Rupa Rupanya Ramai Yang Salah Mandi Wajib Inilah Cara Mandi Wajib Yang Betul Kongsikan Rileks Media


Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada terkelur air mani, selepas berset ubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting.
Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.
Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari. Sumber rujukan cara mandi wajib ini didapati dari JAKIM.
Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut.
Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Wallahu’alam
Baca lagi info cara mandi wajib ini.
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.
Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.
Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Rambut Yang Diwarna
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.
Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.
Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Sebab2 Mandi Wajib
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.
Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
“Ilmu itu cahaya, jahil itu kegelapan”
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
sumber: mediahangat.com
Source link
The post Rupa-rupanya ramai yang salah mandi wajib. Inilah cara mandi wajib yang betul. Kongsikan. – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/rupa-rupanya-ramai-yang-salah-mandi-wajib-inilah-cara-mandi-wajib-yang-betul-kongsikan-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 3770 hits
Hi Korang Assalamulaikum Salam Jumaat Hari ini Iday nak share cara cara mandi wajib paling mudah Mandi wajib ni penting sebab kalau tak betul cara mandi nanti ibadat lain tidak sah Cara mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua dua lelaki...
Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul Insya Allah Segala Urusan Dipermudahkan Mesti Baca Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 620 hits
Solat Hajat adalah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah s w t Solat ini dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah s w t dalam meminta sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yang tidak diingini Ras...
10 Perkara Yang Dilarang Ketika Berada Di Bilik Mandi Atau Bilik Air Rileks Media

10 Perkara Yang Dilarang Ketika Berada Di Bilik Mandi Atau Bilik Air Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 688 hits
Pasti ramai di antara kita suka mandi sambil menyanyi tetapi tidak tahu apa kesan buruk jika melakukannya Terdapat 10 perkara yang kita tidak boleh lakukan yang dlm tidak sedar kita telah melahirkan anak Iblis laknatullah Dalam satu hadis R...
Cara Mudahnya Nak Tahu Kedai Makan Guna Pelaris Rileks Media

Cara Mudahnya Nak Tahu Kedai Makan Guna Pelaris Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 828 hits
Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung kemudian mempercayai ramalan si tukang dukun tadi maka ia telah pun kufur d...
Cara Menebus Dosa Kepada Ibu Bapa Atau Orang Yang Telah Tiada Lagi Mohon Dapat Menjadi Iktibar Rileks Media

Cara Menebus Dosa Kepada Ibu Bapa Atau Orang Yang Telah Tiada Lagi Mohon Dapat Menjadi Iktibar Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1183 hits
Dosa sesama insan hanya diampun setelah kita meminta ampun kepada insan tersebut tapi macam mana kalau orang yang kita nak minta ampun dah menin ggal dunia Ini caranya ikut cara yang Rasulullah ajar ni Dalam Islam berbakti kepada orang tua ...
Tak Sangka Ini Rupanya 11 Golongan Yang Dijanjikan Allah Masuk Syurga Tanpa Hisab Rileks Media

Tak Sangka Ini Rupanya 11 Golongan Yang Dijanjikan Allah Masuk Syurga Tanpa Hisab Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 712 hits
Semua orang ingin memasuki syurga sebagai matlamat destinasi yang terakhir Bertuahnya kita jika termasuk didalam 11 golongan yang dijanjikan masuk Syurga ini malah dibangkitkan dengan muka penuh bercahaya seperti bulan purnama Allahu Rabbi ...
Cara Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Doa Qunut Rileks Media

Cara Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Doa Qunut Rileks Media

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 638 hits
Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu HUKUM SUJUD SAHWI Sahwi ...
Kenapa Martabat Tahajud Lebih Tinggi Daripada Solat Sunat Yang Lain Ini Sebabnya Rileks Media

Kenapa Martabat Tahajud Lebih Tinggi Daripada Solat Sunat Yang Lain Ini Sebabnya Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 456 hits
SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s w t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam Tetapi kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner