10 Cara Buat Duit Dengan Blog Cara Keempat Dah Berikan Saya Ribuan Ringgit


Adakah anda masih lagi mencari-cari cara untuk buat duit di internet yang tidak scam dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu menjadi seorang genius dalam bab komputer?
 
Saya cadangkan, anda cubalah buat duit dengan menjadi seorang penulis blog.

Melalui kerja-kerja penulisan di blog, anda boleh wujudkan pelbagai jenis pendapatan dan sekurang-kurangnya terdapat 10 cara untuk anda jana pendapatan dari blog anda.
 
Kerjanya? Mudah sahaja. Tulis artikel. Sudah tentu, sebelum kita nak menulis sesuatu artikel, kita tak boleh nak tulis secara sembarangan.
 
Kalau artikel yang bakal kita tulis berkaitan dengan fakta, sama ada fakta sejarah, atau fakta sains, sudah pasti kita perlu luangkan sedikit masa untuk buat pembacaan bagi memastikan fakta yang kita siarkan itu tidak silap.
 
Bercakap tentang menulis artikel di blog, untuk pengetahuan anda sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya 12 jenis artikel yang anda boleh tulis, bagi memudahkan anda buat duit melalui blog. Kalau jenis artikel yang pertama terlalu susah bagi anda, boleh fokus kepada jenis artikel yang kedua, dan seterusnya.
 
Saya harap, selepas anda membaca perkongsian saya ini, anda akan terus mulakan blog anda yang pertama dan seterusnya mula menjana pendapatan melalui blog anda juga. Justeru, tanpa buang lebih banyak masa, ini dia 10 cara untuk anda buat duit dengan blog.

 
(1) Buat duit menerusi blog dengan menyiarkan iklan CPC atau CPM CPC merujuk kepada istilah Cost Per Click. Adakalanya ia juga dikenali dengan nama PPC atau Pay Per Click. Jika anda jumpa istilah CPC dan PPC, ia merujuk kepada perkara yang sama.
 
Anda perlu siarkan iklan sama ada jenis text, atau banner dalam blog anda. Kedudukan iklan biasanya sama ada di sidebar, header ataupun dalam artikel yang ditulis.
 
Anda akan menerima bayaran setiap kali pelawat menekan klik pada banner yang anda siarkan. Kadar upah adalah berbeza-beza untuk setiap banner yang anda siarkan, namun konsepnya ialah lagi banyak klik yang anda terima, lagi tinggi kadar upah yang boleh anda hasilkan.
 
Istilah CPM merujuk kepada Cost Per Miles. Pengiklan akan membayar anda mengikut kadar berapa banyak jumlah views yang melihat iklan yang anda siarkan di laman blog anda. CPM juga ada kalanya dipanggil Cost Per 1,000 impressions.
 
Untuk blog yang tinggi trafiknya, peluang untuk buat duit melalui kaedah ini memang sangat baik.
 
Cadangan program untuk anda sertai adalah Program Pengiklanan Google Adsense.
 

Program pengiklanan Adsense adalah antara yang terbaik dan In Shaa Allah siapa yang diterima masuk dalam program ini pasti boleh buat duit dengan blog miliknya.
 
Google Adsense ada macam-macam jenis iklan yang menarik yang pastinya relevan dengan pelbagai niche dan kategori blog.
 
Kalau blog anda tentang percutian, menerusi program Adsense ada banyak iklan yang berkaitan dengan percutian.
 
Konsepnya ialah, iklan anda akan lebih mudah dapat klik kalau iklan yang disiarkan relevan dengan konten blog. Anda nak belajar cara buat ratusan dollar sebulan dengan Google Adsense? Ada trik dan strateginya. Download panduan ini selagi masih ada.
 
Anda rasa anda tak perlukan panduan? Its okay.

Anda boleh terus ke pautan ini https://www.google.com/adsense/start/ untuk membuat permohonan bagi menyertai program pengiklanan Google Adsense.
 
(2) Jual ruang iklan di blog anda Kalau dalam contoh sebelum ini, saya cadangkan anda siarkan iklan-iklan dari Google, kali ini anda dapatkan individu yang minat nak siarkan banner iklan perniagaan mereka di blog anda.
 
Sama ada nak siarkan iklan banner di header, sidebar, dalam artikel atau mana-mana bahagian yang dirasakan sesuai.
 
Anda boleh tetapkan kadar sewa yang anda rasakan munasabah. Misalnya
RM100 untuk 30 hari
RM250 untuk 90 hari
 
Jumlah ini boleh dinaikkan lagi kepada satu angka yang lebih besar, jika laman blog milik anda memang mempunyai trafik yang sangat besar.
RM3,000 untuk 30 hari
RM8,000 untuk 60 hari
 
Pengiklanan seperti ini boleh bersifat one-off, ataupun boleh diperbaharui. Biasanya pengiklan yang puas hati dengan hasil yang diterima tak ada masalah untuk perbaharui iklan yang disiarkan dalam blog.
 
(3) Servis menulis iklan Advertorial untuk pelanggan atau Sponsored Post Sebelum ini iklan yang kita siarkan adalah dalam bentuk banner sahaja. Kalau dalam konteks advertorial atau sponsored post, keseluruhan isi kandungan blogpost yang kita siarkan adalah iklan.
 
Pengiklanan jenis advertorial memberi kelebihan kepada pelanggan sebabnya artikel iklan yang dihasilkan oleh penulis blog lazimnya akan disenaraikan di enjin carian Google untuk satu tempoh masa yang lama.

Contohnya seperti screenshot diatas. Artikel ditulis pada tahun 2017, dan sehingga ke hari ini (2019), artikel tersebut mengungguli halaman pertama hasil carian google bagi kata kunci “homestay berdekatan Airport Langkawi”.
 
Jadi, mana-mana pengguna internet yang mencari homestay di Langkawi yang berdekatan dengan lapangan terbang Langkawi, pasti akan temui artikel saya dan membaca iklan yang saya hasilkan untuk pelanggan saya.
 
Untuk menawarkan servis penulisan seperti ini, setahu saya tiada sebarang bayaran minima yang anda perlu tetapkan. Anda boleh caj pelanggan anda yang minat nak iklan di blog anda dengan kadar bayaran RM20, RM35, RM50, RM100 atau apa-apa jumlah yang anda rasakan munasabah.
 
Walaubagaimanapun, saya syorkan anda letakkan kadar upah sekurang-kurangnya RM100 untuk satu artikel. Jumlah ini tidaklah terlalu mahal sebenarnya, kalau nak bandingkan dengan manfaat yang bakal diperolehi oleh bakal pelanggan.
 
Sponsored post atau advertorial ini juga adakalanya dipanggil juga dengan servis menulis artikel review. Sebenarnya banyak manfaat menulis artikel review kepada para pemilik perniagaan, tapi itu la.. mungkin kesedaran tu masih diperingkat yang sangat rendah, jadi mereka tidak begitu ambil kisah tentang servis review ini.
 
Agaknya pemilik bisnes ni tak tau, ada golongan pelanggan yang akan mencari review dulu sebelum setuju nak beli sesuatu barang. Tak apa, yang itu mungkin kita boleh bincangkan dilain masa.
 
Saya juga sudah beberapa kali menulis artikel jenis review untuk para pelanggan saya. Apa yang bestnya ialah, kalau review produk biasanya kita akan diberikan produk tersebut, boleh guna dan selepas itu baru tulis artikel.
 
Produk tu pula, kadang-kadang kita boleh simpan terus dan jadi milik kita. Ada juga pemilik produk yang akan minta kita pulangkan balik. Jadi kat sini, semuanya bergantung kepada persetujuaan bersama sebelum nak mulakan kerja.
 
Saya suka tulis artikel review untuk homestay, resort dan sebagainya. Saya boleh pergi bercuti, tak perlu risau nak bayar kos penginapan dan pada masa yang sama, dapat upah lagi.
 
Bila dah balik bercuti, barulah saya mula menulis artikel review. Saya pasti artikel review yang saya pernah hasilkan telah menyumbangkan sales ribuan ringgit kepada pemilik bisnes yang saya review.
 
(4) Sertai Program Affiliate dan masukkan link affiliate dalam artikel yang anda tulis Program affiliate adalah satu lagi kaedah yang bagus untuk buat duit melalui blog. Memandangkan saya dah banyak kali bercerita tentang program affiliate dalam blog ini, saya tak akan tulis dengan panjang lebar disini.
 
Saya syorkan anda rujuk artikel saya yang sebelum ini.
(1) Buat duit dengan Program Affiliate – Apa yang anda perlu tahu?
(2) Ciri-ciri program affiliate yang PERFECT untuk anda sertai
(3) Senarai program affiliate yang menawarkan komisen bertingkat-tingkat
 
Program affiliate adalah PERCUMA untuk disertai. Anda boleh join seberapa banyak program affiliate yang anda mahu. In Shaa Allah, asalkan anda rajin update blog, rajin menulis artikel dan masukkan link-link affiliate yang relevan dengan topik artikel yang anda tulis, anda berpeluang untuk jana pendapatan dari program affiliate.
 
Tak pandai nak buat jualan pun tak ada masalah. Dalam program affiliate ini, peranan kita bukanlah untuk buat jualan, sebaliknya lebih kepada memberikan trafik kepada halaman jualan.
Baca penerangan disini: Langkah mudah buat duit dengan Affiliate Marketing
 
Cadangan Program Affiliate untuk anda sertai Saya akan berikan beberapa cadangan program affiliate untuk anda join dibawah ini. Namun, diluar sana ada banyak lagi program yang anda boleh sertai. Apa yang saya kongsikan disini adalah program yang saya sendiri sertai.
 
Program affiliate ini kita boleh kelaskan kepada tiga jenis, iaitu jenis affiliate network, private affiliate program dan juga ecommerce. Penerangan beserta dengan contoh ada saya berikan dibawah.
 
Affiliate Network Affiliate network merupakan sebuah syarikat yang mengendalikan pelbagai program affiliate dalam satu platform. Anda hanya perlu daftar sekali sahaja dan seterusnya anda boleh promosikan pelbagai jenis produk melalui sistem affiliate yang mereka bangunkan.
(1) Klikjer [daftar disini]
(2) Involve Asia [daftar disini]
(3) OrderSini [daftar disini]
 
Private Affiliate Program Program affiliate jenis ini dikendalikan oleh orang perseorangan, ataupun syarikat.
(1) OnPay
(2) Adhance [daftar disini]
(3) Visondata [daftar disini]
 
E-commerce/ Marketplace Affiliate Program Laman web jenis e-commerce juga banyak yang menawarkan program affiliate. Jika anda gemar mempromosikan pelbagai jenis produk, boleh sertai program affiliate yang ditawarkan oleh laman web ecommerce.
(1) Program Affiliate Shopee [maklumat lanjut disini]
(2) Program Affiliate Lazada [daftar disini]
(3) Program Affiliate Zalora [daftar disini]
(4) Program Affiliate Agoda [daftar disini]
(5) Program Affiliate Bookcafe [daftar disini]
 
Ya, ada terlalu banyak program affiliate yang anda boleh sertai. Saya rasa kalau anda target RM100 – RM500 income dari setiap program affiliate yang saya senaraikan disini, anda sudah boleh menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan.
 
Tapi.. betul ke boleh dapat bayaran dari program Affiliate? Sudah pastilah boleh. Lihat antara bukti pembayaran yang saya terima dari program affiliate.


Kalau nak dapat banyak payment dari program affiliate, formulanya kena rajin update blog. Banyakkan menulis artikel-artikel yang berkaitan dengan program atau produk affiliate yang anda ingin promosikan tu.
 
In Shaa Allah anda juga boleh hasilkan pendapatan yang lumayan.
 
(5) Jual produk digital yang anda hasilkan sendiri melalui blog Produk digital sama ada dalam bentuk ebook, rakaman video, rakaman audio, software, plugin dan sebagainya.
 
Jika anda sudah menulis blog untuk satu tempoh masa yang agak lama, mungkin lebih dari dua tahun, artikel-artikel dalam blog anda boleh disusun semula dalam bentuk ebook. Kemudian jual. Ini boleh jadi satu sumber pendapatan kepada anda.
 
Sama ada anda nak jual ebook tersebut terus melalui laman blog anda, ataupun anda boleh jual melalui Shopee.

Kelebihan menjual melalui Shopee ni ialah anda memudahkan pelanggan untuk buat pembayaran kerana pelanggan Shopee boleh buat bayaran melalui bank transfer, kad kredit, kad debit dan kalau nak bayar cash pun boleh.
 
(6) Buat duit dengan menjual keahlian eksklusif kepada mereka yang minat membaca konten premium yang anda hasilkan Konsep dia ialah laman web keahlian.
 
Anda perlu ubah setting blog anda kepada private dan hanya mereka yang membayar yuran keahlian sahaja yang boleh baca blog anda.
 
Ada plugin khas yang anda perlu gunakan untuk membina laman blog berkonsepkan keahlian. Salah satu yang saya boleh cadangkan untuk anda guna adalah Worpress Membership Plugin – WP eMember.
 
Plugin ini memudahkan anda untuk bina laman web jenis keahlian. Anda boleh kawal selia siapa yang boleh baca blog anda dan siapa yang tak boleh baca. Kalau anda nak tetapkan sistem keahlian mengikut masa juga boleh.
 
Contohnya siapa yang nak jadi member kena bayar yuran sebanyak RM30 untuk 30 hari. Selepas 30 hari, keahlian akan expired dan ahli tersebut akan kehilangan akses terhadap blog anda. Setelah dia buat bayaran renew baru boleh baca blog anda.
 
Itu konsep buat duit melalui membership website. Ya, saya tahu bukan semua orang mampu untuk membina laman web membership yang menguntungkan. Anda perlu mempunyai satu konten yang sangat bernilai barulah orang berani untuk menjadi ahli berbayar di laman web anda.
 
(7) Jual produk fizikal melalui blog anda Kalau tadi saya cerita tentang jual produk digital, kali ini saya nak cerita tentang peluang jual produk fizikal pula. Boleh laku ke barang yang kita jual melalui blog kita?
 
“Kenapa tidak?”
 
Kita menjual kepada pembaca dan pengikut setia blog kita. Kalau mereka yang baru kali pertama menemui blog kita, mungkin dia rasa kurang yakin nak beli barang dari kita.
 
Tapi berbeza keadaannya kalau kita cuba untuk jual kepada pengikut dan pembaca setia blog.
 
(8) Jual servis melalui blog Jual servis melalui blog juga adalah satu lagi kaedah yang anda boleh lakukan untuk buat duit melalui blog anda. Penjualan servis ini berkait rapat dengan apa kemahiran dan skil yang anda miliki.
 
Kalau anda mempunyai kemahiran dalam bidang design, anda boleh jual servis design logo, design t-shirt dan sebagainya.
 
Jika anda ada kemahiran dalam bidang pemasaran, boleh jual servis pemasaran.
Jika anda ada kemahiran menulis, anda boleh tawarkan servis penulisan.
Jika anda ada kemahiran dalam bidang programming, bolehlah jual servis yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.
 
Andai kata anda seorang yang suka terlibat dalam aktiviti seperti menjadi konsultan, business coach dan sebagainya, satu hari nanti anda boleh lancarkan bisnes seperti itu dan dapatkan pelanggan melalui blog yang anda tulis.
 
(9) Buat blog dan jual Pada peringkat permulaan, anda perlu bina blog seperti biasa. Masukkan konten, dapatkan trafik yang stabil untuk masuk ke blog.
 
Seterusnya apabila blog anda sudah mempunyai kedudukan yang baik di search engine, trafik yang masuk pun sudah mulai stabil dan yang paling penting sudah mula menjana pendapatan dari program pengiklanan, maka pada waktu itu anda sudah boleh mula dapatkan bakal pembeli yang minat nak beli blog yang anda hasilkan.
 
Jual beli blog bukan bidang saya, dan saya tak pernah lagi lakukannya. Buat masa ini saya lebih suka buat blog untuk kegunaan saya sendiri dan bukannya untuk dijual.
 
Walaubagaimanapun satu hari nanti andai kata ada pihak yang tawarkan harga yang lumayan untuk beli salah satu blog milik saya, mungkin pada waktu itu saya akan pertimbangkan tawaran tersebut.
 
Kebanyakkan blog yang boleh dijual ni adalah blog yang dibina menggunakan perisian wordpress self hosted. Kalau blog yang dibina menggunakan platform blogspot, saya tak pernah jumpa lagi ada yang boleh jual.
 
(10) Gunakan blog untuk menonjolkan kepakaran dan kemahiran yang anda miliki Bagi mereka yang memang kenal rapat dengan anda, mereka tahu apa kelebihan dan kepakaran yang anda miliki. Tapi mereka yang tak kenal anda, mereka tak tahu apa sebenarnya yang mampu anda tawarkan kepada mereka.
 
Banyakkan menghasilkan konten yang bermanfaat dalam blog anda. Daripada konten yang anda masukkan dalam blog, pembaca boleh menilai sendiri setakat mana kemampuan anda.
 
Sekiranya anda merupakan seorang pemilik perniagaan, ini secara tak langsung akan membuatkan pembaca berasa yakin untuk buat bisnes dengan anda.
 
Blog anda boleh dijadikan sebagai satu alat untuk menonjolkan kelebihan dan kepakaran yang anda miliki. Ini secara tak langsung akan memberi impak kepada perniagaan yang sedang anda jalankan.
 
Malahan, dengan menulis di blog, anda juga bakal mendapatkan pelanggan baru, yang selama ini tak pernah tahu akan kewujudan perniagaan yang anda jalankan.
 
Baiklah, semua sekali ada 10 cara untuk buat duit menerusi blog yang telah saya kongsikan dalam artikel ini. Antara 10 kaedah buat duit ini, mana satu yang anda pernah cuba atau bakal cuba agaknya ya?
 
The post 10 Cara buat duit dengan blog – Cara keempat dah berikan saya ribuan ringgit appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cara-buat-duit-dengan-blog/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Meletak Ads Txt Dalam Blog

Cara Meletak Ads Txt Dalam Blog

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 353 hits
Tahniah kepada anda sekiranya anda telah berjaya memiliki akaun Google Adsense Gembira kan rasa hati bila dapat warkah cinta ini dari Google Adsense Muka ala manyak sinyumKini anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan melalui pengiklanan...
Aliff Syukri Akhirnya Pasrah Ikan Kelah Emas Ribuan Ringgit Digoreng Kunyit

Aliff Syukri Akhirnya Pasrah Ikan Kelah Emas Ribuan Ringgit Digoreng Kunyit

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 1079 hits
Selepas ushawan Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya pasrah apabila memasak ikan tersebut dengan menggoreng campur serbuk kunyit BACA Aliff Syukri berkongsi video menerusi Instagram yang memaparkan dia tengah memasak 4 ekor ikan kelah emas yang...
Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 558 hits
Info Lengkap Cara Buat Blog Dengan Betul Hingga Jadi Seorang Blogger Yang Berjaya Hari ni daku nak kongsikan info tentang blogging berdasarkan apa yang ku tahu Nak kata daku ni tahap sifu memang jauh panggang dari api cuma apa yang bakal ku...
Cara Membuat Menu Navigasi Responsive Di Atas Header Blog

Cara Membuat Menu Navigasi Responsive Di Atas Header Blog

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 299 hits
Cara Membuat Menu Navigasi Responsive di Atas Header Blog Top Navigation Menu CB sudah beberapa kali share cara membuat menu navigasi responsive di atas header blog Jika menemukan topbar menu terbaru apalagi terbaik cb tes coba berhasil dan...
Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Menulis Blog

Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Menulis Blog

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 497 hits
Macam tak percaya Tak sangka rupa rupanya hanya dengan menulis blog kita boleh hasilkan ribuan ringgit setiap bulan Eh La Kenapa tak percaya pulak Sekarang ini orang buat duit online bukan semata mata melalui blog malahan dah banyak orang y...
Bagaimana Blogger Profesional Buat Blog Cari Duit Online

Bagaimana Blogger Profesional Buat Blog Cari Duit Online

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 215 hits
Anda mahu buat blog dan boleh cari duit online macam blogger profesional Jangan susah anda hanya perlu baca artikel ini hingga habis dan buat keputusan Buat blog memang menyusahkan dan membuang duit jika anda bukan blogger profesional Enam ...
Cara Menarik Pembaca Ke Blog Hasilkan Trafik Tinggi

Cara Menarik Pembaca Ke Blog Hasilkan Trafik Tinggi

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 283 hits
Kebanyakkan kenalan dan rakan online yang saya ada adalah merupakan penulis blog dan juga usahawan samada secara part time atau full time Mereka sering singgah dan baca blog saya kerana di awal penerbitan blog ini saya banyak berkongsi tips...
Cara Keluarkan Duit Asb Tanpa Buku Pelaburan

Cara Keluarkan Duit Asb Tanpa Buku Pelaburan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 23275 hits
Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku Pelaburan Sejak setahun yang lalu lagi Amanah Saham Bumiputera sudah boleh dikeluarkan tanpa menggunakan buku pelaburan Jika sebelum ini anda perlu hadir ke mana mana cawangan ASB dan perlu membawa buku se...
10 Cara Bergaul Yang Baik Agar Punya Banyak Teman

10 Cara Bergaul Yang Baik Agar Punya Banyak Teman

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 548 hits
Manusia adalah individu yang masing masing memiliki karakter unik dan berbeda Karakter itu sendiri terbentuk dari kombinasi antara garis keturunan dan pengalaman hidup Dalam interaksinya dengan orang lain setiap individu memiliki kemampuan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip