Cara Buat Stok Bahan Kisar Tahan 3 Bulan Tak Berkulat Jimat Masa Di Dapur


Kerja ibu memasak di dapur lebih mudah dan cepat bila semua bahan asas masakan dah tersedia. Jika semuanya dah ada dalam 30 minit pun boleh selesai. Cumanya jika tiap kali nak masak baru nak kupas bawang, fikir nak buat apa, itu yang ambil masa sikit.
Memandangkan bulan Ramadan dah hampir, kaum ibu sebolehnya nak sediakan masakan dengan air tangan sendiri dan lagi puas tengok seisi keluarga menikmatinya. Jadi untuk menjimatkan masa, bahan asas seperti bawang, halia kisar, cili kering, dan sebagainya sebaiknya disediakan awal.
Bagi menjimatkan masa ibu, berikut dikongsikan cara Cik Dayang Zuhaila yang menyediakan stok bawang kisar, halia dan cili kering yang boleh tahan sehingga 3 bulan. Terlajak mudah!

CARA BUAT & SIMPAN STOK BAHAN MASAKAN TAHAN 3 BULAN
Tips simpan stok bawang blender tahan 3 bulan. Bulan puasa dah nak dekat kan. Jom saya nak share sikit cara-cara saya simpan cabai bawang halia bagi tahan lama.
Senang la bila nak masak lauk pauk, mee goreng, bihun goreng, dan keuytiaw. Terus cedok sahaja. Tak payah susah-susah nak kupas bawang 2-3x. Sebab tu kalau tetamu datang rumah saya, kejap sahaja saya masak. Wajib simpan dalam peti ais ya.
Cara penyediaan:
1. CILI KISAR

Gunting cili kering kecil-kecil lebih kurang 1 inci lepas itu buang biji cilii tu. Rebus cili tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.
Lepas tu tapis bilas dengan air. Masukkan cili dalam blender. Blend sambil masuk air bertapis sikit sekadar bagi blender tu boleh berputar sahaja.
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cili ni tau.
2. BAWANG BESAR KISAR

1 kilo bawang besar dan hiris kecil-kecil tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak air sahaja pun boleh. Pastikan sedikit saja air tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus-halus.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais. Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.
3. BAWANG PUTIH KISAR

Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecil-kecil. Blender bawang bersama air bertapis. Anggaran air adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.
4. HALIA KISAR
Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecil-kecil. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar. Blender halia dengan sedikit air.
Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis. Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.

*Tips penting untuk lebih bertahan lama. Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campur lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO!
Kalau nak guna cili, cedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing untuk elakkan cepat berkulat.
Kredit: Facebook Cik Dayang Zuhaila

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post Cara Buat Stok Bahan Kisar Tahan 3 Bulan, Tak Berkulat. Jimat Masa Di Dapur! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-buat-stok-bahan-kisar-tahan-3-bulan-tak-berkulat-jimat-masa-di-dapur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahan Kisar Asyik Berkulat Ini Petua Simpan Cili Bawang Kisar Supaya Tahan Lama

Bahan Kisar Asyik Berkulat Ini Petua Simpan Cili Bawang Kisar Supaya Tahan Lama

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 178 hits
Setiap kali buat stok bahan kisar mesti tak tahan lama Mula lah berkulat dan permukaan bahan kisar putih dan tak cantik Kadang kadang baunya pun tak enak Entah mana silapnya Sebenarnya ada petua yang mama boleh ikut untuk pastikan bahan kis...
Tak Perlu Jemur Beras Tahan Lama Simpan Ikut Cara Ni Tahan Sampai 6 Bulan

Tak Perlu Jemur Beras Tahan Lama Simpan Ikut Cara Ni Tahan Sampai 6 Bulan

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 177 hits
Adakalanya beras yang tersimpan lama akan membuatkan beras jadi tidak elok Beberapa petua boleh dicuba untuk menyimpan beras lebih lama namun tip yang satu ini anda wajib cuba Boleh tahan sampai enam bulan hingga satu tahun Tak perlu dijemu...
Petua Cili Kisar Tahan Lama Dan Tidak Berkulat

Petua Cili Kisar Tahan Lama Dan Tidak Berkulat

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 158 hits
Bahan Bahannya 400 gram Cili Kering 3 Labu Bawang putihAir tapisCara Membuat Potong cili kering dan kupas bawang putih cuci bersih bersih Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu Kemudian toskan tak perlu basuh lagi ye c...
Tak Perlu Sental Lebih Dapur Berkilat Dengan Dua Bahan Ni Macam Baru

Tak Perlu Sental Lebih Dapur Berkilat Dengan Dua Bahan Ni Macam Baru

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 173 hits
Melihat dapur berkerat yang tidak sempat dibersihkan buat rasa tidak semangat untuk memasak di dapur Sebenarnya hendak menghilangkan kotaran dan kerak kerak lama dapur tidaklah sesukar mana Tip mudah yang dikongsikan pengguna Tik Tok qiqi72...
Cara Check Tong Gas Dapur Bocor

Cara Check Tong Gas Dapur Bocor

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 421 hits
Cara Check Tong Gas Dapur Bocor Kejadian gas dapur berbunyi sewaktu aku cuba pasang tong gas baru baru baru ni jadi an eye opener untuk aku supaya lebih berhati hati terutama melibatkan bahan mudah terbakar Kisahnya aku beli tong gas baru m...
Cek Fakta Hoaks Cara Ini Bisa Hemat Listrik Untuk 1 Bulan

Cek Fakta Hoaks Cara Ini Bisa Hemat Listrik Untuk 1 Bulan

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 263 hits
Faktanya dalam tips yang beredar pengguna listrik diminta untuk menggeser saklar biru atau MCB ke arah kiri atau dari posisi hidup ke mati Karena jika itu dilakukan arus listrik otomatis putus atau mati listrik
Siap Sedia Stok Pati Kurma Untuk Sahur Paling Senang Nak Buat Perut Tahan Sampai Berbuka

Siap Sedia Stok Pati Kurma Untuk Sahur Paling Senang Nak Buat Perut Tahan Sampai Berbuka

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 180 hits
Tak cukup lengkap Ramadan kali ini tanpa buah kurma yang menghiasi meja ketika berbuka Bukan hanya sebagai pembuka selera bahkan kurma punya khasiat yang tinggi untuk membuatkan perut selesa ketika berpuasa Salah satu resipi simple tapi kre...
Niat Fokus Jaga Anak Oku Cara Ibu Ni Masak 22 Jenis Stok Lauk Berbuka Siap Siap Memang Power

Niat Fokus Jaga Anak Oku Cara Ibu Ni Masak 22 Jenis Stok Lauk Berbuka Siap Siap Memang Power

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 170 hits
Bukan calang calang Malah bukan mudah untuk seorang ibu menyediakan menu di dapur apatah lagi menyediakan juadah berbuka puasa untuk anak anak dengan jumlah menu yang banyak setiap hari Tidak mahu terbeban untuk memasak di bulan puasa ditam...
Paling Tak Selesa Bila Pedih Ulu Hati Masa Hamil Ini Cara Nak Atasi Doktor Kongsikan

Paling Tak Selesa Bila Pedih Ulu Hati Masa Hamil Ini Cara Nak Atasi Doktor Kongsikan

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 193 hits
Pedih ulu hati ketika hamil adalah normal tapi rasa tersebut membuatkan ibu tidak selesa dan resah Menurut Hello Doktor Lebih separuh daripada wanita hamil merasai simptom pedih ulu hati yang teruk terutamanya semasa trimester kedua dan ket...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue