Kucing Juga Ada Perasaan Setiap Hari Selama Dua Tahun Ulang Alik Ke Kubur Tuannya
Muhafandi Muhamad, Hasimi Muhamad
Sejak dua tahun lalu, Nana akan duduk di sebelah kubur Allahyarham Ab Aziz, setiap hari - Gambar Astro AWANI NANA – bukan nama seorang ‘penyanyi’ atau jiran rumah kita
Tetapi, itulah panggilan manja untuk seekor kucing jantan yang tinggal di Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan
Kucing ini bukan baka Persia, tidak juga kucing ‘Scottish Fold’, malah jauh sekali baka kucing biru Rusia – yang mungkin menjadi ‘kegilaan’ ramai pengemar haiwan karnivor ini
Bukan soal baka kucing yang mahu kita perkatakan, namun kasih sayang haiwan ini kepada pemiliknya
Mungkin ramai dalam kalangan kita tahu kisah kesetiaan seekor anjing di Jepun bernama Hachiko – yang tidak jemu menunggu tuannya di stesen Shibuya, Tokyo selama hampir 10 tahun selepas kematian pemiliknya pada tahun 1925
Malah, kerajaan Jepun turut membina tugu di depan stesen tersebut sebagai mengenang haiwan itu
Di Malaysia, tidak mustahil kisah Nana boleh menjadi sehebat Hachiko
Sejak pemergian tuannya pada Julai 2018, setiap pagi si comel berwarna oren ini akan menziarahi pusara Allahyarham Ab Aziz Ismail yang terletak kira-kira lima meter dari rumah arwah
Tiada siapa yang dapat memahami apa yang terbuku di lubuk hati haiwan ini
Ia seolah-oleh memikul beban rindu yang sangat berat kepada Allahyarham Ab Aziz yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang
Lebih menyentuh hati, dalam tempoh tiga bulan pemergian arwah Ab Aziz, Nana dikatakan hilang selera makan – barangkali masih bersedih dengan kehilangan penjaganya itu
Hasnah berkata sepanjang hayat suaminya, Nana begitu manja dengan arwah Berkongsi cerita, isteri Allahyarham, Hasnah Che Amat, 68, berkata, selama 40 hari dari hari kematian suaminya, beliau sekeluarga akan ke kubur untuk membacakan Yasin
Biasanya, Nana akan sampai terlebih dahulu di kawasan kubur dan duduk di bahagian kepala kubur arwah
“Bermula dari situ kami lihat keajaiban kasih sayang Nana dan arwah suami. Malah, sehingga kini setiap pagi Jumaat, kami akan ziarah kubur, dia dah ada… dia ikut sekali
“Pada satu hari itu, saya balik sembahyang Subuh, masuk dapur dalam pukul 8 pagi. Nampak dia (Nana) naik atas rumah dalam keadaan basah
“Kadang-kadang, saya intai melalui tingkap, nampak dia (di kubur)… tak tahu pukul berapa ia pergi,” katanya
Nana selalu akan sampai terlebih dahulu di kawasan kubur dan duduk di bahagian kepala kubur arwah
Nana dijaga oleh keluarga itu sejak enam tahun lalu dan menjadi haiwan kesayangan Allahyarham Ab Aziz
Jelas Hasnah, sepanjang hayat suaminya, Nana begitu manja dengan Allahyarham dan setia menunggu kepulangan Ab Aziz di pagar rumah setiap kali arwah keluar menunaikan solat Subuh di masjid
Tambah ibu kepada lapan cahaya mata itu lagi, beliau tidak menyangka minat arwah suami memelihara pelbagai jenis haiwan, nyata mampu menunjukkan sesuatu yang luar biasa walaupun sudah pergi buat selama-lamanya
Keluarga Hasnah akan pergi melawat kubur Allahyarham Ab Aziz untuk membaca Yasin Selain menziarah kubur, kucing jantan baka tempatan ini turut menghabiskan masa di atas kereta peninggalan arwah Ab Aziz, selain buaian yang menjadi tempat kegemaran arwah
Kini, walaupun keluarga Hasnah hanya menziarahi kubur seminggu sekali, tetapi kucing jantan ini masih meneruskan rutinnya setiap pagi
Nana akan menghabiskan masa duduk di tepi kubur ataupun tidur di kawasan berkenaan. Begitulah gambaran besarnya kasih kucing ini kepada Allahyarham! Di sebalik peningkatan kes penderaan haiwan, semoga kisah Nana boleh dijadikan pengajaran kepada kita dan bukti bahawa kasih-sayang kepada makhluk ciptaan Tuhan adalah perlu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/kucing-juga-ada-perasaan-setiap-hari.html