Fruitti Cheese Cake




Mmm...first nampak kek nie  kat fb .. versi kukus memang nampak menarik warna warni yang ceria .. ingat mesti kena cuba ..tapi dah copy resepi ... misplace ..ntah kat mana lak .. Masa jenguk2  blog Azlita Masam Manis ..aaha ..ternampak kek nie .. hasil kerja sifu ..awesome ..cantik , kemas ngan warna warni yang ceria .. Tapi masih belum berkesempatan mencuba lagi .. Apa yang pasti mesti sedap nyer.. 
Jom kita jenguk2 resepi nye......










FRUITTI CHEESE CAKE

Olahan daripada resepi : Dainty Cheese Cake    By : Kevin Chai
Rujukan : Buku Masakan Cheesecake Mania



Bahan Kek Span Coklat

5 biji telur
125g Gula Kastor
1 sudu kecil Esen Vanilla
2 sudu kecil Ovelette
100g tepung
20g serbuk koko
1 sodu kecil Baking Powder
40ml air
70g Mentega ~ dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170C
Campurkan semua bahan kecuali mentega.
Putar hingga kembang dan gebu.
Anggaran 10 minit.
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 8" yang telah disapukan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 170C selama 35 minit.
Terbalikkan atas redai setelah masak dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Potong kepada 3 kepingan


Lapisan Cheese

120ml susu segar
2 biji kuning telur
350g cream cheese
80g gula kastor
1 sudu besar serbuk gelatin
400g whipped cream

Pewarna dan perasa

1/4 sudu kecil strawberry emulco + 1/4 sudu kecil pewarna merah jambu
1/4 sudu kecil pes lemon + 1/4 sudu kecil pewarna kuning
1/4 sudu kecil pes blueberry + 1/4 sudu kecil pewarna ungu
1/4 sudu kecil pes oren + 1/4 sudu kecil pewarna oren
1/4 sudu kecil pes apple + 1/4 sudu kecil pewarna hijau


Satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula kastor dan serbuk gelatin kedalam periuk
Masak secara double boiler sehingga semua adunan sebati dan mencair
Padamkan api dan biarkan sejuk sepenuhnya
Dalam mesin pemutar, putar whipped cream sehingga ringan dan bertanduk
Masukan adunan cream cheese dan terus memutar hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 5 cawan
Tambahkan perasa dan pewarna pada setiap bahagian adunan dalam cawan tadi
Potong kek span cokelat kedalam loyang spring foam bulat berukuran 7"
Tuangkan adunan cheese oren, ratakan permukaannya dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit
Keluarkan dan tuangkan pula lapisan berwarna ungu.
Ulang semula proses yang sama sehingga habis setiap lapisan
Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong


Jom cuba ..cheese lover mesti suka nyer ...Photo yg bwh nie adalah versi kukus ... nanti nak cari resepi nye..Tq Azlita ...utk resepi dan photo ..








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mymuffincupcake.blogspot.com/2014/09/fruitti-cheese-cake.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hokkaido Cheese Tart Tetap Menjadi Pujaan Hatiku

Hokkaido Cheese Tart Tetap Menjadi Pujaan Hatiku

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 211 hits
Assalamualaikum SA memang hantu cheese tart especially Hokkaido Cheese tart ni dulu ada outlet dia kat NuSentral tapi macam kejap aje pas tu SA kalau pi MV memang akan beli ntah apa yang suka sangat padahal cheese tart je cuma SA suka textu...
Resepi Kek Butter Cheese Terlajak Sedap Moist Cair Dalam Mulut

Resepi Kek Butter Cheese Terlajak Sedap Moist Cair Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 283 hits
Sebut sahaja kek butter cheese ramai yang terbayang keknya gebu dan lembut Kadang nak beli harganya boleh tahan juga Tapi jika buat sendiri lagi berbaloi sebab puas hati dapat makan banyak Bagi mama yang ingin cuba buat sendiri untuk keluar...
Double Cheese Burger Lagi Laaa

Double Cheese Burger Lagi Laaa

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum Terlupa nak update lunch hari Selasa masih melayan ibu mengandung tu mulanya nak makan KFC lepas tu x jadi sebab ada geng2 yang lain pi KFC gak so pi la tapau Mcd malas nak fikir nak makan apa kebetulan orang x ramai kan bel...
Makan Makan Di Camden Market

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Cooperation Offer