Cara Meletak Ads Txt Dalam Blog
Tahniah kepada anda sekiranya anda telah berjaya memiliki akaun Google Adsense! Gembira kan rasa hati bila dapat warkah cinta ini dari Google Adsense
Muka ala manyak sinyum
Kini anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan melalui pengiklanan di blog. Seronoknya bila melihat wang masuk ke dalam akaun Google Adsense setiap kali pengunjung melayari blog anda
Best kan, best kan? Penulis tiada niat riak.
Tetapi selepas beberapa ketika anda tiba-tiba ternampak notifikasi yang tak best ini..
Apa benda ni?
Terjemahan dalam Bahasa Melayu: "Perolehan dalam risiko - Anda perlu perbaiki isu fail ads.txt bagi mengelakkan pendapatan anda terjejas".
Usah tarik rambut... jika ini kali pertama anda menemui notifikasi ini ia bermakna anda masih belum mengaktifkan Custom ads.txt untuk crawler jejaki dalam blog anda. Senang je nak selesaikan masalah ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Klik pada FIX NOW di laman utama akaun Google Adsense
2. Anda akan jumpa perkataan ini: "To prevent severe impact on revenue, download an ads.txt file then upload the file to the root level domain of each site:" Klik DOWNLOAD
3. Anda akan menerima fail teks dengan kod seperti ini: google.com, pub-0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0. Salin kod yang diberikan
4. Buka akaun blog dan pergi ke dashboard.
5. Klik pada Settings, pilih Search preferences
6. Klik Enable Custom ads.txt content bawah Monetization.
7. Paste kod yang telah disalin tadi ke dalam kotak yang tersedia (lihat gambar di bawah). Klik Save changes
Pengemaskinian Adsense mungkin akan mengambil masa sehingga beberapa hari. Sekarang anda boleh kembali menjana pendapatan di blog dengan jiwa yang tenang
Adakah anda berpuas hati dengan tutorial blogspot kali ini? Sila tinggalkan komen
SEDIKIT INFO BERGUNA:
Apa Itu Ads.Txt?
Ads.txt ialah akronim kepada Authorized Digital Sellers (Peniaga Digital Sah) dan ia merupakan satu inisiatif teknologi untuk membanteras kegiatan penipuan secara atas talian. Ads.txt merupakan fail teks yang menyenaraian syarikat-syarikat perniagaan yang telah disahkan di server sesawang milik sesebuah organisasi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yunfila.com/2019/08/cara-meletak-adstxt-dalam-blog-platorm.html