Cara Basuh Botol Yang Salah Punca Anak Cirit Birit Muntah


Walaupun telah dicuci bersih dengan menggunakan sabun, namun botol susu bayi masih lagi tidak bersih sepenuhnya jika tidak disteril. Bagaimanakah cara mensterilkan botol susu bayi yang betul?

Kepentingan mengetahui cara mensterilkan botol susu bayi
Setelah bayi atau anak kecil di rumah menghabiskan susu dalam botolnya, kita biasa mencuci botol susu bayi tersebut dengan menggunakan air dan juga sabun.
Namun, cara ini hanya menyingkirkan sebahagian besar bakteria dan sisa susu yang melekat pada botol tersebut.
Masih terdapat sebilangan kecil bakteria yang berada pada botol susu tanpa anda ketahui.
Oleh itu, botol susu bayi bukan hanya perlu dicuci dengan air bersih dan juga sabun, tetapi juga dengan menggunakan kaedah pensterilan.
Kaedah steril boleh membantu menghapuskan bakteria berbahaya secara total pada botol susu anak anda.
Antara masalah yang boleh dicegah melalui pensterilan botol susu bayi ialah:
#1. Gastroenteritis
Botol bayi yang tidak dicuci bersih atau disteril boleh menjadi tempat berkumpulnya penyakit yang boleh membahayakan bayi anda yang baru lahir. Salah satunya ialah gastroenteritis.
Gastroenteritis virus adalah komplikasi dalam usus yang sering mengakibatkan sakit perut, muntah, dan cirit-birit.
Bayi mungkin dijangkiti gastroenteritis daripada botol bayi yang tidak bersih.
Selain itu, bayi juga mungkin mendapat penyakit ini daripada individu yang dijangkiti yang mencemari botol susu mereka melalui sentuhan langsung atau daripada batuk dan juga bersin.
Oleh itu, botol susu anak anda amat perlu disteril setiap kali selepas digunakan.
#2. Menghapuskan tempat pembiakan bakteria
Botol bayi yang tidak disteril juga boleh menjadi habitat yang sesuai untuk bakteria berbahaya membiak.
Antara bakteria yang boleh membiak dalam botol susu anak anda ialah E.coli dan juga Salmonella.
Sekiranya ini berlaku, ia boleh berpindah ke mulut bayi jika anda hanya menggunakan air dan sabun untuk mencuci botol tersebut.
Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit kepada bayi anda seperti keracunan makanan dan muntah-muntah.
Salah satu sebab atau punca jangkitan bakteria dalam botol bayi anda adalah kebersihan yang buruk dan tabiat pencucian yang buruk.
Tambahan pula, botol bayi yang mengandungi susu ibu atau susu formula untuk tempoh yang agak lama sememangnya menjadi tempat bakteria membiak.
Jika anda tidak membersihkan botol si manja dengan kaedah pensterilan, ia boleh terdedah kepada organisma yang boleh membawa kepada penyakit berbahaya.
#3. Membunuh kuman dan juga virus
Botol bayi yang tidak dibersihkan dengan betul juga akan menarik kuman yang mungkin menyebabkan bayi jatuh sakit.
Virus hepatitis A dan rotavirus mungkin boleh menjangkiti botol bayi yang tidak bersih.
Ini kerana, kedua-dua jenis virus ini boleh berpindah kepada botol susu anak anda jika ia disanitasi dengan cara yang salah.
Untuk pengetahuan anda, virus hepatitis A boleh menjangkiti hati bayi anda, manakala rotavirus pula boleh menyebabkan dehidrasi dan cirit-birit.
Jangkitan virus-virus ini sangat kritikal dan boleh mengancam nyawa bayi anda.
Oleh itu, anda mesti membersihkan botol ini dengan teliti melalui pensterilan untuk mengelakkan masalah sedemikian daripada berlaku.
Cara mensterilkan botol susu bayi yang betul
Terdapat beberapa kaedah yang boleh diamalkan apabila anda mahu mensterilkan botol susu si manja.
Antaranya adalah melalui kaedah pendidihan, pensterilan bahan kimia, pensterilan wap dan juga pensterilan gelombang mikro.

#1. Cara mensterilkan botol susu: Kaedah pendidihan
Kaedah ini merupakan antara kaedah termudah dan biasa dibuat oleh ramai orang. Caranya ialah:
Masukkan botol, puting susu, getah dan juga penutup botol ke dalam periuk Penuhkan periuk dengan air sehingga menutupi kesemua barang tersebut Letakkan periuk di atas dapur dan didihkan air tersebut. Didihkan sekurang-kurangnya lima minit Tutup api dapur dan biarkan air sejuk seketika Keluarkan botol, puting susu, getah dan juga penutup botol dengan menggunakan penyepit Goncangkan sedikit untuk membuang sisa air Jangan lap barang-barang tersebut dan anda boleh terus menggunakannya. Jika tidak digunakan, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais #2. Cara mensterilkan botol susu: Pensterilan bahan kimia
Anda juga boleh menggunakan bahan antibakteria untuk membunuh kuman pada botol susu anak anda. Caranya ialah:
Jika anda membeli bahan antibakteria berbentuk cecair atau tablet, ikuti arahan pengilang seperti yang terdapat pada paket pembungkusan untuk mencairkan atau membancuhnya Rendam botol, puting susu, getah dan juga penutupnya ke dalam bancuhan antibakteria. Ikut waktu seperti yang disarankan oleh pengilang Keluarkan barang-barang tersebut daripada air rendaman dengan menggunakan penyepit Goncangkan sedikit untuk membuang lebihan air. Jangan lap botol susu tersebut Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais. Gunakannya dalam tempoh 24 jam selepas sterilisasi #3. Cara mensterilkan botol susu: Pensterilan wap
Pengewapan panas juga boleh digunakan untuk mensterilkan botol susu anak anda.
Pensterilan wap menggunakan sejenis alat automatik yang berfungsi ‘memasak’ botol susu anda pada suhu yang tinggi untuk membunuh kuman.
Caranya amat mudah, anda hanya perlu letakkan botol susu di dalam alat tersebut, masukkan air, dan tekan butang ‘On’.
Alat tersebut akan berhenti secara automatik apabila ia selesai mensterilkan botol susu.
#4. Cara mensterilkan botol susu: Pensterilan gelombang mikro
Alat ini lebih kurang sama sahaja seperti alat pensterilan wap, cuma ia dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Caranya:
Masukkan botol, puting susu, getah dan penutup botol ke dalam alat pensterilan Masukkan air ke dalam alat tersebut Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro Tetapkan masa antara 2 hingga 4 minit, atau mengikut arahan daripada pengilang alat pensterilan Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais. Gunakannya dalam tempoh 24 jam selepas sterilisasi Kredit: Hello Health

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Cara Basuh Botol Yang Salah Punca Anak Cirit-Birit & Muntah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-basuh-botol-yang-salah-punca-anak-cirit-birit-muntah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Kena Rotan Sekarang Dah Tak Boleh Didik Anak Ikut Zaman Contohi Cara Rasullullah

Dulu Kena Rotan Sekarang Dah Tak Boleh Didik Anak Ikut Zaman Contohi Cara Rasullullah

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 160 hits
Mendidik anak di zaman ini bukanlah satu tugas yang mudah untuk digalas Dalam dunia serba mencabar ditambah dengan kecanggihan teknologi hari ini menjadikan tugas kita sebagai mak dan ayah bertambah payah Anak mengamuk tidak dengar kata dan...
Punca Bau Badan Dan Cara Mengatasinya

Punca Bau Badan Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 205 hits
Adalah semula jadi untuk badan mengeluarkan peluh yang boleh menyebabkan bau badan terutamanya jika anda menjalani gaya hidup yang aktif dan tinggal di negara beriklim tropika yang panas Tetapi tahukah anda bahawa bau badan juga boleh diseb...
Anak Buat Salah Tegur Sikit Sikit Kita Back Up Itu Yang Jadi Anakku Sazali

Anak Buat Salah Tegur Sikit Sikit Kita Back Up Itu Yang Jadi Anakku Sazali

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 195 hits
Cabaran membesarkan anak hari ini memang banyak Dengan pelbagai pengaruh media sosial dan persekitaran ibu bapa harus lebih cakna dan tidak boleh serah bulat bulat pada anak Biarlah orang cakap kita tak percaya anak daripada kita menyesal k...
Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 229 hits
Malam ini pasti ada mak ayah yang masih lagi mencuba pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa esok hari Berpuasa tidak memerlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan a...
5 Cara Cegah Jangkitan Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih

5 Cara Cegah Jangkitan Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 312 hits
5 Cara Cegah Jangkitan Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih MEMBUANG air besar atau kecil sepatutnya menjadi rutin setiap individu supaya dapat menjalani kehidupan dengan normal dan sihat Bagi yang gemar menahan kenci...
Sakit Belakang Masa Mengandung Ini Punca Cara Atasi Ibu Hamil Kena Peka

Sakit Belakang Masa Mengandung Ini Punca Cara Atasi Ibu Hamil Kena Peka

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 207 hits
Wanita mengandung akan mengalami macam macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi Lebih lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi Dari awal mengandung dengan alami alahan set...
Atasi Masalah Kulit Anak Anak Dengan Mengamalkan Cara Pemakanan Yang Sihat

Atasi Masalah Kulit Anak Anak Dengan Mengamalkan Cara Pemakanan Yang Sihat

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 231 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi sekalian Cuti sekolah telah pun bermula So apa perancangan ibu bapa untuk memenuhi masa lapang anak anak waktu cuti nie Mesti ana...
Kuatkan Sistem Imuniti Anak Dengan Cara Ini Barulah Tak Susah Hati Lagi

Kuatkan Sistem Imuniti Anak Dengan Cara Ini Barulah Tak Susah Hati Lagi

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 149 hits
Dalam kehidupan norma baharu sangat penting untuk mama papa lebih peka terhadap kesihatan anak anak Kalau dahulu mungkin kita tak kisah anak bermain di luar rumah tetapi sekarang sudah sedikit paranoid kerana virus Covid 19 ada di mana mana...
Tak Ada Drama Air Mata Anak Jadi Seronok Pergi Sekolah Ini Cara Negara Jepun Main Psikologi Anak

Tak Ada Drama Air Mata Anak Jadi Seronok Pergi Sekolah Ini Cara Negara Jepun Main Psikologi Anak

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 203 hits
Setiap kali memasuki sesi persekolahan baru ada anak anak kecil kita yang menangis dan hal ini sudah menjadi kebiasaan di negara kita Walaupun sekolah sudah memasuki minggu ke tiga namun masih ada anak kecil kita yang masih lagi menangis di...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa