Cara Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Doa Qunut Rileks Media


Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya. Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu.
HUKUM SUJUD SAHWI
Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sesuai dengan namanya, sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut.
Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi)”. (Riwayat Ahmad)
Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat.
Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ. “Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)
Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.
CARA SUJUD SAHWI YANG LENGKAP
Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila perlu. Ini kerana, cara sujud sahwi sebenarnya amat mudah, iaitu seperti berikut:
1. NIAT
Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi.
(Menurut kuliah Ustaz Don Daniyal, jika kita sudah berniat mahu melakukan sujud sahwi, duduk tahiyat akhir seeloknya dalam keadaan duduk antara dua sujud.)
2. SUJUD
Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu
Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa
3. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat. Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.
4. SUJUD SEKALI LAGI
Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).
BAGAIMANA KALAU TERTINGGAL PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM RUKUN SOLAT?
Setakat ini, kita dijelaskan bahawa kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13 rukun solat.
Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita terlupa melakukan perkara yang termasuk dalam rukun (contohnya membaca al-fatihah atau rukuk)?
Menurut kuliah ini, kita tidak boleh menggantikan perkara yang tertinggal tadi dengan sujud sahwi semata-mata. Contohnya, kita terlupa membaca al-fatihah pada rakaat ketiga dalam solat maghrib. Maka, kita perlu membaca al-fatihah yang tertinggal tadi dengan cara mengulang rakaat ketiga secara keseluruhannya (kerana rakaat ketiga tadi tidak dikira sempurna). Sebelum mengakhiri solat, barulah kita melakukan sujud sahwi.
HIKMAH SUJUD SAHWI
Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang cela. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya.
Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba banyak kekurangannya. Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita.
Kita sebagai hamba perlu segera memohon keampunan kepada Allah jika khilaf. Hanya kepada Allah tempat kita bersujud dan memohon keampunan atas kealpaan kita.
Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 
Sumber: Pelik Dunia
Source link
The post Cara Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Doa Qunut – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/cara-sujud-sahwi-bila-terlupa-rakaat-dan-doa-qunut-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacalah Surah Yang Sangat Ditakuti Iblis Disetiap Rakaat Pertama Ketika Menunaikan Solat Rileks Media

Bacalah Surah Yang Sangat Ditakuti Iblis Disetiap Rakaat Pertama Ketika Menunaikan Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 471 hits
SubhanAllah Tiada Surah Yang Sangat Ditakuti Iblis Kecuali Surah Ini Dan Bacalah Disetiap Rakaat Pertama Ketika Menunaikan Solat Sungguh Besar Kelebihannya Qul yaaaaa ayyuhal kaafiruun ayat ini merupakan salah satu potongan dari surat pende...
Cara Mudahnya Nak Tahu Kedai Makan Guna Pelaris Rileks Media

Cara Mudahnya Nak Tahu Kedai Makan Guna Pelaris Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 824 hits
Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung kemudian mempercayai ramalan si tukang dukun tadi maka ia telah pun kufur d...
13 Cara Mudah Bangun Qiamullail Rileks Media

13 Cara Mudah Bangun Qiamullail Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 463 hits
Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail Menurut Syeikh Muhammad Solih al Munajjid terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seper...
Rupa Rupanya Ramai Yang Salah Mandi Wajib Inilah Cara Mandi Wajib Yang Betul Kongsikan Rileks Media

Rupa Rupanya Ramai Yang Salah Mandi Wajib Inilah Cara Mandi Wajib Yang Betul Kongsikan Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 586 hits
Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan Samada terkelur air mani selepas berset ubuh atau selepas haid atau nifas cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting Ini kerana jika mandi wajib tidak betul iba...
Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tak Boleh Keluar Kerana Nampak Laut Dan Air Amalkan Doa Ini Rileks Media

Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tak Boleh Keluar Kerana Nampak Laut Dan Air Amalkan Doa Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 466 hits
Pernah Dengar Pasal Pencuri Masuk rumah Tapi Tak Boleh Keluar Nampak Laut Je tak de Jalan Keluar Ni Ayat yang boleh kita AmalKan Video Penuhnya Disini Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar dia nampak laut dia nam...
Doa Selepas Solat Sunat Dhuha Rileks Media

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 580 hits
ALLAHUMMA INNADH DHUHA A DHUHA UKA WAL BAHAA A BAHAA UKA WAL JAMAALA JAMAALUKA WAL QUWWATA QUWWATUKA WAL QUDRATA QUDRATUKA WAL ISHMATA ISHMATUKA ALLAHUMMA INKAANA RIZQI FISSAMA I FA ANZILHU WA INKAANA FIL ARDHI FA AKHRIJHU WA INKAANA MU ASS...
Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 616 hits
Solat Hajat adalah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah s w t Solat ini dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah s w t dalam meminta sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yang tidak diingini Ras...
Cara Menebus Dosa Kepada Ibu Bapa Atau Orang Yang Telah Tiada Lagi Mohon Dapat Menjadi Iktibar Rileks Media

Cara Menebus Dosa Kepada Ibu Bapa Atau Orang Yang Telah Tiada Lagi Mohon Dapat Menjadi Iktibar Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1179 hits
Dosa sesama insan hanya diampun setelah kita meminta ampun kepada insan tersebut tapi macam mana kalau orang yang kita nak minta ampun dah menin ggal dunia Ini caranya ikut cara yang Rasulullah ajar ni Dalam Islam berbakti kepada orang tua ...
Doa Terakhir Diajarkan Oleh Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari Untuk Lembut Hati Anak Rileks Media

Doa Terakhir Diajarkan Oleh Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari Untuk Lembut Hati Anak Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 737 hits
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji bagi Allah Rabb sekelian alam Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat S...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri