Cara Renew Roadtax Jpj Online


Seiring dengan kemajuan teknologi, pengguna kenderaan di Malaysia kini boleh renew roadtax (lesen kenderaan motor @ e-LKM) secara online dengan menggunakan fungsi baharu aplikasi MyJPJ yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Kementerian Pengangkutan (MOT).
Jika sebelum ini aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan untuk memaparkan lesen dan cukai jalan (roadtax), fungsinya diperluas dengan fungsi untuk memperbaharuai atau renew roadtax LKM Digital (e-LKM) terus melalui aplikasi ini.
Dengan fungsi terbaru ini, pemilik bebas memperbaharui cukai jalan mereka melalui aplikasi pihak ketiga atau terus melalui aplikasi MyJPJ.
Fungsi pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) menerusi aplikasi MyJPJ ini akan mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2024.
Pertambahan fungsi baharu berkenaan akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital selain menjimatkan masa, kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Baca lagi: MyJPJ : Roadtax Digital JPJ & Lesen Memandu Online
Inisiatif Baharu JPJ – Renew Roadtax e-LMM dan e-LKM Melalui Aplikasi MyJPJ Bagi menggalakkan orang ramai mula beralih kepada e-LMM dan e-LKM, individu yang menggunakan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika membuat pembaharuan turut akan menikmati rebat RM5.
Rebat bermula 1 Februari sehingga 31 Disember tahun ini hanya bagi mereka yang memilih e-LMM menerusi kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ.
Pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa yang mana pada peringkat permulaan, ia hanya membabitkan kenderaan persendirian individu (warganegara).
Untuk menggalakkan penggunaan e-LMM, individu yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) semasa pembaharuan akan menikmati rebat RM5 yang mana rebat ini akan dinikmati sepanjang 2024 iaitu bermula 1 Februari sehingga 31 Disember.
Inisiatif ini juga hanya kepada warganegara dan tidak terpakai kepada warga asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang, kad MyKAS dan kad MyPR.
Dilampirkan bersama mengenai pengumuman berkenaan cukai jalan LKM (roadtax) dan juga lesen memandu LMM oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.
Sebagai ringkasan:-
1. Fasa pertama pendigitalan cukai jalan dan lesen memandu bermula pada 10 Februari 2024 untuk kategori persendirian dan merupakan warganegara Malaysia dan berstatus individu persendirian sahaja.
2. Fungsi perkongsian e-LKM (cukai jalan) kepada individu yang diberikan kuasa / dipercayai membawa kenderaan bakal diperkenalkan dengan ciri keselamatan bermula hari ini 2 Januari 2024.
3. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara atas talian boleh dilakukan di dalam aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024.
4. Rebat sebanyak RM5.00 diberikan bagi mereka yang memperbaharui e-LKM (cukai jalan) dan e-LMM (lesen memandu) menerusi kaunter JPJ ataupun di dalam aplikasi MyJPJ, portal MySIKAP serta rakan niaga JPJ (pejabat pos Malaysia dan MyEG Services Berhad). Tawaran rebat bermula pada 1 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
5. Bagi mereka yang memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara fizikal hanya akan menerima slip dalam bentuk kertas keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak JPJ. Tiada lagi pelekat disk Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) fizikal berbentuk kad plastik dikeluarkan.
6. Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara fizikal akan diseragamkan dan berwajah baru dan hanya perlu disimpan (tidak perlu dipamerkan di cermin hadapan kenderaan.
Diharapkan rakan-rakan cakna tentang hal ini bagi mengelakkan disaman.
NOTA: Walaupun Lesen Kenderaan Motor (LKM) / cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sudah pun didigitalkan tetapi tetap perlu dibayar dan diperbaharui.
Pengenalan Aplikasi MyJPJ YB Menteri Pengangkutan telah mengumumkan fasa pendigitalan seterusnya yang merangkumi beberapa inisiatif baharu iaitu Fungsi Kongsi e-LKM melalui Aplikasi MyJPJ, Fungsi Pembaharuan e-LKM dan e-LMM melalui Aplikasi MyJPJ, Rebat RM5 bagi pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) dan Slip LKM & Slip Pembaharuan LMM.
Pengumuman inisiatif tersebut adalah berdasarkan kepada kesediaan sistem dan penerimaan awam yang positif.
Bagi anda yang belum memuat turun aplikasi MyJPJ, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun dan memasang aplikasi MyJPJ ini terus ke dalam peranti mudah alih anda:
Google Play App Store Cara Renew Roadtax Online Melalui Aplikasi My JPJ (e-LKM) Mari lihat panduan di bawah untuk mengetahui cara renew roadtax JPJ / e-LKM dengan mudah terus melalui aplikasi MyJPJ:
Ikuti langkah-langkah berikut untuk renew roadtax e-LKM anda melalui aplikasi My JPJ :
Buka dan log masuk aplikasi MyJPJ Klik “Lesen Kenderaan Motor” dan “Pilih Nombor Kenderaan” Klik “Pembaharuan” Pilih “Tempoh Pembayaran” dan “Mod pembayaran” Klik butang “Submit” Bayaran pembaharuan cukai jalan anda telah pun berjaya dan resit akan dipaparkan untuk siimpanan dan rujukan anda. Isi maklumat kad kredit / kad debit Klik butang “Proceed” Masukkan kod MSOS Bagi anda yang belum memuat turun aplikasi MyJPJ, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun dan memasang aplikasi MyJPJ ini terus ke dalam peranti mudah alih anda:
Google Play App Store

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/renew-roadtax-jpj-online/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=renew-roadtax-jpj-online

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Renew Passport Di Malaysia Secara Online

Cara Renew Passport Di Malaysia Secara Online

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 186 hits
Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online Memperbaharui passport adalah langkah penting bagi setiap warganegara Malaysia terutamanya bagi yang ingin melancong ke luar negara Proses ini kini lebih mudah dengan adanya perkhidmatan dalam t...
Video Modus Koruptor Dibongkar Novel Eks Kpk Ini Cara Akali Sistem Lelang Online

Video Modus Koruptor Dibongkar Novel Eks Kpk Ini Cara Akali Sistem Lelang Online

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 148 hits
Trik yang kerap dilakukan yakni dengan mengecilkan bandwidth saat melakukan pengajuan melalui sistem lelang
Idi Sebut Judi Online Bisa Jadi Epidemi

Idi Sebut Judi Online Bisa Jadi Epidemi

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 76 hits
IDI mengatakan judi online bisa mempengaruhi orang lain bak penyakit menular
Video Sosok T Pengendali Judi Online Terkuak Orang Sakti Kebal Hukum Bikin Kaget Jokowi

Video Sosok T Pengendali Judi Online Terkuak Orang Sakti Kebal Hukum Bikin Kaget Jokowi

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 76 hits
Keyakinan tersebut berani diungkap setelah dirinya menangani berbagai masalah pekerjaan migran
Ppatk Sekitar 190 Ribu Anak Usia 17 19 Tahun Terlibat Judi Online Total Transaksi Rp282 Miliar

Ppatk Sekitar 190 Ribu Anak Usia 17 19 Tahun Terlibat Judi Online Total Transaksi Rp282 Miliar

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 74 hits
Sebanyak 1 160 anak berumur kurang dari 11 tahun melakukan 22 ribu transaksi judi online dengan nilai sedikitnya Rp3 miliar
Blak Blakan Bongkar Sosok Bos Besar Judi Online Inisial T Kepala Bp2mi Benny Rhamdani Diperiksa Bareskrim Senin Lusa

Blak Blakan Bongkar Sosok Bos Besar Judi Online Inisial T Kepala Bp2mi Benny Rhamdani Diperiksa Bareskrim Senin Lusa

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 137 hits
Bareskrim Polri telah melayangkan surat pemanggilan kepada Benny untuk diperiksa sebagai saksi pada Senin 29 Juli lusa
Video Bos Besar Judi Online Inisial T Bikin Jokowi Kapolri Kaget Budi Arie Celetuk Sebut Mayor Teddy

Video Bos Besar Judi Online Inisial T Bikin Jokowi Kapolri Kaget Budi Arie Celetuk Sebut Mayor Teddy

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 76 hits
Menteri Komunikasi dan Informatika Budi Arie Setiadi buka suara soal bos judi Indonesia inisial T
Kata Dokter Jiwa Penyebab Orang Kecanduan Judi Online

Kata Dokter Jiwa Penyebab Orang Kecanduan Judi Online

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 264 hits
Siste menjelaskan bahwa kecanduan terjadi karena interaksi kompleks yang melibatkan faktor perilaku genetik dan sirkuit otak
Your Ultimate Defense The Benefits Of A Strong Toto Verification Community

Revolutionize Your Viewing Experience With Xtv Ultra Iptv Player

Perbezaan Antara Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih

Haji Hadi Ajak Selamatkan Orang Melayu

Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

Timor Leste Pm Departs Home After Three Day Official Visit To Malaysia

Biodata Ben Amir Pelakon Popular Dan Perjalanan Karier

Inovasi Energi Terbarukan Yang Mengubah Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Hyde Hotel Bodrum By Ye Im Kozanl Architecture Interior Design

Two Tales By Ministers Over Dnb

Yacht Outing Was Afternoon Tea Not 1mdb Embezzlement Plot Najib

Nearly 14 000 New Teachers Placed In Schools This Year

Dual Boot Windows Dan Ubuntu

Finding Hidden Passwords Saved In Your Browsers