Sambung Tulisan Cerita Zahid Sebuah Solusi Buat Kawan


CATATAN SEBUAH CERITA

Foto cuplikan dalam buku saya, Zahid saat
hadir di rumah Anwar selepas sahabatnya itu 
dipecat.DALAM sesebuah peperangan tugas dan tanggungjawab seorang komander sangat besar dan penting. Komanderlah menentu kalah atau menang perjuangan atau peperangan itu. 
Keadaan seorang komander lebih tragis dan mencabar lagi apabila musuh sudah berada di hadapan dan di belakang, komander atau panglima peranglah menentukan tindakan seterusnya. Nyawa ketumbukan berada dalam tangan komander.Seorang Komander perlu seorang strategis. Kalau panglima perang bijak, ada akal panjang, strategis dan azam untuk menang serta menyelamatkan keadaan, beliau akan berbuat sesuatu yang tidak terfikir oleh orang lain. 
Tindakan berani di luar jangka seorang komander itu menentukan kalah menang sesuatu peperangan atau perjuangan. 
Dalam situasi ini ia menentukan kehebatan dan istimewanya seorang komander. Apakah ia layak atau pun tepat diberi tanggungjawab besar itu. Kalau komander gagal, maka musnahlah seluruh kehidupan dan pasukannya. Lebih malang lagi negeri yang dibawah pengawasannya juga akan hancur lebur. 
Masalah yang crucial.
Menyambung tulisan cerita Seorang Zahid Hamidi dan saya, saya anologikan Zahid sebagai seorang komander yang kini berhadapan dengan masalah sangat crucial untuk menjaga dan menyelamat negerinya bernama Umno. Umno kini sedang diserang dan cuba ditakluki sekaligus mahu dinyahkan di dunia ini. Penyerang dan musuhnya tidak lain dan tidak bukan, adalah PBBM, dengan panglima perangnya Muhyiddin Mohd Yassin. 
Iya hari ini PBBM adalah musuh sejati Umno bukannya parti-parti yang bersekutu dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). PBBM telah berjaya melakukan kudeta merampas kerajaan kawannya sendiri. Kejayaan itu PBBM berjaya merenggangkan Umno dengan kawannya Pas. Sedar atau tidak PBBM telah berjaya merenggangkan ikatan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk oleh Umno dengan Pas. Umno yang turut membantu pembentukan kerajaan PN hanya menang sorak tetapi kalah pertarungan. 
Atau dalam konotasi lain, apa yang berlaku Umno persis beruk yang tahu panjat kelapa, tetapi isinya dimakan oleh orang lain. PH, PKR, DAP dan Amanah bukan musuh yang perlu ditakuti oleh Umno lagi. Walaupun gabungan parti itulah yang menumbangkan kerajaan UBN pimpinan Umno hampir dua tahun lepas, tetapi kini mereka bukan lagi musuh yang memiliki taring dan kekuatan. Perbalahan sesama sendiri dan pengkhianatan oleh orang-orang gila kuasa dalam sekutu PH mengubah keadaan PH menjadi sebuah gabungan bercemperian. PBBM yang dahulu rakan PKR, DAP dan Amanah sudah keluar dan membentuk kekuatan sendiri sedang bergerak untuk menelan Umno. Hakikat ini rasanya disedari oleh orang-orang Umno, terutamanya Zahid sendiri. PBBM perlahan-lahan kini membesar menjadi Naga untuk menelan Umno hidup-hidup. Sebab itu sebahagian besar pemimpin Umno (yang tidak mendapat apa-apa ghanimah dan berkedudukan) bimbang dengan ulah PPBM dan berusaha untuk menghapuskan sang Naga jelmaan dari ular Lidi itu. 
Sebagai panglima perang Zahid perlu sedar keadaan itu yang sudah sangat terdesak. Zahid bukan lagi boleh sekadar membuat ugutan dan ancaman menakut-nakutkan PPBM, sebalik beliau kena bertindak segera dengan cekap. Ular Lidi bernama PBBM kini sedang membesar dan perutnya mengembung, dan kian "memboyah" dengan apa berlaku di Sabah. Jawatan KM diberikan kepada PBBM menjadikan ular Lidi itu makin sihat dan "agah". Benar PBBM sudah angkuh seperti mana kata ketua pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Zahid tidak ada masa untuk berlengah-lengah lagi. Nyawanya sudah di hujung bendul dan keadaan Umno seperti telor di hujung tanduk. Sikap tunggu dan lihat untuk bertindak, bukan tindakan yang bijak. Zahid harus mencari solusi segera untuk mengatasi masalah besar ini sekiranya beliau mahu selamat dan Umno juga selamat menjadi parti yang gah. 
Seperti saya sebut dalam tulisan awal semalam, Zahid kini dalam dilema berhadapan dengan dua masalah dan keadaan. Dirinya kini berhadapan dengan dua bahana besar, api di hadapan duri di belakang.  Bagi dirinya, dia berhadapan dengan mahkamah dan bagi partainya pula sedang berhadapan dengan kemusnahan. Umno boleh musnah dan mati beragam kalau Zahid tidak bijak dan sedia melakukan pengorbanan. 
Dalam buku ini ada cerita
mengenai Zahid Hamidi.Dua masalah itu menekan Zahid dan meletakkan Zahid bingung memaksa beliau perlu menyelesaikan satu persatu dengan cermat dan jangan campur adukkan walaupun kesannya berkaitan. 
Keutamaan kepada Umno.
Dalam kedua masalah itu langkah pertama, beliau harus memberi keutamaan kepada Umno. Zahid perlu melihat dan merasakan Umno lebih penting daripada survive politik dan dirinya sekiranya dia seorang penganut Umno sejati. Seorang pejuang tulen harus mengorbankan kepentingan diri. 
Sebagai presiden Umno beliau wajar meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan diri. Umno diibaratkan negeri yang sedang diserang, atau pun bahtera yang kini bergelora di tengah lautan. Langkah yang beliau kena ambil ialah menyelamatkan negeri dan bahtera itu terlebih dahulu.  
Soal dirinya perlu diketepikan dahulu, walaupun secara peribadi masalah dirinya lebih besar daripada parti, tetapi beliau kena memahami dirinya sebagai presiden dan dirinya sebagai Zahid yang dimiliki keluarganya. Sebagai presiden beliau kena berikan keutamaan kepada menyelamatkan parti. Zahid terbuang dan terpenjara tidak mengapa asalkan parti selamat. Ini pengorbanan mahal yang harus dilakukan. 
Sebenarnya bukan payah untuk Zahid menyelamatkan Umno. Beliau perlu berkorban dan rela  menyerahkan bala tentera di bawahnya kepada panglima baru untuk memimpin perang atau menjadi kapten menyelamatkan Umno. Itulah cara terbaik, apabila beliau sudah kekeringan ilham dan strategi serta hilang kredibiliti yang tidak dihormati lagi, maka beliau kena pasrah

Umno masih berada dalam sistem yang sah. Masih merupakan organisasi yang kukuh. Zahid perlu
Mohamad sedia pikul tanggungjawab.
sedari dibawahnya masih ada ko-komander, atau pun timbalan panglima perangnya. Timbalannya Mohamad Hassan adalah pengganti atau orang yang tepat diharap mengambil tugas dan tanggung jawabnya. Sepatutnya Zahid menggunakan tenaga dan manpower dimiliki Mohamad Hassan. Zahid perlu serahkan kepimpinan Umno kepada Mohamad Hassan secepat mungkin

Zahid tidak perlu ragu kepada komitmen dan kebolehan yang ada kepada Mohamad Hassan. Sebelum ini Mohamad Hassan telah menunjukkan kebolehannya. Selama beliau diberi tanggungjawab mengurus dan memimpin parti serta menjalankan tugas-tugas presiden, prestasinya dan Umno terbaik. Keyakinan ahli Umno kepadanya sudah terserlah

Sebenarnya keputusan Zahid menyerahkan kepimpinan Umno kepada Mohamad Hassan sebelum ini adalah langkah tepat merupakan satu keputusan bijaksana. Tetapi tidak tahu kenapa tiba-tiba beliau mengambilnya balik walhal ia masih belum tiba masanya. Kata Zahid semasa hendak menyerahkan tugas dan tanggungjawab itu kerana mempercayai dan yakin Mohamad Hassan akan dapat menanganinya, dan berjanji akan diambil balik setelah Mohamad menyerahkan kepadanya apabila dirasakan dia sudah berkemampuan. 
Apakah Zahid merasakan dia sudah mampu maka dia tiba-tiba mengambil balik jawatan itu daripada Mohamad Hassan sedangkan Mohamad Hassan dilihat masih seronok mengurus dan membaik pulihkan Umno. Atau pun tindakan itu kerana Zahid dikejar bayang-bayang ketakutan sendiri

Kalau Umno selepas kehilangan kerajaan lemah, layu menyebabkan ramai ahli berundur, tetapi apabila Mohamad Hassan diberi tanggungjawab memimpinnya, Umno jadi "jelingah" kembali. Keyakinan ahli dan penyokong Umno di bawah terhadap Mohamad meningkat dengan tiba-tiba. Mohamad yang bergerak dengan Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung dan MKT lain dapat memulihkan semula semangat orang Umno yang terenjat apabila Umno hilang kerajaan

Sepatutnya Zahid tidak mengambil alih tugas diberikan kepada Mohamad Hassan. Beliau perlu beri peluang dan kepercayaan sepenuhnya sehingga Umno benar-benar pulih, sementara itu beliau menumpukan kepada usaha untuk membersih diri dan banyak berdoa dan bermuhasabah untuk berhadapan dengan mahkamah. Cara itulah menunjukkan beliau bijak dan dilihat lebih mengutamakan parti daripada dirinya

Ramai yang percaya kalau Umno dapat dipulihkan dan mendapat kepercayaan ahli dan rakyat semula, ia boleh bangkit dan membangunkan kerajaanya yang tumbang itu. Bila begitu Zahid juga pasti akan selamat. Kalaupun tertakdir beliau terpaksa meringkuk dalam penjara buat seketika, anggaplah itu sunatullah yang harus dilalui setiap pejuang. Untuk menguatkan semangat Zahid boleh belajar daripada Anwar Ibrahim yang mana penjara bukan merupakan pusara baginya. (Zahid kena baca buku Penjara Bukan Pusara?)

Dan sekiranya Zahid begitu gerun untuk melangkah ke penjara, dengan kuasa yang ada selaku presiden beliau boleh melakukan tindakan kedua, menarik balik sokongan Umno kepada kerajaan PN. Zahid tidak perlu kekok dan berfikir panjang untuk bertindak demikian. Beliau harus akur dan tegas dengan ancaman dibuatnya sebelum ini. Ada dua manfaat kalau beliau berbuat demikian, Umno akan selamat tidak ditelan ular Lidi beliau juga akan mendapat simpati dan pujian. 
Sebelum ini beliau mengeluarkan kenyataan tidak akan teragak-agak untuk menilai balik sokongan Umno kepada PN apabila sudah tidak ada kejujuran dan keikhlasan. Ketika itu Zahid sudah dapat menghidu yang PN khasnya PBBM tidak ikhlas dengan Umno dan cuba melenyapkan Umno secara taktikal

Nah, apa dibimbang itu sudah pun jelas dan nyata, bahawa PBBM bukan sebagai seorang sahabat sejati yang bertindak menghormati kawan. PPBM langsung tidak menghormati pengorbanan Umno yang membantu kudeta dan menubuhkan kerajaan PN. Gerak kerja dilakukan PBBM kini sudah menunjukkan keikhlasan diragui Zahid itu berlaku. Salah satu kesan besar ialah apabila PBBM berjaya merenggangkan Pas daripada Umno yang sebelum ini intim dan rapat. Tidakkan kini Umno cuak dan lugal dengan lagak Pas? 
Diam-diam kini Pas telah melakukan Umno bagaikan sang suami yang kena stroke dan menggila PBBM sebagai suami baru. Sebenarnya Pas ini bersuami dua bermukah dengan dua jantan. Malam bersuamikan Umno siang bersuamikan PPBM. Kebetulan Umno sekarang kena stroke maka tergilalah Pas dengan PBBM. Tidak aneh kalau Pas berenggang dengan suami yang kena stroke. Justeru untuk mendapat semula cinta Pas Umno kena pulihkan diri. 
Maka satu cara untuk memulihkan diri, Umno perlu dibawa berjauhan dengan PBBM dan Pas yang menunjuk-nunjukkan kemesraan dan ghairah mereka di mana cara itu menyinggung hati dan jantung Umno yang boleh menambahkan lumpuh. 
Untuk ini, Zahid boleh mengajar PPBM dan Pas sekaligus melakukan tindakan drastik dengan menarik sokongan kepada PN dan berkolaborasi dengan PH. Tidak menjadi kesalahan kepada Zahid kalau beliau membawa Umno untuk berpakat dengan PH apa lagi di dalam sudah sedia menunggu pengantin  panasaran yang hendak ke pelamin jadi PM yang juga kawan dan sahabatnya sendiri, Anwar.  
Kalau Zahid berbuat demikian tidak ada siapa yang boleh salahkannya. Politik demokrasi tidak pernah metafsirkan tindakan itu sebagai dosa. Kalau PPBM yang bersama PH sebelum ini boleh bertindak keluar, kenapa tidak dengan Umno. Dan secara peribadi saya melihat Zahid tidak akan dianggap jahat dan kejam kalau dia berkapuh semula dengan Anwar bahkan akan dilihat sebagai satu penebusan dosa nya semasa era Reformasi. 
Jika Zahid berjaya membantu PH membina semula kerajaannya yang dirosakkan oleh Dr Mahathir beliau akan dilihat sebagai hero oleh rakyat. Mereka yang sebelum ini kesal, kecewa dan marah atas sikap tidak istiqamah akan menerimanya semula dengan tepukan gemuruh dan nyalaan karak dan obor pesta. 
Di hadapan Zahid kini ada dua peluang yang terbaik untuk dilakukannya. Pertama berundur daripada Umno secara terhormat, kedua bertindak membawa Umno untuk bersama PH. Zahid boleh menepuk dada dan menanya intelektualnya sendiri jalan mana yang terhormat. Kedua tindakan itu memerlukan keberanian dan kesanggupan luar biasa membawa Umno berkerjasama dengan PH. 
Itulah solusi saya persembahkan buat Zahid yang kini dalam kebingungan, kabur mengenai dirinya sendiri kerana terlalu resah dan takut dengan sunnah dan musibah yang tidak dapat dielakkan oleh seorang pejuang. Kalau Zahid sudah membina rumah di tepi pantai, maka beliau tidak perlu mengeruninya lagi, kerana rumah di tepi pantai tetap berhadapan dengan goncangan ombak. 
Zahid kini sudah lama terlahir ke dunia, segala rintangan yang didepaninya tidak boleh disalahkan kepada ibu yang mengandung. Harapnya Zahid tidak sesekali menyalahkan ibu yang mengandungnya. Selamat. [wm.kl. 2:51 pm 01.10.2020]
Glossori:
Agah = action, egoMemboyah = kenyang, kembung, betak.Berkapuh = bertangkup, bertangkap.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/10/sambung-tulisan-cerita-zahid-sebuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Seorang Zahid Hamidi Dan Saya

Cerita Seorang Zahid Hamidi Dan Saya

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 414 hits
SEBUAH CERITA SENARIO politik tahun 1998 kini merungkupi diri Zahid Hamidi kembali Tempoh 22 tahun lalu beliau adalah Ketua Pemuda Umno yang dilihat sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim yang pada masa itu Timbalan Presiden Umno dan juga Tim...
Anwar Promises To Drop The Charges Against Najib And Zahid If He Becomes Pm9

Anwar Promises To Drop The Charges Against Najib And Zahid If He Becomes Pm9

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 375 hits
Anwar Ibrahim has promised to drop the corruption cases against Najib Tun Razak and Ahmad Zahid Hamidi if Umno supports him to take over as Prime Minister or PM9 THE CORRIDORS OF POWER Raja Petra Kamarudin Umno MPs free to support Anwar Zah...
Zahid S Objective Is To Dissolve Parliament

Zahid S Objective Is To Dissolve Parliament

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 214 hits
A Barisan Nasional leader has hailed Umno president Ahmad Zahid Hamidi s decision against stopping the party s MPs from supporting Anwar Ibrahim in his bid to form a new government In a statement today Selangor BN information chief Isham Ja...
Zahid Beri Isyarat Supaya Pru Diadakan Segera Bukan Sokong Anwar Kata Isham Jalil

Zahid Beri Isyarat Supaya Pru Diadakan Segera Bukan Sokong Anwar Kata Isham Jalil

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 283 hits
on PETALING JAYA Seorang pemimpin Barisan Nasional Selangor berkata kenyataan Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat menghalang wakil rakyatnya menyokong kumpulan Anwar Ibrahim adalah isyarat bagi memaksa pilihan raya umum ke 15 diadakan secepat mu...
Zahid Umno Will Not Stop Its Mps From Supporting Anwar For Pm

Zahid Umno Will Not Stop Its Mps From Supporting Anwar For Pm

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 509 hits
Umno will not stop its MPs from backing PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister says Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi The Umno president said he was informed that some Umno and Barisan Nasional MPs had expressed their support ...
Azmin Ali Dakwaan Ahli Parlimen Bn Sokong Anwar Hanyalah Pandangan Peribadi Zahid

Azmin Ali Dakwaan Ahli Parlimen Bn Sokong Anwar Hanyalah Pandangan Peribadi Zahid

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 559 hits
KOTA KINABALU Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ramai ahli parlimen UMNO dan BN menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah pandangan peribadinya Menurut Az...
Zahid Betul Bila Kata Ada Mp Umno Sokong Anwar Kata Nur Jazlan

Zahid Betul Bila Kata Ada Mp Umno Sokong Anwar Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 357 hits
Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah betul apabila menyatakan Umno tidak boleh menghalang mana mana ahli Parlimennya daripada menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan...
Ahmad Zahid Umno Bn Tak Dapat Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

Ahmad Zahid Umno Bn Tak Dapat Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 326 hits
AHMAD ZAHID UMNO BN TAK DAPAT HALANG AHLI PARLIMEN SOKONG ANWAR KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang mana mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahma...
Here Are The List Of Zahid Najib 19 Umno Mps Supporting Anwar To Be Pm 9 To Form The Next Federal Government

Here Are The List Of Zahid Najib 19 Umno Mps Supporting Anwar To Be Pm 9 To Form The Next Federal Government

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 485 hits
NEWSByPosted on September 24 2020TwitterFacebook MesseMany Umno BN MPs voice support for Anwar says ZahidUmno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said he has received information that many Umno and Barisan Nasional Members of Parliam...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik