terkejut tu memang tak sempat nak jalan jalan pun Awal petang tu Pak Inche nak jumpa klien kat Eco Botanic Iman pulak nak kena balik asram...
Baby Pun Nak Makan Sedap Blueberry Cheese Cake Versi Baby Confirm Tak Tolak Tepi

Baby Pun Nak Makan Sedap Blueberry Cheese Cake Versi Baby Confirm Tak Tolak Tepi

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 180 hits
Sama seperti kita bayi kecil kita juga mahu sentiasa makanannya bertukar tukar setiap hari Apa kata kali ini kita buatkan Blueberry Cheese Cake versi baby pula untuk anak Paling ringkas dan sudah semestinya anak tak tolak Memang sedap Jom c...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik