Cerita Seorang Zahid Hamidi Dan Saya


SEBUAH CERITA


SENARIO politik tahun 1998 kini merungkupi diri Zahid Hamidi kembali. Tempoh 22 tahun lalu beliau adalah Ketua Pemuda Umno yang dilihat sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim yang pada masa itu Timbalan Presiden Umno dan juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Apabila Anwar dipecat daripada Umno dan jawatan kerajaan, Zahid awalnya bersama Anwar.

Budi dan jasa Zahid selaku memimpin Pemuda kira besar juga buat Anwar. Beliaulah yang menggerakkan untuk menyingkirkan Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai diktator dan mahu menaikkan Anwar sebagai PM. Manakala jasa Anwar kepada Zahid juga besar, Anwarlah yang melowongkan ruang kepada Zahid untuk berada di kerusi ketua pemuda Umno menjatuhkan Rahim Tamby Chik untuk merebut jawatan itu. 
Isu kronisme dan nepotisme dimainkan oleh Zahid Hamidi dalam usaha memburukkan Mahathir. Isu itu berkesudahan dengan kerajaan Mahathir mendedahkan senarai projek untuk dinilai apakah benar berlaku kronisme dan nepotisme seperti dituduhkan terhadapnya seperti mana dilantunkan oleh Zahid dalam ucapan dasar Ketua Pemuda Umno. Dan bagi menutup isu berkenaan dan gerakan menjatuhkannya, Mahathir pecat Anwar dan buang daripada jawatan kerajaan. 

Apabila Anwar dipecat Zahid bersama Anwar. Pada malam Anwar dilucutkan jawatan dan malam seterus-seterusnya, Zahid hadir ke rumah Anwar bersama sebahagian pimpinan pemuda Umno dan orang ramai. Beliau turut memimpin rakyat buat demontrasi dan solidariti untuk Anwar.

Kehadiran Zahid melakukan solidariti untuk Anwar dilihat sebagai satu keberanian Ketua Pemuda Umno yang merupakan sayap kanan kepada Umno itu. Orang melihat tindakan Zahid itu sebagai tindakan berani dan bertanggungjawab. Tanggungjawab sebagai pemimpin sayap parti dan setiakawan kepada seorang sahabat atau abang.

Zahid waktu itu (walaupun beliau menafikannya) beliau dianggap khadam kepada Anwar Ibrahim, budak suruhan Anwar. Kedudukan khadam adalah orang yang tahu luar dan dalam mengenai diri tuannya, (Anwar), orang yang dikira setia dan tanggungjawab rela dan sanggup berkorban nyawa dengan tuannya.

Pedua Anwar.
Para reformias atau puak yang menyokong Anwar mengira Zahid adalah orang kanan dan bakal memegang panji reformasi apabila Anwar ditangkap atau terjadi sesuatu yang tidak diingini kelak. Zahid adalah pendua Anwar. Harapan reformasi kepada Zahid amat tinggi, sebab itu apabila ia tidak menjadi kenyataan Zahid dikecam sehebat-hebatnya, dianggap pengkhianat dan sebagainya. Sampai ke hari ini ada yang tidak boleh menerima Zahid sebagai pemimpin hatta kebencian itu berterusan walaupun beliau berafa di kerusi Timbalan Perdana Menteri. 

Apa yang diramal dan diharapkan itu tidak menjadi. Zahid hanya seketika sahaja bersama gerakan Reformasi, kemudian beliau lari lintang pukang dengan menggunakan seribu alasan dangkal. Kredibiliti dan diri Zahid sebagai seorang mujahid terjawab pada masa itu.

Pemecatan Anwar menjawab dan mengenalkan orang siapa dia Zahid. Bahwa Zahid bukan seorang yang boleh diharap, bukan seorang kawan yang sedia rebah di kiri atau terlentang di kanan saat kawan dianiaya dan diseksa. Beliau menyelamatkan dirinya terlebih dahulu atau pun rupa-rupanya beliau seorang yang sangat lemah dan naif. Peritistiwa itu juga mendedahkan rahsia Zahid mempunyai dua boss, Anwar dan Najib Razak.

Saya bernasib baik walaupun tidak berada dalam parti Umno, tetapi sebagai wartawan yang berkawan baik dengan Zahid membolehkan saya mengenali hati budi dan naluri siasah anak Bagan Datuk keturunan Ponorogol, Jawa Timur ini. Kesempatan ini cukup baik buat saya bagi memahami diri dan dilema dihadapi oleh bekas TPM itu.

Sama seperti orang lain, keterujaan saya kepada beliau ialah imej Islam yang menempel pada diri beliau. Dari juring mata saya, melihat Zahid berbeza dengan sosok-sosok lain dalam Umno ketika itu, seperti Annuar Musa, Rahim Tamby Chik ataupun Isa Samad dan lain-lain. Zahid dilihat boleh diharapkan dan mempunyai idealisme Islam yang jelas. Kejernihana air mukanya kerana disirami air wuduk menyakinkan saya dan orang lain juga.

Pertemuan dengannya beberapa kali di Makkah pada bulan puasa saat melakukan umrah menjadikan saya intim dan mendekatinya. Tanah Haram Makkah mengeratkan persaudaraan antara kami berdua dan diam-diam menyimpan rahsia sama untuk menegakkan Islam. Di Makkah saya pernah duduk semeja dengan beliau dan Hassan Ali. Berbincang...? 

Tragedi menimpa Anwar.

Sebagai khadam Anwar, tidak boleh elak, tragedi yang berlaku kepada Anwar turut sama mengheretnya menghadapi kesusahan dan pancaroba dunia politik. Ini menjadi beliau delima apakah untuk terus mempertahankan Anwar atau pun mengambil sikap tawaqquf  mengenai nasib dan masa depan politiknya. Kita faham kenapa kalau Zahid serba salah sebab beliau berada di antara dua kawan dan bos yang perlu ditaati, Anwar dan Najib Razak.

Beberapa hari selepas Anwar dipecat jelas sekali beliau dalam keresahan dan tidak tahu apa hendak dilakukan. Beliau seakan hilang pedoman dan suria hayatnya menjadi kelam dengan tiba-tiba. Orang paling berdukacita atas apa yang menimpa Anwar antara ialah Zahid.  Saya tidak nampak air mata pemimpin dan kawan Anwar yang lain menangis dengan tragedi itu melainkan isteri Zahid, Hamidah Khamis. 

Dalam delima dan menghadap keadaan tidak tentu hala apa yang berlaku kepada Anwar itu, beliau mengajak saya untuk ke rumah orang tuanya di Bagan Datuk, Perak. Tujuannya tentu untuk berbicara dan bertukar-tukar pandangan dan mencari jalan penyelesaian. Dalam sepanjalan sejauh kira-kira 600 km itu banyak perkara dibincang dan satu hal yang tidak dapat saya lupakan, dan ini mengejutkan apabila beliau bertanyakan soal dirinya.

"Ustaz macam mana dengan diri saya kini," katanya. Zahid memanggil saya sebagai "ustaz" panggilan menghormati saya walhal ilmu agama dan amalan agamanya lebih tinggi daripada saya.

"Apa yang harus saya buat?" tanya beliau. Pertanyaan itu tentulah mengejutkan saya, kerana masakan saya harus ditanya dan dibincangkan perkara sepenting itu. Mungkin kerana beliau melihat saya sebagai seorang penulis ada pandangan berbeza dengan rakan-rakan politiknya yang lain. Dari situasi itu juga saya melihat beliau ketika itu sangat resah dan berada dalam delima.

"Datuk, orang sudah tahu yang Datuk adalah budak kepada Pak Sheikh (Anwar). Datuk adalah khadam kepadanya. Dalam suasana hari ini, bagi saya terbaik Datuk lakukan, Datuk perlu tenggelam timbul bersama Pak Sheikh. Datuk tidak boleh melarikan diri.

"Kalau Datuk lari meninggalkannya, Datuk akan dilihat pengecut dan seorang yang mementingkan diri. Sebaliknya kalau Datuk setia dan pertahankan Pak Sheikh, Datuk akan dilihat sebagai seorang pejuang dan sahabat yang setia, yang sanggup melakukan apa saja demi seorang sahabat, Datuk akan dihormati sepanjang masa," kata saya.
Malam itu saya bermalam buat pertama kali di rumah orang tuanya di Bagan Datuk. Pagi selepas bersarapan kami kembali ke Kuala Lumpur semula beliau menghantar saya hingga ke rumah di Flat di Wangsa Maju. Saya masih ingat begitu melihat keadaan tempat tinggal saya (Flat), Zahid bertanya; Ustaz belum ada rumah ke” Pertanyaan itu cukup bagi saya sebagai keprihatinan seorang rakan.

Selepas perjumpaan itu beliau masih lagi bersama Anwar. Menggerakan reformasi, membuat arahan-arahan dan mengadakan pertemuan-pertemuan sulit di tempat-tempat tertentu yang turut dihadiri sama oleh saya dan juga pemuka reformasi dari rahang pemuda.

Satu hal yang tidak dapat saya lupakan apabila melihat tekadnya untuk mempertahankan Anwar sampai beliau kata, Reformasi ini adalah fisabilillah. "Ini fisabilillah, Ustaz..." ujar dan ucapnya tegas. Bergegar jantung dan hati saya, darah menyelinap mendidih ke seluruh pembuluh darah. Tiba-tiba sara merasakan seperti berada di medan perang. 

Mengharap panas sampai ke petang rupanya tidak, hujan turun di tengah hari.

Zahid tidak betah dalam refromasi, akhirnya dia terpaksa mengalah kepada dirinya sendiri. Beliau tidak tahan dengan ujian dan cabaran. Segala masalah peribadi yang dihadapinya menjadikan beliau resah gelisah dan tidak sedamai orang lain memperjuangkan Anwar dan menggerakkan reformasi.

Situasi itu sudah dijangka awal-awal, Mahathir akan menggunakan segala senjata yang ada untuk menekan Zahid Hamidi dan sesiapa sahaja yang bersekongkol untuk mempertahankan Anwar dan melawannya. Zahid juga tidak terkecuali.

Menyedari itu saya secara peribadi menasihatinya agar melepaskan jawatan Pemuda Umno. Saya bayangkan kepadanya kalau beliau kekal bersama Anwar beliau akan ditekan dan diugut. Jadi sebelum ditekan kata saya kepadanya elok dia mengambil tindakan awal melepaskan jawatan agar nampak gentlemen. Tetapi cadangan saya itu tidak dipedulikan.

Akhirnya Zahid ditahan di Kota Kinabalu. Petang beliau ditahan itu menggemparkan khasnya para reformasi. Walaupun beliau sudah cula dengan gerakan reformasi, tetapi penahan itu tetap mendapat simpati para reformis. Apa yang mengejutkan saya dengan penahanan itu apabila isterinya, Hamidah menelefon saya menyampaikan pesan oleh Zahid. Kata Hamidah, Zahid meminta saya menyiapkan kenyataan untuk melepaskan jawatan ketua pemuda.

“Datuk pesan ustaz buat kenyataan lepas jawatan Ketua Pemuda, kata Datuk ayat dan bahasa ustaz cantik dan lembut sikit,” demikian kata Hamidah. Terkulai saya mendengar itu. Sekali lagi darah saya menyelinap ke seluruh pembuluh, kali ini bukan mendidik tetapi menyuam. Kenapa baru sekarang setelah ditangkap, baru hendak melepaskan jawatan. Kenapa tidak sebelumnya?

Cerita saya dan Zahid ini sengaja saya hentikan di sini dan jadikan ia tergantung. Apa yang yang hendak saya khulasahkan di sini mengenai diri seorang Zahid yang ada sesuatu diharapkan daripadanya waktu ini. Dengan mentafsir dan menilai cerita dan kisah ini semoga mereka yang berharap akan ada magik dan tindakan drastik daripada Zahid boleh bersabar sekejap

Delima dan masalah dihadapi Zahid 22 tahun lalu kini datang kembali dalam bentuk berbeza. Saya buat catatan ini kerana mendapat tahu Zahid sekali lagi berpeluang untuk memperjuangkan sesuatu yang diharapkan oleh rakyat. Hari ini beliau adalah presiden Umno. Walaupun Umno sudah tidak ada kerajaan tetapi ia masih ada sia-sisa kuasa untuk berbuat sesuatu. Bak kata orang kampung saya, kalau ada golok tumpul boleh dibuat membelag kelapa.   

Harapnya Zahid tidak akan mengulang apa yang berlaku sebelum ini. Beliau diharap bijak, berani dan sedia melakukan sesuatu yang terakhir sebagai peninggalan dan legasi perjuangan hidup mati seorang Zahid. Semoga peluang yang ada tidak akan disia-siakan. Percayalah keadaan Zahid kini umpama berada di antara dua bahana besar besar, di hadapan duri di belakang bara. Beliau pula tidak bersayap hendak tak hendak terpaksa memilih salah satu keadaan itu. [wm.kl.7:55 pm 29/09/2020]  * Kalau rajin saya sambung.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/09/cerita-seorang-zahid-hamidi-dan-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Ketua Menteri Sabah Mesti Di Pilih Dari Kalangan Adun Umno

Zahid Hamidi Ketua Menteri Sabah Mesti Di Pilih Dari Kalangan Adun Umno

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 447 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa amat munasabah jika mana mana parti dalam gabungan yang memperolehi kerusi yang terbanyak diberikan mandat dan peluang untuk mengetuai kerajaan setelah rundingan diadaka...
Zahid Hamidi Umno Tak Dapat Halang Wakil Rakyatnya Sokong Anwar

Zahid Hamidi Umno Tak Dapat Halang Wakil Rakyatnya Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 547 hits
Umno dan BN tidak dapat menghalang mana mana anggota parlimennya yang mengambil keputusan untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru Sebagaimana diketahui umum Umno dan BN bukan merupakan parti komponen Perikat...
Muhyiddin Kini Tiada Alasan Lagi Tidak Beri Jawatan Tpm Kepada Zahid Hamidi

Muhyiddin Kini Tiada Alasan Lagi Tidak Beri Jawatan Tpm Kepada Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 225 hits
Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor akhirnya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke 16 di Istana Negeri Kota Kinabalu pagi ini Selain Hajiji turut mengangkat sumpah di hadapan TYT Sabah ialah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Peng...
Zahid Hamidi Sudah Ada Deal Dengan Anwar Umno Terbelah Dua

Zahid Hamidi Sudah Ada Deal Dengan Anwar Umno Terbelah Dua

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 290 hits
Suhu politik kembali panas selepas negara dikejutkan dengan polemik terbaharu susulan pengumuman Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mendakwa dirinya sudah memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Sebaik selepas pe...
Sambung Tulisan Cerita Zahid Sebuah Solusi Buat Kawan

Sambung Tulisan Cerita Zahid Sebuah Solusi Buat Kawan

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 325 hits
CATATAN SEBUAH CERITAFoto cuplikan dalam buku saya Zahid saathadir di rumah Anwar selepas sahabatnya itu dipecat DALAM sesebuah peperangan tugas dan tanggungjawab seorang komander sangat besar dan penting Komanderlah menentu kalah atau mena...
Ramai Ahli Parlimen Umno Bn Sokong Anwar Zahid Hamidi

Ramai Ahli Parlimen Umno Bn Sokong Anwar Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 397 hits
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menerima maklumat terdapat ramai Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu Ahmad ...
Mungkin Ada Orang Tekan Zahid Kata Hamzah

Mungkin Ada Orang Tekan Zahid Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 215 hits
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata dia enggan membuat sebarang spekluasi berhubung kenyataan media Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas Anwar Ibrahim mengumumkan sudah mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan ba...
Calon Parti Grs Paling Banyak Menang Dun Jadi Km Sabah Zahid

Calon Parti Grs Paling Banyak Menang Dun Jadi Km Sabah Zahid

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 512 hits
suaramerdeka com PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan adalah munasabah calon parti Gabungan Rakyat Sabah yang menang paling banyak kerusi dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu Ahmad Zahid berkata calon Ketua Men...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga