Cara Tukar Kredit Estart Kepada Tunai
CARA TUKAR KREDIT eSTART KEPADA TUNAI (Cash Out RM150)
Kepada para belia yang layak menerima kredit eStart, jika anda memilih Touch n’ Go untuk menebus kredit eBelia berpeluang untuk tukar kredit ewallet kepada cash/tunai. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PROGRAM eSTART
Program eStart adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan. Salah satu inisiatif dari kKerajaan yang bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
KADAR BAYARAN eSTART
Sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun ewallet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
SYARAT KELAYAKAN eSTART
Terbuka kepada pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022.
CARA PERMOHONAN eSTART
Permohonan boleh dibuat melalui aplkiasi ewallet yang terlibat seperti:
Touch n Go eWallet
Boost
Grab Pay
BigPay
NOTA: Penebusan boleh dibuat sekiranya terdapat pengumuman oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.
CARA REGISTER TOUCH ‘n GO EWALLET
Berikut adalah Cara Daftar Touch n Go eWallet:
Muat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui
Google Playstore
Apple App Store
Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.
CARA CLAIM KREDIT eSTART RM150 MELALUI TNG EWALLET
Berikut adalah Cara Tebus Kredit eStart RM150 Melalui TNG eWallet:
Buka aplikasi TNG eWallet dan klik pada ikon eStart Credit.
Atau klik ikon Profile di penjuru kanan muka hadapan aplikasi.
Tekan butang Let’s Go.
Sila ambil gambar kad pengenalan anda depan dan belakang.
Ambil gambar selfie diri anda yang jelas.
Akaun Touch n Go eWallet anda akan diverifikasi dalam masa 48 jam.
CARA TUKAR KREDIT eSTART RM150 PEMERKASA KEPADA CASH/TUNAI
Kalau anda pengguna e-wallet Touch n Go, boleh ikut langkah demi langkah ini untuk cashkan.
Anda perlu ada dua aplikasi ini :
Aplikasi e-wallet Touch n Go
Aplikasi Shopee
LANGKAH 1 – Pastikan kredit bantuan berada dalam Touch n Go
LANGKAH 2 – Bukak aplikasi Shopee, dan klik pada bahagian ShopeePay
Bukak aplikasi Shopee dan klik dekat bahagian ShopeePay
LANGKAH 3 – Pilih atau masukkan jumlah berapa kita nak keluarkan.
Masukkan jumlah kredit yang kita nak cashkan
LANGKAH 4 – Klik Cash Payment at 7 – eleven. Bila dah comfirm payment, akan keluar 1 bar code terpapar di screen phone. Bawa telefon ke 7 eleven berdekatan dan minta mereka scan barcode tersebut. Tak sampai 5 minit ada yang dah berjaya masuk duit ke ShopeePay.
Klik Cash Payment at 7 Eleven dan Comfirm Payment
LANGKAH 5 – Bila akaun dah masuk ShopeePay, maksudnya sudah boleh di cash out. Cuma biasanya dari ShopeePay, akan ambil masa dalam 1-2 hari untuk clear.
Daripada ShopeePay ni boleh transfer to akaun bank kita. Kepada yang tak tahu macam mana, pastikan sudah link kan akaun bank kita dengan ShopeePay.
Klik Transfer untuk masukkan ke akaun bank kita. Tapi pastikan ShopeePay kita dah link kan dengan akaun bank.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan info lanjut tentang Touch n Go eWallet, sila layari https://support.tngdigital.com.my/
ARTIKEL LAIN
SHOPEEPAY(CARA REGISTER AKTIFKAN TOP UP EWALLET)
The post CARA TUKAR KREDIT eSTART KEPADA TUNAI (Cash Out RM150) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/estart-tunai.html