Muhyiddin Kini Tiada Alasan Lagi Tidak Beri Jawatan Tpm Kepada Zahid Hamidi


 
Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor akhirnya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 di Istana Negeri, Kota Kinabalu pagi ini.
Selain Hajiji, turut mengangkat sumpah di hadapan TYT Sabah ialah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam.
Apa yang menarik di sini tentunya tentang perlantikan Bung Mokhtar bagi jawatan nombor dua kerajaan negeri kerana beliau masih lagi berdepan perbicaraan kes rasuah di mahkamah.
Sebelum ini beliau dinamakan sebagai calon Ketua Menteri oleh BN, tetapi isu yang sering dimainkan untuk menidakkan perlantikannya adalah kerana kes mahkamahnya masih lagi belum selesai.
Dengan itu, beliau didakwa tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri Sabah sehinggalah mahkamah membuat keputusan tidak bersalah terhadap kesnya.
Apa lagi, motto pentadbiran Muhyiddin Yassin ialah mengutamakan kebersihan seseorang calon yang mahu dilantik mengisi jawatan dalam kerajaan sehingga perlu melepasi tapisan SRM dan PDRM terlebih dahulu.
Bermakna, jika yang tidak bersih di sisi SPRM dan PDRM pun tidak boleh dilantik, tentulah seseorang yang telah didakwa di mahkamah dan masih dalam perbicaraan tidak boleh sama sekali diberi sebarang jawatan dalam kerajaan.
Perlantikan itu akan menjadikan mereka yang ada jawatan itu terpaksa terus pergi ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan bersama jawatan yang sedang disandang.
Mahu tidak mahu, keadaan itu pastinya memberi gambaran buruk kepada kerajaan di mata rakyat, dunia dan juga kepada penghuni langit.
Tetapi, dengan perlantikan Bung Mokhtar sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, pendirian Muhyiddin dan kerajaan PN nampaknya sudah berubah dan tidak kisah lagi dengan kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh seseorang itu.
Dengan ini kita akan menyaksikan kehadiran Bung Mokhtar di mahkamah selepas ini adalah sebagai Timbalan Ketua Menteri.
Hebat Abah Muhyiddin….
Maka, bersekali dengan perkembangan terbaru ini, Muhyiddin sudah tidak ada alasan lagi untuk tidak melantik Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang juga ada kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dengan UMNO mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai dalam PN dan kedudukan Zahid Hamidi sendiri sebagai ketua parti, beliau tidak boleh lagi dinafikan untuk mengisi jawatan nombor dua dalam kerajaan yang masih kosong itu dan kedudukannya yang ada kes mahkamah boleh ditolak ke tepi.
Berbanding Azmin Ali yang ke sana ke sini sekarang berlagak seolah-olah beliau pemegang jawatan nombor dua dalam kerajaan selepas Muhyiddin, lebih munasabah ia diberikan kepada Zahid Hamidi.
Dalam hal ini, Muhyiddin mesti menunjukkan keikhlasannya dan tidak harus berlengah lagi untuk memberi jawatan tersebut kepada Zahid Hamidi.
Jika tidak juga berbuat demikian, bermakna Muhyiddin tidak betul-betul ikhlas terhadap UMNO dan hanya ingin mempergunakan parti itu sebagai pelapik untuk melapik kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Lagi pun, alang-alang Timbalan Ketua Menteri pergi ke mahkamah untuk berdepan kes rasuah, tentulah lebih membahagiakan rakyat Malaysia jika selepas ini seorang Timbalan Perdana Menteri juga terpaksa turun naik mahkamah untuk menyelesaikan kesnya.
Atau, adakah perlantikan Bung Mokhtar ini suatu isyarat bahawa kesnya akan digugurkan dan selepas itu kes Zahid Hamidi pun akan digugurkan sama? (Shahbudindotcom 29/09/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/muhyiddin-kini-tiada-alasan-lagi-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 750 Muhyiddin Tak Endah Amaran Zahid Umno Tekad Mahu Keluar Pn

Rentasan 750 Muhyiddin Tak Endah Amaran Zahid Umno Tekad Mahu Keluar Pn

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 293 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7501 BERANIKAH UMNO KELUAR PERIKATAN NASIONAL 2 KERAJAAN CADANG BINA TABIKA ANTARA DUA DARJAT 3 ANTARA BENCI PAKATAN HARAPAN DAN COVID 19 4 KENAPA DULU RAKYAT SOKONG KITA
Muhyiddin Atau Anwar Ahli Parlimen Umno Bn Bebas Memilih Zahid

Muhyiddin Atau Anwar Ahli Parlimen Umno Bn Bebas Memilih Zahid

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 448 hits
mhdaily netUmno dan BN tidak dapat menghalang mana mana anggota parlimennya yang mengambil keputusan untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru Sebagaimana diketahui umum Umno dan BN bukan merupakan parti kompo...
Zahid Hamidi Ketua Menteri Sabah Mesti Di Pilih Dari Kalangan Adun Umno

Zahid Hamidi Ketua Menteri Sabah Mesti Di Pilih Dari Kalangan Adun Umno

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 462 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa amat munasabah jika mana mana parti dalam gabungan yang memperolehi kerusi yang terbanyak diberikan mandat dan peluang untuk mengetuai kerajaan setelah rundingan diadaka...
Cerita Seorang Zahid Hamidi Dan Saya

Cerita Seorang Zahid Hamidi Dan Saya

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 432 hits
SEBUAH CERITA SENARIO politik tahun 1998 kini merungkupi diri Zahid Hamidi kembali Tempoh 22 tahun lalu beliau adalah Ketua Pemuda Umno yang dilihat sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim yang pada masa itu Timbalan Presiden Umno dan juga Tim...
Umno Dulu Berkuasa Tapi Kini Kian Terpencil Dalam Grs Tok Mat Seru Zahid Beri Pedoman

Umno Dulu Berkuasa Tapi Kini Kian Terpencil Dalam Grs Tok Mat Seru Zahid Beri Pedoman

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 415 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Zahid Hamidi didesak memberikan pedoman tentang bagaimana UMNO harus berurusan dengan pesaingnya kerana keputusan pilihan raya Sabah menunjukkan strategi dan kerjasama yang dimeterai semakin memencilkan parti itu Ti...
Muhyiddin Bayang Akan Letak Jawatan

Muhyiddin Bayang Akan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 351 hits
MSO Kata Muhyiddin beliau tidak kemaruk kuasa Katanya kalau dakwaan Anwar yang beliau sudah hilang majoriti dan jika dipanggil Agong beliau akan letak jawatan Tidanakan itu dibuat kerana beliau tidak kemaruk kuasa Kalaulah disebabkan saya s...
Zahid S Statement Confirms Muhyiddin Lost Majority Saifuddin

Zahid S Statement Confirms Muhyiddin Lost Majority Saifuddin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 315 hits
Pakatan Harapan chief secretary Saifuddin Nasution Ismail said that Umno president Zahid Hamidi s media statement confirmed that Prime Minister Muhyiddin Yassin has lost his majority in Parliament Saifuddin was commenting on earlier today w...
Bung Mokhtar Kini Terketepi Wajar Umno Pula Bertindak Jatuhkan Muhyiddin

Bung Mokhtar Kini Terketepi Wajar Umno Pula Bertindak Jatuhkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 355 hits
Presiden UMNO Zahid Hamidi nampaknya tetap berkeras mahukan Pengerusi BN Sabah Bung Mokhtar Radin dilantik sebagai Ketua Menteri baru negeri itu Katanya UMNO sudah dua kali beralah kepada Bersatu pertama dalam soal lantikan Perdana Menteri ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet