Cara Terbaik Untuk Dapatkan Pembaca Setia Blog Yang Ramai
Cara Terbaik Untuk Dapatkan Pembaca Setia Blog Yang Ramai | Sebagai seorang penulis (blogger), mempunyai ramai pembaca setia merupakan salah satu impian yang sangat didoakan. Yelah, siapa tak suka jika apa yang ditulis ada ramai orang membacanya kan? Daku sendiri mahukan perkara yang sama. Apabila berjaya menarik pembaca ke blog maka secara tidak langsung ianya juga dapat hasilkan trafik yang tinggi untuk blog.
Makin happy jika si pembaca telah follow baca hasil penulisan kita sejak awal mula berblogging lagi. Inilah yang dikatakan pembaca setia yang senantiasa sudi datang ke blog kita untuk baca dan tinggalkan komen.
Di sini, daku akan kongsikan beberapa tips yang telah daku gunapakai untuk blog ini. Ia boleh dianggap sebagai blogging tips for beginners or blogging tips and tricks. Tak kisahlah nak panggil apa, yang penting tips ni boleh dijadikan panduan kepada blogger untuk elak pembaca setia lari. Ia juga boleh dijadikan sebagai kaedah untuk elak pembaca boring hingga tak nak baca entry yang lain lagi pada blog kita.
5 Cara Terbaik Untuk Dapatkan Pembaca Setia Blog Yang Ramai
1. Banyakkan Menulis Dengan Topik Yang Khusus Maksud menulis entry dengan khusus ini adalah hala tuju blog itu sendiri. Si penulis nak dikenali sebagai blogger yang bagaimana sebenarnya? Sebagai contoh daku lebih suka berkongsi tentang 'gaya hidup seorang ibu dan surirumah masa kini' maka kerana itu blog ini menekankan pelbagai info mengenai ibu dan wanita dengan gaya hidup yang suka menjaga anak, memasak, menulis dan melancong. Dalam bahasa yang lebih muda blog ini berkaitan dengan lifestyle.
Maka hampir 90% blog ini berkisarkan tentang kisah, tips dan info yang ada kaitan dengan gaya hidup seorang ibu dari masa mengandung, bersalin, menjaga baby, melancong bersama anak dan sebagainya.
2. Tulis Entry Berkaitan Yang Bermanfaat Setelah tahu blog tersebut berkaitan apa maka bolehlah mula menulis dengan memberikan entry-entry yang bermanfaat. Kata orang, bila nak share tu tulislah dengan tujuan untuk memberikan info. Bukannya sekadar tulis main-main hinggakan tiada isi langsung di dalamnya. Tolong jangan buang masa pembaca.
3. Gunakan Bahasa Yang Elok Di Dalam PenulisanPercaya ataupun tidak setiap ayat yang ditulis tu boleh melambangkan identiti si penulisnya. Ini kerana kebanyakan penulis akan menggunakan gaya penulisan yang dia selesa supaya idea untuk menulis itu sentiasa datang. Untuk blog ini contohnya, ganti diri dengan perkataan 'daku' digunakan kerana ia dapat membuatkan gaya penulisan terasa lebih santai dan lebih dekat dengan diri si pembaca.
4. Beri Reaksi Pada Komen Bila Ada Masa Terluang Si pembaca kebanyakkannya mempunyai akaun Google dan ini menyebabkan mereka boleh tinggalkan komen di blog kita. Maka apabila ada masa yang terluang bolehlah reply pada komen yang ditinggalkan itu sebagai salah satu cara komunikasi secara dua hala.
5. Letakkan 'Contact Form' Supaya Mudah Dihubungi PembacaContact form ini penting kerana ada juga pembaca yang lebih suka hubungi penulis secara peribadi melalui email berbanding meninggalkan komen di ruangan blog. Daku sendiri alhamdulillah dah dapat banyak email yang dihantar terus oleh pembaca melalui contact form ini.
Ada yang hantar email tanda salam perkenalan, ada yang ucap tahniah, ada yang bertanyakan soalan dan banyak lagi. Bila dapat ucapan tahniah dan sebagainya tu terasa happy betul! Hilang juga rasa risau bila dapat tahu ada yang suka baca dari masa ke semasa.
Antara Sebab Mengapa Pembaca Boleh Rasa Boring Untuk Baca Blog Lebih Lama
Ini pula antara sebab mengapa pembaca boleh rasa boring dan tak nak kembali lagi sebagai salah seorang pembaca blog. Daku tulis ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan perkongsian orang lain yang pernah hadapi masalah ini. Antara sebab-sebab tersebut adalah seperti :
tulisan blog terlalu kecil hingga sukar untuk di bacatulisan blog nampak kabur dengan penggunaan warna yang kurang sesuaiwarna blog terlalu terang hingga menyakitkan mataartikel yang di tulis tidak menarikbahasa penulisan boleh datangkan kemarahan gaya penulisan terlalu formal bagaikan sedang membaca buku teks sekolah rendah
Baca Juga : Servis Review Produk Di Blog & Cara Untuk Menulisanya
Bagaimana Untuk Tahu Sama Ada Blog Kita Okay Atau Boring?
Caranya mudah saja. Tulis, publish kemudian baca semula selaku seorang pembaca blog. Baca setiap baris tanpa skip kemudian lihat reaksi diri sendiri. Best atau tidak? Boring atau tidak? Mudah di baca atau tidak? Jika jawapannya adalah okay, best dan tak boring.... maka itulah juga yang dirasakan oleh si pembaca.
Tetapi jika diri sendiri semasa baca tu ada rasa tak sanggup, rasa boring, rasa mengantuk maka ada baiknya ambil tindakan untuk cuba perbetulkan lagi mutu persembahan blog itu dari masa ke semasa.
Bagaimana Untuk Berikan Bacaan Yang Berbeza Walau Dari Topik Yang Sama?
Katakan kalian tulis blog mengenai RESEPI maka fokuskan pada artikel yang berkaitan dengan DUNIA MASAKAN dan DAPUR.
Antara yang boleh dihighlightkan adalah seperti :- Resepi- Petua dapur- Barangan peralatan memasak- Dekorasi dapur- Cara hiasan makanan dan lain-lain lagi
Jika lihat di sini, meskipun ianya adalah blog dengan tujuan untuk share resepi tetapi dalam masa yang sama ia dapat juga beri info dan sebagainya.
Baca Juga : Seronokkah Kerja Menulis Blog?
Bagaimana Untuk Elakkan Pembaca Boring Tanpa Perlu Abaikan Famili?
Kita boleh up artikel secara berselang seli. Dalam erti kata lain tidaklah setiap hari asyik baca topik resepi saja semata-mata. Terpulang bagaimana kalian ingin susun artikel tersebut untuk muncul di dada blog. Jika terlajak rajin kalian boleh buat posting yang berbeza setiap hari. Sebagai contoh,
ISNIN - Share resepiSELASA - Share tentang petuaRABU - Share tentang barangan peralatan memasakKHAMIS - Share tentang dekorasi dapurJUMAAT - Share tentang cara hias makanan
Sabtu dan Ahad, hari untuk bersama famili maka tidak akan ada sebarang entry. Total semuanya adalah sebanyak 5 entry seminggu.
Itu cara orang yang rajin dan banyak idea untuk menulis. Bagi yang kekurangan idea dan hanya ada koleksi resepi saja yang banyak. Maka boleh banyakkan resepi dan selangkan sekali sekala dengan salah satu topik lain. Contohnya....
ISNIN - share tentang resepiRABU - share tentang topik lain.KHAMIS - share tentang resepi lagiSAB - share tentang topik lain
Jumlah semuanya 4 entry seminggu.... manakala ada 3 hari free untuk fokus bersama dengan famili.
Baca Juga : Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik & Visitor Pada Blog
Bila Dah Ada Ramai Pembaca Setia Boleh Hargai Mereka Dengan Hadiah
Setelah ada ramai pembaca setia bolehlah harga mereka dengan pemberian hadiah. Cara paling mudah dengan adakan contest dan juga dengan memilih pemberi komen terbanyak bagi setiap bulan. Pembaca tentu happy bila dapat hadiah tanda terima kasih kerana sudi singgah dan baca.
Itulah serba sedikit info berkaitan dengan cara terbaik untuk dapatkan pembaca setiap blog yang ramai. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit sebanyak info pada mereka yang memerlukan. Jom sama-sama kita teruskan usaha dan doa bagi mendapatkan lebih ramai pembaca ke blog masing-masing.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sishawa.com/2019/09/cara-terbaik-untuk-dapatkan-pembaca-setia-blog.html