Cerita Hari Minggu




Assalamualaikum..

SEBELUM ni baca aje post kawan-kawan memborong ikan di Jeti Kong Kong Laut, Masai. Macam tak berminat sangat nak pergi sebab kami kalau beli ikan akan ke Pasar Pontian atau perkampungan nelayan di Pendas, Gelang Patah. SK pulak bukanlah seorang yang begitu teruja dengan pasar macam Pak Inche. Ialah, dah penat ke pasar, balik rumah nak bersihkan semua dan pek pulak sebelum simpan dalam peti ais. Itu belum lagi nak kena masaknya, jadi kadang kalau fikir pergi pasar, fikir kena masak, terus penat, hahahaha

Terbuka pintu hati pulak malah hati menggebu-gebu nak ke Kong Kong cari ikan semalam, malah, sejak dua tiga hari SK dah cakap dengan Pak Inche nanti Sabtu, pagi-pagi kita gi Kong Kong lepas tu Sk nak sarapan Nasi Lemak Daun Simpor. Khabarnya, Si Sunah boleh makan dua terusss. Sedap sangatlah tu nampaknya. Pagilah sangatkan, pukul 10 baru sampai Kong Kong. Bagi yang tak tahu, Kong Kong ni ni kawasan hujung sekali Masai. Ada satu perkampungan yang terletak di tepi laut, ada kedai-kedai makan, ada jeti, ada rumah kelong, Sk pernah bawa anda ke sini makan di Roti Rentung dan Nga' Cheng Kitchen, ingat tak? Tempat ni bukan saja happening waktu malam, dari pagi pun dah sibuk dengan aktiviti macam-macam


Sepuluh tahun dulu, gerai-gerai ikan ni memang berderet di sepanjang laluan menuju ke jeti tapi sekarang dah berasingan ya masing-masing. Ada yang dah maju, dah ada kedai, ada juga yang membina bangsal sahaja dan jaraknya tu bukan lagi sebelah menyebelah. Tapi taklah jauh-jauh sangat. Untuk letak kenderaan pun ada dua tiga tapak disediakan dan jangan terkejut tengok kereta memenuhi tapak kenderaan, tu semua milik mereka yang datang untuk memancing. Kami terus singgah di sebuah gerai yang pertama kami nampak. Depan gerai bersusun-susun kotak polisterin. Macam-macam jenis ikan ada, tapi sotong, udang dan ketam tak ada, ada ketam bangkang jer dua ekor. Sementara membeli tu, kami bertanya tempat sarapan best dan di mana Sk boleh beli Nasi Lemak Daun Simpor. Terus dia buat muka.. dan bla bla bla bla hahahaha. Lepas tu dia rekomen kami makan di kedai yang berhadapan dengan kedai dia tu sementara kawan dia menyiang dan memotong ikan-ikan yang kami beli


Sk bukanlah minat sangat nak menerai Roti Sarang Burung yang viral di sana sini sekarang. Maksudnya, kalau Sk tahu kat mana-mana ada roti viral ni, takde hati pun nak pergi makan. Tapi, dah terlanjur semalam makan di kedai yang jual roti canai, Sk pun tanya la kot-kot dia ada buat roti sarang burung tu, bila ada, Sk pun cuba. Ternyata percubaan Sk tak mengecewakanla.. mungkin sebab roti canai di situ memang sedap, lembut dan garing jer walaupun cuma mengelilingi telur mata kerbau yang dua biji tu. Kuah kari tu pun sedap juga, boleh datang lagi lain kali


Lepas makan, kami terus ambil ikan yang dah disiang dan potong tu letak dalam kereta. Lepas tu sambung jalan-jalan lagi ke gerai lain, sampai hujung jeti nampak Nasi Lemak Daun Simpor tu yang hanya tinggal beberapa bungkus. Disebabkan review dari brother ikan tadi, Sk pun tak confident nak beli banyak, beli sebungkus aje, lagipun dah kenyang kan makan roti canai serta dah tapau jugak roti bom untuk Iman. Sambal nasi lemak ada pilihan sambal udang atau sambal (lupa), Sk ambil sambal udang. Balik rumah, jamahlah sikit, uishhh.. sedap la.. taklah pulak tak sedap, hurmm.. dengki la agaknya orang tu. Cakap dengan Pak Inche, kalau tak okey, takkanlah Sis Lin selalu datang makan, huhu


Singgah gerai no 2 kot, ada Siput Gonggong, minta Pak Inche beli sekilo aje sebab dah lama tak makan. Balik rumah, lepas siap kemas semua ikan, terus kukus siput ni 15 minit, makan dengan sos cili thai, sedap, fresh siputnya tak de rasa laut langsung. Rasa macam tak cukup pun ada, hahahaha. Lain kali kena beli dua kilo la.. ahh.. tamak sangat nanti tak habis pulak. Siput ni bermusim, tak sentiasa ada, kat Pendas pun susah nak dapat ni


Lepas tu, Angah hantar kuah Laksa Johor. Kuah aje, nak makan punya pasal, terpaksa pergi kedai cari bahan Laksa Johor. Tapi ni tak cukup bahan, la.. pasal daun selasih tak ada di kedai, lobak asin pun lupa nak beli. Makan Laksa Johor ni tak bertambah memang tak sahlah, entah berapa cop laksa masuk perut pun tak tahu, LJ punya pasal, hahaha. Lepas hantar kuah, Angah terus balik sebab dia ada beberapa urusan lagi. Petang tu dia janji nak datang makan jemput-jemput. Kebetulan Cik Ani pun nak datang sebab Che Li nak gantikan paip mesin basuh dan tukarkan kunci pintu pagar yang patah pemegangnya. Memang kena harapkan Che Li jer la tukar, Pak Inche memang tak pandailah nak buat tu semua, dia bukan orang teknikal


Lupa pulak nak ambil gambar jemput-jemput. Sk letak jagung dan Cik Ani bawa udang geragau kemahen gemuk lagi geragaunya. Makan dengan sos cili aje sebab lada dah habis buat sambal belacan untuk LJ, hehehe. Aduh, tak menahan pulak tenung lama-lama laksa ni. Ni minggu depan Pak Inche dah request laksa negeri dia pulak, nak kena repeat jugak LJ ni nampaknya, Angahhhh.. tolonggggg..

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/cerita-hari-minggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sk Putrajaya Presint 8 Tutup 8 Hari

Sk Putrajaya Presint 8 Tutup 8 Hari

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 374 hits
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 diarah tutup 8 hari bermula hari ini hingga 16 Oktober Tinjauan Bernama mendapati notis berwarna merah arahan penutupan itu digantung di kedua dua pintu masuk ke kawasan sekolah itu Notis yang ditandat...
Keluarga Ran Berduka Ibunda Rayi Ran Meninggal Dunia Selang 5 Hari Setelah Ayah Nino Ran Berpulang

Keluarga Ran Berduka Ibunda Rayi Ran Meninggal Dunia Selang 5 Hari Setelah Ayah Nino Ran Berpulang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 324 hits
Duka tahun ini ternyata belumlah usai Semoga keluarga yang ditinggalkan senantiasa diberi banyak kesabaran dan kekuatan
Jika Muhyiddin Dijatuhkan Hari Ini Ada Pihak Lain Jatuhkan Anwar Esok

Jika Muhyiddin Dijatuhkan Hari Ini Ada Pihak Lain Jatuhkan Anwar Esok

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 264 hits
A zlan Abu Bakar KUALA LUMPUR Episod menukar kerajaan sedia ada dengan dakwaan mempunyai cukup majoriti kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu bukan langkah baik kepada negara apatah lagi ketika semua pihak sedang bergelut memerangi...
10 Lokasi Ditutup 5 Sekatan Jalan Raya Mulai Hari Ini Di Kawasan Klang

10 Lokasi Ditutup 5 Sekatan Jalan Raya Mulai Hari Ini Di Kawasan Klang

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 305 hits
Menurut laporan Harian Metro Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuatkuasa pada hari ini di Mukim Klang sehingga 23 Oktober 2020 Pihak polis melaksanakan lima sekatan jalan raya dan menutupi jalan di 10 lokasi Pelaksanaan itu telah ber...
Pos Malaysia Terap Norma Baharu Dalam Sambutan Hari Pos Sedunia Ke 51

Pos Malaysia Terap Norma Baharu Dalam Sambutan Hari Pos Sedunia Ke 51

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 433 hits
KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad menerapkan norma baharu dalam meraikan sambutan Hari Pos Sedunia ke 51 hari ini dengan melancarkan video khas yang mengetengahkan peningkatan sistem digitalnya serta ucapan terima kasih kepada barisan hadapa...
Kuarantin Wajib Masuk Sarawak Bermula Hari Ini

Kuarantin Wajib Masuk Sarawak Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 314 hits
KUCHING Bermula hari ini semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan Langkah mengawal penularan COVID 19 di negeri itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencan...
Walau Dah Berkali Nervous Tetap Ada Menanti Hari Isteri Fad Bocey Harap Bayi Lahir Tanggal 10 Oktober

Walau Dah Berkali Nervous Tetap Ada Menanti Hari Isteri Fad Bocey Harap Bayi Lahir Tanggal 10 Oktober

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 433 hits
Pengalaman melahirkan anak itu berbeza beza Walaupun sudah beberapa kali melahirkan anak namun perasaan gementar dan bimbang itu tetap ada Inilah yang dilalui oleh isteri pelawak dan pengacara Fad Bocey Nur Syahirah A Rahman yang kini sedan...
Kucing Juga Ada Perasaan Setiap Hari Selama Dua Tahun Ulang Alik Ke Kubur Tuannya

Kucing Juga Ada Perasaan Setiap Hari Selama Dua Tahun Ulang Alik Ke Kubur Tuannya

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 479 hits
Muhafandi Muhamad Hasimi Muhamad Sejak dua tahun lalu Nana akan duduk di sebelah kubur Allahyarham Ab Aziz setiap hari Gambar Astro AWANI NANA bukan nama seorang penyanyi atau jiran rumah kita Tetapi itulah panggilan manja untuk seekor kuci...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm